Cerita saya

Sudah agak lama saya tidak menulis tentang pengalaman mengandung saya.Bukan sudah hilang keterujaan itu namun keinginan menulis agak kurang sejak usia kandungan yang semakin sarat.Kini usia kandungan sudah menjengah ke 34 minggu.Masuk sahaja usia kandungan tujuh bulan,saya dan suami sudah mula membuat persiapan untuk menyambut orang baru.Memandangkan ini merupakan cahaya mata sulung kami,jelas rasa teruja kadang-kadang menjadi suatu yang tidak masuk akal apabila semua benda ingin dibeli.Itu yang saya rasa pada mulanya namun apabila berbalik pada akal yang waras,saya tidak harus terlalu mengikut perasaan.Setelah berfikir sejenak,masih tidak salah saya cuba merealisasikan apa yang menjadi impian namun ia seharusnya disertai dengan perancangan yang rapi.

Antara kerjaya & keinginan untuk sambung pelajaran

Sejak setahun kebelakangan ini segala yang terjadi bukanlah seperti yang dirancang misalnya menyambung pelajaran di peringkat ijazah.Segalanya datang sewaktu saya berada pada satu tahap tekanan kerja yang membuatkan saya menangis semalaman.Berbalik pada sebelumnya,saya bekerja tanpa mempunyai sebarang pengalaman bermakna saya harus bekerja keras.Kadang-kadang saya berasakan seperti seorang yang gagal.Mengimbas kenangan sewaktu bekerja,terlalu banyak pengalaman,baik manis mahupun pahit pernah saya lalui dan saya amat menhargainya kerana ia banyak memberi pengajaran pada saya.Pengalaman-pengalaman itu sedikit sebanyak telah mematangkan lagi diri saya.Saya tidak mengatakan saya benci dengan kerjaya saya cuma saya berasakan tidak mampu untuk memikul tangggungjawab yang diberikan dan masih banyak benda yang harus saya pelajari dan pada saya waktu itu saya masih memerlukan tunjuk ajar dari mereka yang lebih berpengalaman.Apa yang menjadi kesukaran pada saya waktu itu apabila saya perlu melakukan semuanya secara sendiri dan setiap keputusan gagal atau berjaya 100% ditangan saya.Ahh!!Sakitnya pada saya kerana gagal lebih banyak dari kejayaan yang membanggakan.Itu yang saya rasa.

Saya hamil

Namun hari ini saya sedikit tidak menyesal dengan keputusan yang saya buat malah saya berbangga kerana berada pada tahap ini.Sewaktu saya mengisi borang UPU dengan penuh doa mendapat tempat disalah satu IPTA (tidak lagi mendambakan kolej swasta kerana saya sudah menghabiskan diploma dengan hutang yang ahhhh!!!sakit kepala bila difikirkan semula!).Sebelum itu saya berbincang dengan suami ternyata pada awalnya dia terkesima.Berubah nadanya sebentar namun dia masih memberi keizinan.Pada mulanya suami agak berat hati kerana kami tidak pernah berjauhan ditambah lagi hubungan saya dengan suami yang sememangnya akrab kadang-kadang dilihat seperti dua sahabat baik.Segalanya bersama baik sedih mahupun gembira.Tergenang air mata kelelakiannya dan ini menambah sebak hati saya namun dia tetap mengizinkan andai itu adalah yang terbaik untuk saya dan keluarga kami.Saya berhenti kerja awal sebulan dari tarikh panggilan kemasukan universiti.Seingat saya sebulan lebih kerana bulan terakhir saya berkhidmat hanya setakat setengah bulan bekerja.Dalam waktu itu juga kami dikejutkan dengan berita kehamilan saya.Suami adalah orang yang paling gembira setelah dua tahun usia perkahwinan kami.Doktor yang pernah merawat saya sewaktu saya keguguran kali pertama juga teruja.Katanya tiada tekanan maka kebarangkalian mengandung sememangnya cukup besar.Alhamdulillah saya panjatkan syukur pada-Nya.

Duit!Duit!Duit!

Setelah saya tidak lagi bekerja bermakna pendapatan keluarga kami bergantung sepenuhnya pada suami.Kami mula membuat perancangan awal ditambah lagi dengan kelahiran orang baru yang dijangka pada 5 Feb 2010.Dari segi kewangan sememangnya kami merancang secara teliti ditambah lagi suami juga harus membayar ansuran rumah yang baru dibeli di Denai Alam,Shah Alam yang menjengah ke angka seribu setiap bulan.Namun syukur walau seorang yang bekerja kami masih mampu merencana kewangan kami dengan baik.Saya juga tidak membuat sebarang pinjaman pelajaran dan segala ditanggung sepenuhnya oleh suami.Melihatnya begitu saya menghargai setiap sen yang kami ada.Persiapan ke universiti,saya hanya membeli barang-barang yang sememangnya keperluan dan menggunakan sebaiknya apa sahaja yang sedia ada.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You