First of all just nak gtau I love book tp tak sampai tahap bookworm la sbb nak menghabiskan setiap buku tu mmg bercinta la.Maklum la I is busy dengan urusan lain termasuklah tanggungjawab sosial.Kahkahkah!Actually banyakkkkk sangat ceghita nak citer tapi kekangan masa tu la.Time free,idea nak menulis takde.Time tak free,haaaaaa,waktu tu la idea mencurah2.Ibaratnya banyak giler benda nak citer.Sedia maklum I ni spesis kalau jumpa depan memang cakap banyak sama banyak dengan benda dia nak menaip kat blog cuma gitu la.Kadang2 tu masa mencemburui.Ewah!
Skang ni rutin harian masih sama iaitu anak tidur seawal jam 7.30 malam kalau hari sekolah dan kalau tak sekolah kasik chance sampai 9 malam je tapi disebabkan selalu masuk tidur jam 7.30 ke jam 8 malam,selalu diorang ni 8,30 malam confirm dah merenggek ngantuk.Baguih la tidoq awal.Lepaih tu mak hang ada banyak masa untuk ME TIME.Kikikiki!Selalu kalau siang hari I mmg plan la ME TIME malam karang nak buat apa.Biasanya yg duk dalam list nak baca buku la.Tp hakikat yang terjadi,buku kemana aku kemana.Kalau tak tidur follow anak2,I duk mencekik kat dapur sebab time tu la satu2nya masa I betul2 dapat menikmati nikmatnya makan dengan perlahan.Kalau tak,faham2 je la kalau ada anak kecil yang tak wean off lagi.*Nangis dalam selimut.
Buku paling latest I baca buku tulisan Nicholas Spark ni.Hakikatnya I ni dah tahap tertinggal bus sebenarnya sbb orang dah layan lama dah buku ni kita baru terhegeh-hegeh nak baca.Tu pun sebab beli harga murah orang let go rasanya dalam $3 kot.Hihihi!I beli tiga buah tp baru satu ni ada masa nak baca.Dua lagi simpan bagi debu naik seinci nanti baru kita baca.Keskeskes!
For me best jugak la buku ni dan lagi best kalau baca buku dia dulu lepas tu baru layan movies.Laaagi best!
Dan aktiviti terbaru emak2 takde kerja ni (geng2 Mary Jane.Hahaha!Pepandai letak nama sbb omputess kan.Kalau Melayu I letak geng2 Jemah).Kikikiki.Maka my friend Allexis bg idea untuk create social club antara geng kami ni.Motif adalah,by next year anak2 tak akan stay kelas yg sama jd kami semua kalau boleh taknak berpecah la sbb giler best lepak ngan group kami ni.Semua stok2 kepala masuk air so tak la janggal sangat rasa.Kat sekolah tu rasanya kami antara group emak2 yang agak aktif sebab sebulan sekali kot kami playdates.Tu untuk anak-anak.Untuk emak-emak pantang ada peluang keluar pi minum coffee.Selalunya just nak hilang stress duk sembang kosong je pun tapi serious kami rasa sangat la happy tambah lagi tak ramai yg bekerja so mmg byk free time la.
Dan my friend bg idea ni la buat book club.First meeting kitorang Khamis lepas.Cakap pasal plan create group 10 minit je,tapi bergelak ketawa sampai berejam.Ciss!Kikikiki!I pun spontan je sebut nama buku ni bila teringat tu je la buku paling latest I baca sbb kami semua pun bukan ada masa sgt baca buku.
Maka tak pepasal I jadi host pertama untuk review.Owh!Second meeting next month so I la kena review dan ahli group skang start la baca buku ni.Skang diorang pulun baca jugak dan mana yg malas baca,diorang tgk movies je dan part paling best buku ni pun ada yang versi audio book.
Ok.Untuk anak2 cara yg I pupuk minat membaca diorang pulak adalah dengan bawak diorang p library.Tp sejak TND masuk sekolah ni,I dah jarang pi library memandangkan dia pun kat sekolah memang every week wajib ke library dan pinjam buku.So ok la mcm tu.
Dan bebaru ni kat sekolah di Queensland ni diadakan Book Week dimana student datang pakai baju ikut character buku yang diorang suka.Dan haritu jugak la peluang ku jumpa spiderman berlari ke hulu ke hilir dalam kawasan sekolah.Bukan satu,5,6 Spiderman ada kot.Kikikiki.Sabor je la.Dan bukan student je tau.Cikgu pun sama.Sporting habis.Dan haritu jugak I boleh tgk Witch main bola,Harry Potter tak pakai spek,Goldilocks with three bear,Batman etc.
Dan I memula mcm duk fikir gak nak bg TND pakai apa.Bila tanya dia nak jadi apa,dia jawab nak jadi Minnie Mouse owh tak kuasa la I nak mencari costume Minnie Mouse sampai I hampir lupa pasal Book Week ni until malam tu dia reminds mak dia ni.Nasib la I teringat my cousin Hani pernah hadiahkan TND satu baju meow comel tp last year tak muat lagi.Malam tu try,eh muat la cuma lengan je panjang sket.No worries.
So esoknya TND pakai baju tu la.Nasib la dia nak.Excited lak tu.Baguih!Baguih!
Dan inilah kucing pink comel saya.Adik dia pagi tu tak habis2 duk mengeow dalam kereta sepanjang jalan nak ke sekolah dan bila pergi sekolah TND citer kenkawan sibuk nak duk tarik ekor kucing dia ni.Hahaha!Bebudak geram la tu.Apapun,my daughter really enjoy the day dan kwn2 dia pun leh tahan sensorang punya costume.Ada yang jadi pirate,Harry Potter,Goldilocks,Ninja Turtle,Batman dan mcm2 lagi la.
Owh mmg interesting la bebudak sekolah sini selain dari sistem pembelajaran yang teramat la rileks.Kikikiki!Setakat ni TND tak pernah bawak balik homework.Dang!Dan I pun tak kesah sgt dia pandai membaca ke tak.Tp I test haritu dah mcm boleh cuma x lancar lagi la.Its OK.Hehehe!Take your time.