Bila bosan inilah hasilnya....

  • Ini adalah entri yang tiada makna namun ingin post jugak dekat sini kerana condition diri yang teramatlah bosannya akibat dari kegagalan meng"install" games yang baru dibeli di Giant (lengkap info dia).Kerja sekolah atau bahasa universiti iaitu "assignment" belum jugak siap2 dan nampaknya sudah mula naik sawang.Due date makin dekat makin dekat.
  • Sehari dua ini hati sedikit risau kerana "baby" kat dalam perut comel ini tidak bergerak sangat ( susah hati sebab ini juga satu pekerjaan bagi saya iaitu check perut saban hari.Hehehe!!Bukan rajin sangat nak check sebenarnya tapi memandangkan itu antara soalan suami setiap hari selain tanya saya hari ini makan nasik lauk apa.Kadang2 macam malas nak jawab.)
  • Bercerita pasal hari ini saya sendiri tidak tahu kenapa penyakit careless masih lagi menghantui diri ini dan bila nak kurang tidak tahulah.Sekitar jam 2 pagi terima sms dari Huda yang sangat rajin meng"update" maklumat terkini.Isi kandungan sms berkenaan speech untuk Public Speaking.
  • Isi sms "Salam.sori ggu ibu mgandung pg2 ni.mu tau x esok presntation pblic kt?kul 11-12 ok?jgn x g plak...cu 2mrow".
  • Malas nak cakap panjang sebab buat malu jer.Kalau dah baca sms dipagi hari pukul 2 pagi pulak tu,apa yang highlight kat dalam kepala otak hanyalah ayat "presentation".Pada masa yang terdekat saya ada lagi satu presentation untuk subjek Kenegaraan.Bersemangat waja lepas sahur terus prepare untuk presentation Kenegaraan.Isi sms semalam tidak dibuka semula.Sanggup tahan mata yang mengantuk sebab semalam tidur lambat main PSP.Rasa cuak jugak asal leader tak inform awal.Hurm!Lantak ah janji ada persediaan.
  • Ada dua agenda pagi itu.Pertama pergi jumpa Tuan Haji Nor sebab nak drop subjek untuk KO-Kurikulum.Alasan yang diberi sebab tak larat pregnant tapi sebenarnya silap pilih subjek.Maaf banyak2 Tuan Haji.Saya tidak sanggup sertai "Boria" mahupun "Koir" mahupun benda yang seangkatan dengannya.Huhuhuhu!!Saya tiada talent itu.Talent saya hanyalah melalak tanpa sebab.Bukan talent sahaja,hobi pun ya juga.
  • Cunggap2 sampai UMT ( macam dari rumah lari pecut padahal bawak kereta.Hehehehe!!Hanya ambik masa 35 minit untuk sampai dari Marang ke UMT.Abah cakap laju giler!!Jawab saya "Biasa jer!Huhuhuhu!)
  • Sampai sahaja tengok kawan2 keluar masuk.Aik?Selamba jer.Untuk kepastian tanya Huda.Jawab Huda yelah,"Public Speakingkan?".Dalam hati malu sendiri.Saya mati2 ingat Kenegaraan.Buat diam jer nanti malu!Bala kedua,sumpah saya ingat turn saya after Raya so tak ada prepare apa2 pun.Maka dengan doa hembus kanan hembus kiri,tinggal saya jer yang bagi speech ikut suka hati plus melalut entah apa2.Calon akhir pulak tuh.Semua orang nampak dalam keadaan bersedia siap ada note kat tangan.Saya??Bawak bontot plus perut jer la nampaknya.
  • Moral dia: Sentiasa alert dengan keadaan sekeliling.
  • Kesan ke"frust"an yang teramat sangat saya pun bawa diri pergi Giant cari dvd games baru.Ramai gila manusia.Parking susah tak payah nak cerita.Semangat punya pasal panas pun dah tak terasa.
  • Sepanjang perjalanan dari UMT ke hypermarket Giant dan seterusnya kerumah.Gelagat yang saya rasa so annoying.Adegan yang tidak sanggup dilihat.

Cerita 1

  • Keprihatinan masyarakat Terengganu terhadap H1N1 masih kuat dimana masih lagi terdapat mereka2 yang memakai topeng penutup muka.Baguslah.Kesedaran tentang penyakit itu masih tebal.
Sakit hatinya bila:
  • Si ibu yang bersama anaknya yang sedang sibuk membeli belah.Si ibu memakai topeng namun si anak tidak (anak dalam lingkungan 4 tahun ).
Telahan saya:
  • Ibu jer takut mati,anak mati tidak mengapa.
Cerita 2
  • Cuaca panas tidak usah dicerita.Tambah lagi waktu tengahari.
Sakit hatinya bila:
  • Ibu bapa yang sanggup usung anak2 kecil berduyun2 ke TTC (ada jualan murah raya agaknya!) dan juga di Giant/Mydin.
Telahan saya:
  • Tidak risaukah mereka dengan risiko anak2 yang mungkin demam dengan keadaan cuaca yang tidak begitu menentu.Kita manusia dewasa pun kadang2 tewas inikan anak2 kecil.Atau pada mereka tempat2 begitu adalah tempah riadah keluarga.Pada saya,dengan cuaca yang tidak menentu ditambah dengan wabak berbahaya itu,dua tempat ini bukanlah tempat yang sesuai untuk membawa anak2 kecil.Saya tidak fikir alasan tiada yang ingin menjaga anak dirumah kerana saya melihat "culture" di Terengganu yang gemar membawa seisi keluarga ketempat2 sebegitu.Ibu,ayah,tok,to'ki,mok so,pok su,abang,kakak,along bla bla bla bla....
Cerita 3
  • Kepada pemandu kenderaan,jangan cepat melatah kerana pemandu2 di negeri penyu bertelur ini sememangnya amat susah untuk memberi jalan pada mereka yang memerlukan.Hahahaha!!
Sakit hatinya bila:
  • Jangan fikir kamu beri tanda "signal" awal kamu akan diberi laluan.Sesetengah sahaja yang akan bertolak ansur.Kebanyakan akan buat muka "Keras" sahaja seolah2 hanya dia sahaja yang mebayar cukai jalan.Mesti banyakkan bersabar.Bertembung dengan pemandu wanita yang suka2 hati sahaja masuk laluan bertentangan dengan harapan mendapat parking dengan mudah telah menerima satu isyarat tangan dari saya supaya keluar dari laluan sebab bukan dia seorang sahaja yang panas tidak jumpa parking,kat belakang 1 kilometer lagi beratur panjang tunggu turn.Jangan juga dimarah apabila di block kereta dari belakang oleh kereta "kecik" sahaja dengan pemandunya pakai cermin mata hitam mengalahkan "Paris Hilton" namun cara bawak kereta so annoying.Menyusahkan masyarakat.Digertak untuk melanggar keretanya baru beralih.Dari tadi tengan belek muka kat cermin agaknya atau sedang pecahkan jerawat batu kat muka.Jangan juga ribut2 kalau jumpa orang bawa kereta dan bawa kereta perlahan gila tapi nak jugak duduk line kanan.Saya pernah berdepan dengan seorang wanita yang bawa kereta perlahan gila duduk line kanan bila dipintas rupanya sedang asyik mengorek gigi.Tekun benar nampaknya sampai tidak perasan satu2 kereta melintasinya.
Telahan saya:
  • Ambik balik ayat atas,dia sahaja yang bayar cukai jalan sebab itu berlagak macam jalan "Bapak dia yang punya".
Cerita 4
  • Selamat tiba dikampung saya (macam perantau pulak).Simpang 4 dikampung harus berhati2.Ini kerana anda mungkin berdepan dengan pemandu motor yang tidak reti berhenti disimpang terlebih dahulu atau brek motor rosak.Jadi sebagai orang yang berkereta harus berjaga2 dengan keadaan in kelak bala menimpa.
Sakit hatinya bila:
  • Selambanya satu motor melintas di simpang 4 namun tidak risau kerana saya bawa kereta amat perlahan ketika itu.Apa yang geramnya,pemandu motor yang kakinya tidak begitu menjejak tanah (saya rasa masih bersekolah rendah) sedang membawa pembonceng kecil lingkungan 3 tahun agaknya yang duduk dibelakang.Sudahlah tidak layak membawa motor,lajunya bukan main.
Telahan saya:
  • Masih ada ibu bapa yang "bodoh bahlol" (ayat ini sememangnya patut digunakan untuk situasi diatas.Jahatnya mulut saya.Bulan puasa pula tu!) membenarkan anak kecil bebas membawa motor begitu.Bila tragedi berlaku,tidak usah menangis sampai keluar biji mata.Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik dari mengubati.Chewah!!

2 comments:

Mince4AM said...

"Kepada pemandu kenderaan,jangan cepat melatah kerana pemandu2 di negeri penyu bertelur ini sememangnya amat susah untuk memberi jalan pada mereka yang memerlukan.Hahahaha!!"- biasa2.

potong Q, masuk bahu jalan kiri,biasa2. (Pernah juga buat, tapi time kecemasan sgt je)

Semua benda yang Pn. Ckp tu bukan berlegar di Terengganu sahaja saya rasa, ia sudah menjadi budaya 1 Malaysia. Hahaha, budaya 1 Malaysia

Syafinaz said...

Yeah!Negeri lain pun ada.X specific gannu jer sebenarnya tapi sebab topic pasal dkt area gannu jer,itu jd lagu tu tuh.Hehehe!

There was an error in this gadget

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You



Email me