Ini tahun kami raya bertiga


Alhamdulillah.Aku panjatkan syukur padaNya dengan semua kurniaanNya kepada kami.Tahun ini meraikan Syawal bersama anakanda tercinta Damia.Sedikit berbeza jika ingin dibandingkan tahun2 sebelumnya.Sedikit penat namun kepuasan dan kenikmatan berkeluarga melebihi segalanya.Segalanya lengkap bagi aku dan aku bersyukur seadanya.Alhamdulillah.

Masih lagi seperti biasa rutin pagi disini,tengahari disana dan petang disini,malam disana kerana memandangkan jarak rumah mak ayah dan mertua hanya 10 km.Hahaha!

Satu hari sahaja boleh menziarah beberapa rumah saudara kerana kami tinggal berhampiran baik saudara sebelah aku mahupun suami.Meriah dan amat meriah sehingga perut makin ketat makin ketat kerana semua benda ingin diisi.Juadah raya usah cerita,ibarat "SALE" rambang mata beb!

Gembira 1,baik keluarga sendiri mahupun mertua semuanya membahagiakan.Terima kasih kalian.Syukur kerana mempunyai keluarga besar ini.Keluarga aku tidak besar.Abang dan kakak masing2 giliran disana,rumah aku tetap tidak sunyi walau kami hanya berenam.Pergi rumah mertua,nah berderet beratur tunggu "turn" nak duit raya.Maklumlah cucu mummy 38+1 (setakat ini si bongsu adalah Damia namun tak lama lagi ke 40 bakal menyusul bulan 11,bukan cucu bongsu tok lagi la Damia)

Gembira 2,dapat jumpa semua keluarga baik jauh baik dekat.Dan ini tak minta namun sudah dibagi ambil sahaja.Hehehe!Terus terang sahaja,memang "masyuk" betullah duit raya Damia dapat.Ayah bonda tumpang gembira.Ngada-ngada betul : )

Gembira 3,walau ringkas cukuplah untuk menjamu tetamu yang datang.Walau "originally" dari Terengganu tapi tahu masak lontong "sold out" juga.Hehehe!1st raya menu sate,ketupat palas dan rendang,kuah kacang dan lontong,nasi impit (tak lengkap tanpa tapai bungkus dalam daun getah namun memang tiada ini tahun dan sedikit hampa)

Gembira 4,pakai baju warna sedondon tapi Damia tak ada baju kurung sebab rasa macam tak berbaloi nak tempah memandangkan dia kecil lagi.Tahun depan sahajalah bila dah boleh berlari ops!berjalan.

Tapi raya ini ada juga benda yang masih sama naik muak pula.Hehehe!

Menyampah 1,mat rempit pun nak beraya tapi merempit juga dia tak ingat dunia.Kadang2 terlintas kat hati, "Mereka2 ni fikir apa sebenarnya??".Agak2 umur 50 tahun nanti diorang rempit lagi tak???Baju melayu pakai dah cantik tapi kalau bawa motor yang sepatutnya gerak 2 roda tiba2 jadi satu itu apa kejadahnya.Kalau terbabas mati tak menyusah orang tidak mengapa namun tetap juga menyusah orang dari awal sampai akhir.

Menyampah 2,biasanya golongan wanita.Sibuk "compare" kain baju raya dia,stail baju,warna,macam2 lagilah dengan baju orang lain punya.Hukhukhuk!!

Menyampah 3,rancangan kat tv..tak ada pun yang membina.Balik2 artis itu artis ini.Drama yang tak ada kena mengena (time raya siar cerita hantu,filem2 yang tak membina langsung.>>apa relevannya??)Dari awal puasa sibuk menyanyi je manjang,macam2 jenis lagu raya,majlis berbuka dengan artis la dan pendek kata seolah2 artis lagi hebat dari ulama'.Publisiti dia,"fuyyo dasyat!".Tapi aku tabik kat rancangan Jejak Rasul.Pengisian yang amat baik.Dan dari aku buang masa tengah artis tergedik2 nyanyi lagu raya baik aku layan rancangan masakan.Ada juga gunanya.

Namun apapun keadaannya,Alhamdulillah.Syawal ini sememangnya begitu bermakna.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You