Pernah atau tidak korang berhadapan dengan makhluk yang suka menidakkan apa yang kita katakan hanya kerana dirinya tidak begitu?Mesti rasa annoying gilerkan?Nampak sangat dia tu sakit hati atau jealous dekat kita.
Apa yang cuba saya ingin beritahu hanyalah sesungguhnya tidak eloklah perangai sebegitu kerana ia hanya menyebabkan kita menghidap radang hati (penyakit hasad dengki) yang mana ubat spital pun xleh bantu kecuali diri sendiri.
Saya akui saya sentiasa berhadapan dengan makhluk2 ini yang mana ayat yang paling biasa diorang suka guna "Hurm,tak semestinya".
Sebenarnya dalam two ways communication,tidak salah andai kita memberi pandangan dari sudut positif dan tidak perlu sebenarnya memperlekehkan orang lain.Memang benar kadang2 kita mungkin tidak bersetuju namun carilah cara yang paling baik untuk diluahkan dan bukannya dengan menyindir secara sinis atau memperlekehkan orang lain.
Sikap suka mencari kelemahan orang lain juga boleh membuatkan kita merasa sakit hati sampai rasanya tangan ini ringan jer nak tempeleng mulut yang berkata2 itu.Huhuhuhu!Namun kita harus sabar.
Apa point saya sebenarnya?Hehehe...Sebenarnya saya sedang menghadapi krisis dengan makhluk Tuhan yang tidak berapa nak seksi ini.Jika dinilai secara luaran,tiada sebab dia harus berasa sakit hati pada saya sehingga terpaksa berpenat lelah untuk menyakitkan hati saya.Makhluk ini tidak menembak secara kejam namun percakapan lembutnya mengandungi bisa atau mudahnya,mempunyai maksud tersirat yang amat memedihkan hati untuk diterima.
Kenali saya & dia..
Saya adalah seorang isteri,seorang ibu (Dia juga)
Saya belum lagi dapat mengenggam segulung ijazah & sedang bertungkus lumus mendapatkannya (Dia sudah berjaya)
Saya tidak berduit & mengumpul duit untuk membeli sesuatu itu adalah biasa (Namun tidak dia kerana dia berduit)
Saya bukanlah kategori wanita cantik (Dia ada rupa)
Saya menumpang rumah ibu bapa saya (Sedang dia dirumah sendiri yang serba mewah)
Nah,bukankah jauh bezanya kami namun kenapa saya masih lagi diperlekehkannya?Kenapa dia begitu rajin mencari silap saya.Apa lebih saya dan kurangnya dia,saya sendiri tidak pasti..
Tambahan untuk dia,ada anak yang comel,suami yang mampu beri segala..namun mungkin itu belum cukup baginya.Itu apa yang saya rasa!Hehehe!Untuk memanjatkan kesyukuran mungkin suatu yang agak sukar baginya..kerana saya sendiri melihat dia sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang dia ada...