iDONATE

Assalamualaikum............

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi dengan setiap apa yang dikurniakan pada aku hingga saat ini.

Lamanya tidak memuntahkan cerita di blog tak berapa nak best ni.Hiks!Maklum la busy je manjang dan sekarang dah lega sikit.Tinggal nak study untuk final je.

Baru-baru ini aku di tag Nizam untuk berbicara tentang scene di Terengganu.Jujur selepas masing-masing habis sekolah menengah,aku mmg slow dan terus senyap.Dah tak join geng2 ni melepak dan yang pasti time tu masing-masing dah bawak haluan masing-masing.Namun begitu aku masih lagi contact dengan Fazri dan Shabri.Ini aku anggap kawan sampai bila-bila : ) 

Insyaallah Fazri,takde aral ingin sekali berkunjung kerumah anda.Tahniah untuk kelahiran permata ketiga.Indahnya ciptaan Allah swt.

Ceritanya......

Baru-baru ini kawanku Aida usulkan untuk membuat kutipan barang-barang terpakai bagi didermakan pada mereka yang memerlukan.Aku anggap ini adalah suatu usaha yang baik memandangkan dahulu aku juga pernah terlibat dengan aktiviti sukarela sebegini.Walau tidak secara berterusan namun aku gembira sekurang-kurangnya aku juga pernah turun padang.Bermula dengan aktiviti kutip sampah disekitar bandar Kuala Terengganu (Walau diherdik,disindir bermacam-macam),tapi kita tetap usahakan juga.Dan yang kedua pengalaman memasak bee hoon untuk diedarkan pada mereka-mereka yang memerlukan sekitar bandar Kuala Terengganu (Food Not Bomb). Dan pengalaman berkunjung kerumah beberapa keluarga yang agak susah untuk menghulurkan sedikit bantuan makanan pada mereka turut memberi kesan pada aku dan juga kesedaran bahawa tidak semua dari kita bernasib baik.Kalau dilihat semua itu bukanlah satu usaha yang cukup besar yang pernah aku lakukan dalam hidup namun ia cukup berbekas dihati aku hingga hari ini.

Dan ia juga cerita yang indah untuk aku kongsikan dengan anak-anakku kelak.

Dan dikala Aida mengusulkan perkara yang hampir sama,aku naikkan tangan tanda setuju.

Maka kami bermula secara kecil-kecilan dahulu.Hari ini aku sudah photostat untuk 1000 keping flyers pertama untuk diedarkan di kawasan universiti.Alhamdulillah Allah swt mudahkan segala urusan walau hari ini hujan agak lebat menimpa kawasan sekitar Kuala Terengganu namun itu tidak sesekali mematahkan semangat kami berdua.

Mohon padaNya jangan pernah sekali dilunturkan semangat ini.In sha Allah.

Part aku photostat


Credit to Aida.Dia yang bertangugjawab create flyers ni : )

Untuk permulaan ini,kami mulakan di dalam kampus terlebih dahulu dan moga usaha ini mendapat sambutan.In sha Allah.

Pertemuan pertama pada hari Rabu ini 19 Dec 2012 di kafe baru UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU.Moga dengan kehadiran rakan-rakan bagi memberi sokongan.

Hebahan melalui FB juga membuahkan hasil apabila rakan-rakan terdekat turut sama ingin menyumbang.

Terima kasih pada semua yang menyokong!



3 comments:

FastRi said...

terharu jugak bila nama dimention. keh keh keh. jemput lah ke rumah bila2 masa.

brg2 yg didonate tu wakgi ke mana?

Syafinaz said...

Setakat ini tak banyak family dalam list.Masih mencari.Ada deme tahu tak sesiapa?Boleh bagi maklumat mereka pd ambe sbb byk jugak brg yg didonate students UMT.Mmg diluar jangkaan : )

FastRi said...

kalau ada pun blh2 dungun ni la.

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me