Hurm...saya mulakan dengan KALAU BUKAN KITA,SIAPA?Mesti korang terfikir apalah yang minah ni nak bebel pulak dalam entri dia ni.Sebenarnya saya sudah agak lama ingin meluahkan tentang perkara ini namun tiada kesempatan namun alang2 puteri comel sedang beradu,ambil shj peluang untuk berblogging semula.
Sebelum saya melahirkan puteri sulung saya,tidak dinafikan saya adalah antara ribuan peminat brg2 comel dari watak2 kartun Walt Disney,movies dan seangkatan dengannya.Kalau pergi kemana2 shopping complex,menjengah ke bahagian kanak2,butik2 mahupun kedai buku sekalipun merupakan satu kewajipan.Walau tidak membeli namun membelek sahaja sudah cukup buat saya tersenyum dan mulalah berangan2 untuk manjakan anak sendiri dengan barangan ini tambah lagi kalau la anak itu adalah perempuan.Semua benda nak pink,pink,pink and pink!Sehingga sanggup membeli pada anak2 saudara sendiri memandangkan waktu itu belum ada anak lagi.
Akhirnya,2010 adalah tahun yang sangat bermakna bagi saya apabila selamat melahirkan anak pertama kami.And it's a gurl!Namun sesuatu telah merubah kegilaan saya itu dan tidak perlulah saya huraikan apakah penyebab yang membuatkan saya terkesima seketika.Chewah!Sebetulnya saya tidaklah ingin "MENGHARAMKAN" terus namun niat dihati yang suci ini adalah biarlah diberi secara berpada2 dan bukan sehingga menjadikan anak kita terlalu obses dengan watak2 kartun ini dengan dunia fantasi yang sengaja direka-reka.Ini saya tujukan pada mereka yang beragama Islam.
Sila fikir apa tindakan kita apabila:
1) Seorang anak kecil meminta ibu bapanya membelikan pakaian ala princess beserta sayap pari2 seperti watak kartun yang diminati.Si ibu setuju namun si bapa melarang kerana risau si anak akan menjadi terlalu taksub.Itu apabila ada tentangan maka ia tidak berlaku namun untuk kes dua2 menyokong tanpa memikirkan kesan bagaimana pula?Kadang2 tidak diminta anak namun ibu bapa yang membelikannya.
2)Si anak baru kehilangan sebatang gigi susunya dan pada malamnya meletakkan gigi tersebut dibawah bantal dengan harapan pari2 akan datang berjumpanya dalam mimpi.Situasi ini apabila anak ini percaya akan kewujudan pari2 dan apabila diberitahu pada ibunya,si ibu hanya ketawa dan berasakan betapa bijak dan lucunya anak itu.
3)Si anak menonton rancangan kartun kegemaran selama berjam2 dan ibu bapa hanya membiarkannya janji anak2 tidak menganggu mereka.
4)Situasi apabila si anak percaya kalau berbohong hidung menjadi panjang seperti watak dalam Pinochio dan jarang ibu bapa yang membetulkan semula dengan mengatakan bohong itu suatu yang dibenci Allah swt dan kita akan mendapat dosa.
Saya pernah bertanya anak saudara suami,siapa para sahabat nabi?Jawapannya sememangnya mendukacitakan apabila mereka hanya mencebik.Namun andai diaju soalan sila listkan nama princess2,atau siapa lagi hebat antara Woody atau Buzz Lightyear.Laju shj jawapan dari mereka.Hati seraya terasa sedih kerana dulu kita dibesarkan dengan kisah2 teladan para nabi,sahabat dan sbgnya.Merujuk situasi diatas,sebagai ibu bapa,apakah jawapan yang terbaik untuk kita berikan?Saya juga memikirkannya.
Saya tahu sedikit sebanyak mesti ada yang tidak setuju dengan saya.Pendirian saya disini adalah,pada saya tidak salah anak meminati kartun namun janganlah sehingga terpengaruh dengan watak2 didalamya namun sebagai ibu bapa kita haruslah mengambil sedikit masa untuk memerhatikan mereka dan membetulkan apa yang dirasakan salah dan bukan menyokong secara membati buta kerana KALAU BUKAN KITA,SIAPA lagi yang harus dipertanggungjawabkan dalam hal mendidik anak2.Segalanya terletak pada kita.Anak hanya tahu meminta dan yang mengiyakannya adalah kita.Sedih apabila mendengar ibu bapa yang berkata "Nak buat macam mana,anak yang nak",seolah2 anak yang membuat keputusan untuk kita dan bukan kita yang membuat keputusan untuk mereka.Sekian.
1 comment:
Terima kasih kerana singgah di blog saya tadi. Saya amat menghargainya. Tahniah kerana mendapat cahaya mata. Selamat menjadi ibu, yang sukses, ya. Heee.
Post a Comment