Hervey Bay QLD 2015 ~ Part 2

..............................Ke 'busy' an apakah sampai baru boleh sambung pasal coti-coti di Hervey Bay.Hehehehe!Maka haritu sebab kami sampai ke sana lebih kurang jam 2 petang,lepas check in (kat sini kena check in jam 2 petang dan check out jam 10 pagi.Sigh!).Jadi pepandai la bajet masa.Dan lepas dah masuk bilik motel tu kami pun solat dulu then lunch.Lapar sangat kot.Nasib la dah bwk bekal sesiap kemain I masak untuk tiga hari terus.Tapi tak sampai 3 hari pun.Huhuhu!Besar betul selera family kecik aku ni.Hihihi!

So hari pertama adalah masa untuk ukur jalan,ukur bangunan je la dulu.Hihihi.Kita pusing2 dulu pekan kecil Hervey Bay ni.Kawasan yang cantik lebih kurang macam Birbie Island jugak cuma I lagi suka Hervey Bay ni.Tapi sebut pekan kecil usah bayangkan mcm pekan koboi pulak.Sini sebut small town tp lagi besar dan maju dari daerah tempat I membesar kat Mesia nung.Jangan marah yer.Bukan kutuk tempat kelahiran,just nak bagi gambaran.


Shop lot takde la berprestij sgt tp serba lengkap la takat nak shopping barang2 serba sikit,nak withdrawn duit sikit2.Hehehe.Tp itu waktu hari pertama sampai.Kami nak beli gula,susu pekat,sabun cuci pinggan bla bla bla tu sekali nampak IGA terus singgah.IGA ni dia mcm supermarket la jugak cuma takde la besar mcm Wollies & Coles.Beria beli brg kat situ sekali malam tu baru la perasan Wollies & Coles cuma kat belakang motel kami stay ni je.Huhuhuhu!


Haritu kami sangat teruja nak pergi ke pantai.Motifnya adalah bila tengok air surut camni (hek eleh mcm kampung sendiri tak pernah tgk kan).Hahaha!Tp yang ni punya I rasa lain dari pantai tempat I membesar tu sbb air surut dia tu jauh giler kot dari pantai.Tu yg teruja sangat tu.Sampai boleh tengok orang duk main lain mcm jauh sayuppp ketengah sana dan kami pun apa lagi,ambik la peluang jalan kaki sampai ketengah melepasi jauh dari jeti kecil tu.Sorry sbb I tak sure fenomena apa ni jd tak reti nak explain dalam bahasa saintifiknya.

Eh korang perasan tak?Jeti tu mcm tempat Britney Spear buat clip video lagu Sometimes kan?Hihihi.Ke mmg buat kat sini?Kikikiki

Tapikan memandangkan hari dah memang nak petang,air dah makin nak pasang.Memula port bebudak ni main pasir dan mula naik air.I ni jenis penakut sikit cepat2 la duk panggil suami supaya beredar.Suami pulak duk sibuk kejar ketam.Haiya!

Nah belanja sikit pic tuan tanah dengan sikit view area kawasan kami menginap ni.Apapun pantai yang cantik sebab bersih takde sampah-sarap.Yang ada shark kat depan shop lot tu kami tak pergi sbb husband cakap mcm tak menarik je so I takleh nak buat review la sbb mmg tak tahu ada apa kat dalam tu.Maybe ada short film kot pasal shark & whale kot.Hihihi.Tak pun museum.

Nah belanja jugak pic bebudak ni sibuk main pasir.Si kecik paling excited sebab dia mmg suka main korek2 pasir.Mcm kakak dia tu suka jugak cuma Damia ni jenis macam I,jenis paranoid lebih.Nampak air start naik terus menjerit2 ajak balik.Kikiki!

..............................................ok to be continue

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me