Hospital kerajaan VS swasta

Saya bukanlah seorang yang cerewet namun kelemahan saya adalah saya seorang yang cepat serik.Ayat mudah cepat kecewa.Hahahaha!!Bunyi agak kelakar!Apabila disahkan hamil,saya dan suami sudah berkira-kira dimana harus kami dapatkan rawatan.Kami cuba mencari pro dan kontranya.Atas nasihat seorang teman,untuk permulaan saya pergi ke hospital kerajaan.Apa yang pasti saya memilih lokasi berhampiran rumah saya yang terletak diMarang,Terengganu.Namun apa yang mendukacitakan adalah saya telah mendapat layanan yang amat buruk dari seorang jururawat disitu dan terus saya membawa diri ke Klinik Kerajaan di Chendering dan disitu dilayan baik namun hampir tiga jam baru selesai benda yang sangat ‘simple’.Apapun terima kasih.Jasa anda dikenang.Oleh kerana setiap kejadian disaksikan sendiri oleh suami dan beliau turut merasa bahang ‘panas’nya maka kami sebulat suara memilih hospital swasta dengan kos yang amat ketara bezanya iaitu daripada rawatan secara ‘percuma’ dengan tolak tambah,bahagi darab,setakat ini jumlah kos rawatan untuk pemeriksaan rutin sudah mencecah RM1,500.00 termasuk ubat (hospital swasta di Terengganu & Shah Alam) belum termasuk kos kelahiran namun bersyukur kerana saya dirawat oleh doktor yang sama jadi tiada percanggahan maklumat (saya adalah seorang yang sangat mudah keliru!).Sekian terima kasih!!!

Pendapat saya

1)Pilihlah apa yang membuatkan kita selesa dan berkemampuan.Kalau tidak mampu jangan ambil risiko kelak boleh memberi impak yang buruk dan jangan sesekali menyusahkan suami.Kami sebulat suara memilih hospital swasta.Namun andai terpaksa ke hospital kerajaan juga saya tidak kisah sebenarnya.

2)Buat “survey”.Memandangkan pilihan di Terengganu adalah amat terhad,jadi buatlah pilihan yang bijak.Kalau tidak silap saya hanya ada 3 buah (hospital & klinik) untuk bersalin.Hanya Kuala Terengganu Specialist (KTS) yang menawarkan khidmat bersalin secara normal & pembedahan manakala Klinik Rawatan Keluarga dan Klinik INTAN (kalau tidak silap) untuk kelahiran normal sahaja.Selain pada itu harus rujuk Hospital Kerajaan.

3)Sebulan sebelum kelahiran adalah waktu yang sesuai untuk menempah tempat untuk bersalin.Tidak begitu digalakkan pakai redah sahaja kelak kelam kabut jadinya.

4)Disaat-saat begini pasti akan ada kedengaran suara-suara sumbang baik yang memberi nasihat secara positif mahupun negatif dan nasihat saya,keputusan terletak ditangan kita dan apa yang pasti orang luar hanya boleh menyumbang air liur sahaja dan bukan wang mahupun tenaga.

5)Pada saya baik hospital kerajaan mahupun swasta,keduanya ada kelebihan dan keburukan,jadi terimalah seadanya.Saya pernah bertemu dengan seseorang yang menyuarakan rasa tidak puas hatinya kenapa orang ramai kini terlalu teruja memilih hospital swasta sedangkan hospital kerajaan adalah terbaik.Dalam diam saya mengakuinya.Tidak pernah berasakan hospital kerajaan itu tidak bagus namun pada saya andai seseorang itu mampu,itu adalah hak mereka tambahan kita tidak menagih wang orang lain untuk membayar kosnya.Ibu pernah berkata “Disimpan wang yang banyak hingga untuk kesihatan diri tidak sanggup dilaburkan demi keselesaan adalah amat rugi.Andai ada yang lebih baik,namun perlukan lebih wang,jika mampu teruskan sahaja.Jika tidak,terima sahaja seadanya.Tidak perlu kita pertikaikan apa yang dilakukan orang lain.”

6)Dalam diam saya mengakui kebaikan menghadiri kelas sebelum bersalin.Banyak maklumat yang dapat diperolehi dan ia juga sebagai persediaan mental dan fizikal terutama wanita yang pertama kali mengandung.Abaikan seandainya bertemu orang-orang yang akan mengungkapkan kata-kata ini “Aku dah beranak lima sekali pun tak pernah pergi kelas,beranak ok juga!.Selamat jer anak-anak aku!!”.Ini adalah jenis manusia yang sakit hati sebab suami dia tidak hantar dia ke kelas.Zaman sudah berubah dan tiada salahnya mencari sedikit ilmu dan boleh juga kita kongsi dengan teman-teman atau saudara mara yang tidak berpeluang menghadirinya.Andai tidak berpeluang menghadiri kelas,pembacaan buku-buku berkaitan juga turut membantu.Terlalu banyak buku-buku berkaitan dipasaran.Hanya pilih yang mana dirasakan terbaik.

3 comments:

Mince4AM said...

orang ada mulut, biasala tu ummi wei... selamat untuk anda!

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam...tq for this info..hurmm mmg begitu ye kalau ade shj pilihan kita pasti ade suara2 sumbng yg berkata itu dan ini..sy baru rasa..tmbhn lg sy memilih hospital swasta untuk besalin hujung tahun ni..

Syafinaz said...

Pilihan ditangan kita.Hanya kita yang tahu apa yang terbaik.

Moga Allah swt memudahkan segala urusan.

Terima kasih krn sudi singgah : )

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me