Short Vacation - Sutra Beach Resort

Entry basi.Ini cerita akhir tahun 2012.Wahahaha!
 
Disaat aku stress melampau,maka before final decide pergi jenjalan dulu makan angin.Tak jauh pun.Area Terengganu je pun.
 
Tak perlu perancangan rapi,just pilih which location yang mampu mengurangkan stress yang dihadapi.
 
Dengan izin suami,bergeraklah kami 3 orang ke Merang,Terengganu.Aku ingat jauh sangat perjalanan dari UMT,tp rasanya 15 minit tak sampai.Wakakaka!
 
Jauhnya tempat bercuti.
 
Kami menginap di Sutra Beach Resort,Merang.
 
Charge for one night RM170 including breakfast for two.Orait la tu plus bilik mengadap laut beb.Sungguh ohsem cuma bilik dia macam tak maintained sgt sebab agak lama but STILL OK.


Wajah happy budak dengan mak budak.Pepagi lagi kitorang keluar sbb nak ambik Aida kat hostel UMT.


Kemain kau Jah posing.Berspek hitam bagai.


Inilah biliknya.Dekorasi so-so je then lantai ada lobang-lobang sikit maklum la lantai kayu tak berkarpet.Sama dekat balkoni.Kerusi kayu agak lapuk.Tempat mmg lawa tp macam tak terjaga sangat.Hurm!
 
Eloklah buat hiasan kain batik atas katil tu,anak aku tumpahkan air,aku bikin jadi kain lap lantai.Muahahaha!

Ini muka excited nak swimming kat kolam tapi kat sini je la excitednya sbb masuk pool muka kejung.Sebelum pergi pool aku keluar kejap cari pelampung,tp bayangkan satu tmpt pun takde even kedai dalam resort.Nehi!


Sebelum mandi,layankan ice cream dulu.Damia tu gaya je lebih.Angkut masuk pool meraung.
 

The views from pool.


Cantek right?This time nampak ramai sebab ada geng guru sekolah mana ntah buat reunion.
 
Untung mulut ringan,aku offer nak tolong snapkan pic diorang,lepas snap pic terus geng cikgu tu offer food yg diorang bwk picnic time tu.
 
Dapat pudding,ketupat palas dgn lepat pisang.Mabeles!


Sesi dalam pool.Ini pool budak.Hahahaha!~
 
Ini dari pantai ke bilik kami.Itu view dari beranda bilik.Mmg ohsem.Bukak sliding door terus nampak laut.Cuma malam cuak sikit time nak tidur sebab menderu-deru bunyi ombak menghempas pantai.Ewah!


Inilah food yg cikgu baik hati tu bagi.Tak sampai 5 minit selesai.Si mat salleh Aida tu pun cakap sodap!


Pool takut tapi laut tak takut.Beria budak kecik nih main air.

Ini lepaskan gian lama tak mandi laut.Mmg seronok la plus tak ramai orang.Kau nak meniarap,buat aksi kuak lentang atas pasir pun takpe.Takde org nak tengok.Wakakakaka!~

Main air lagi.


Tetiba melintas abang berkuda.


Damia seronok dok jerit "Horse!" "Horse!".Amerika sangat kau Damia.Kuda sudeyyy!~


Ini hasil seni aku dengan Aida.Buat penyu.Maklum la UMT antara pusat penyelamat penyu.


Ini Damia punya.Bila aku Tanya,"Ni apa ni?".Laju dia jawab,"Ini resakse!".Iyalah.Mirip sangat2~

View dari room kitorang.aduhai,indahnya bumi ciptaanNya.


Bosan2 posing.Kami dinner kat bilik je.Tapau roti nan kat luar.Aida taknak makan kat restaurant kat resort.Kami tapau roti nan yg restaurantnya near PETRONAS tak silap aku.Memang sedap beb.Dia punya curry dan ayam tandoori mmg setaraf mamak la dan for me lagi sedap dari mamak.Even Aida pun cakap sedap.

Ini time breakfast pagi.Mata bengkak lagi sbb tidur lambat asyik sangat bersembang.Hahahaha!~
 
Gila malas nak bangun tp mengenangkan kol 12 tengahari dah nak check out,gigih la bangun.
 
Breakfast so-so je.Takde apa yg menarik pun.


Mintak ada budak lelaki kat situ snap.Dah nak balik time nih!Bye.See u again!

No comments:

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me