Assalamualaikum...
Sudah agak lama saya tidak meng"update" blog.Bukan kerana tiada masa tapi sejak akhir2 ini mood malas amat ketara.Malas ke??Hahaha!!Tidak sebenarnya.Ini kerana saya baru dapat benda alah ini.
Sudah lama diidam-idamkan akhirnya dapat jua.Jadi bermulalah rutin baru dimana kehulu dan kehilir benda alah ini ditangan.Huhuhuhu!!Ramai yang kata saya pelik dan ada juga yang kata saya terlalu obses dengan games.Saya tidak kisah kerana itu dunia saya dan suami memahami.Pada suami,cukup saya memahami dan menjalankan tugas sebagai seorang isteri,minat yang ada tidak harus dihalang malah dia sendiri membelikannya untuk saya.Hadiah kerana mengandung mungkin.Bunyi agak pelik tapi itulah kami.Kami dalam dunia kami yang sangat berwarna-warni.Dunia kami yang tersendiri.Saya lihat dia,dia senyum dan begitulah sebaliknya.
Bercerita tentang minat yang satu ini,saya sendiri tidak tahu kenapa minat saya sangat mendalam terhadap permainan video.Terlalu obses sehingga pernah saya melalui beberapa peristiwa pelik.Antara tiga pengalaman yang agak menakutkan pada saya namun terasa lucu apabila dikenang.Peristiwa pertama sewaktu diasrama.Waktu itu penempatan saya di blok J (TATI).Blok J terletak agak kebelakang dan agak sunyi memandangkan penghuni yang tidak ramai.Satu aras masih terdapat beberapa bilik yang kosong.Cerita ini agak mistik ok so sila rasa takut sekarang.Saya mengadap PC (of course mengadap games sebenarnya).Saya tidak pasti waktu itu jam berapa namun rasa2nya sekitar jam 2 atau 3 pagi.Sedang asyik bermain,secara tiba2 kerusi saya telah ditarik kebelakang.Ahh!!Agak2 apa perasaan saya waktu itu?Tiada seorang pun yang terjaga waktu itu.Dua orang teman sebilik sudah lena diulit mimpi.Saya tanpa menunggu masa terus "switch off pc" (sah2 tak shut down dah pakai tutup suis terus) dan melompat kekatil tarik bantal tekup muka dan terus zzzZZZZZZ.Sumpah saya berpeluh giler sepanjang malam itu.Moralnya,main games tuh agak2 la.Waktu tidur sila tidur.Hahahahaha!!
Cerita kedua saya sewaktu diasrama juga.Akibat terlalu asyik mengadap pc (sambil pakai ear phone konon2 tak nak ganggu kawan2 lain).Malam itu ada pelajar yang diserang histeria.Saya walau asyik dengan games saya sesekali membelek jam menanti teman sebilik yang tak balik walau dari maghrib tadi kesurau.Jangan tidak tahu geng2 bilik saya budak2 usrah (Naqibah lagi.Huhuhuhu!!).Tunggu punya tunggu tak balik2 last2 baru dapat cerita yang diorang pergi kebilik pelajar yang terkena histeria.Cerita saya pula,dari awal budak tuh kena histeria dengan menjerit sakan sumpah saya tidak dengar apa2 dan hasilnya saya sorang jer kat bilik manakala budak lain semua pergi ketempat kejadian.Hahahahahaa!!Budak satu blok ok?SEMUA.Sampai yang kena histeria tu back to normal baru saya sengih2 dengar citer diorang.Kalau saya tahu sumpah saya tak stay kat bilik sorang2.Cerita lagik satu malas la nak cerita sebab tak interesting pun.Itu cerita waktu saya ada pc.Pc saya macam2 benda saya upgrade dan semua gara2 sebab nak best main games.Hasilnya 2 kali jugak motherboard meletup.
Kini,pc saya dah rosak.Saya cuma ada laptop Dell color pink (suami bagi jugak sempena dah masuk "U" ni).Bila dah pakai laptop mood main games tuh dah macam kurang.Bukan apa,laptop tak POWER!Tapi apa pun kita kena hargai pemberian suami.Suami suh belajar bukan suh main games.Ayat dia"Tarik lubang telinga baru tahu!" (Sampai sekarang saya masih lagik curious macam mana ek nak tarik lubang telinga??Hahahaha!!)Walau minat main games dah mula menurun macam lampu merah dekat dada ultraman yang kelip2 time kuasa dah kurang (berlaku setiap kali rasaksa smack down dia beberapa kali) namun sejak dapat benda alah tu,minat tuh dah naik balik dah.Hahahahaha!!Harap suamiku tak baca post ini.
Kegilaan saya ini juga menyebabkan saya diperli.Namun bak kata Aiman,"Aiman tak kesah!".Huhuhuhu!!!Dulu waktu saya bekerja dulu (waktu slim sebelum boyot.Hehehehe!) hujung minggu saya,kerja saya yang satu adalah main games.Suami tidak kisah kerana sebelum saya meng"turn on"kan pc saya akan pastikan tugas2 yang wajib bagi surirumah (surirumah hujung minggu kerana saya makan gaji waktu itu) iaitu kerja2 rumah termasuk memasak,membasuh,menjemur,membersih bla bal bla dan bla bla adalah siap.Ai!Ai!Sir.So for him,"Good!Good!".Jadi anda boleh main games sekarang!.Oh!Dunia,saya bahagia.Minat,minat juga namun tanggungjawab jangan lupa.Walau sering kali diperli dengan kegilaan satu ini saya tidak peduli.Suami sendiri mengatakan janji kita bahagia dengan dunia kita.Just ignore apa kata orang.Bagi mereka kami adalah pasangan suami isteri yang tidak matured.Perangai macam budak2 mungkin.Saya tidak kisah kerana sekurang2nya saya jujur antara satu sama sama lain tidak seperti sesetengah pasangan yang saling melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pasangan masing2 (biasa berlaku apabila salah seorang bersama dengan orang luar)pada keluarga terdekat mahupun teman2.Saya sejujurnya lebih berkecil hati sekiranya suami melahirkan rasa tidak puas hati dengan saya pada orang lain.Saya lebih senang sekiranya dia berterus terang.Namun yang pasti,amalan "give and take" kami membuatkan rumahtangga yang sudah genap 2 tahun ini semakin bahagia ditambah dengan orang baru yang bakal disambut pada 5 Feb 2010(tarikh yang dijangka.Exactly date tuh hanya Allah s.w.t yang Maha Mengetahui).Alhamdulillah.
Saya juga pernah diperli kerana membazir masa.Jawab saya,saya main games pada waktu lapang saya.Bila berada dalam lingkungan keluarga mahupun teman,andai saya bermain permainan ini,kebarangkalian untuk mengumpat lebih tipis dan dosa tidak bertambah (teguran untuk kaum wanita termasuk saya,kurangkan mengumpat kerana ia tidak baik untuk mental!Hehehehe!).Ini kerana saya didunia saya.Saya tidak menganggu orang lain dan yang pasti tidak keluar rumah maka duit adalah amat SAVE.Saya pelik dengan manusia.Selain dari menyibukkan diri dengan masalah orang lain,tidakkah mereka ingin meluangkan masa merenung diri sendiri dan memperbetulkan diri sendiri dahulu barulah cuba memperbetulkan diri orang lain.Perkara yang buat saya senyum kerana masih ada insan2 yang bersusah payah memikirkan tentang diri saya (bahasa mudah sibuk tentang saya sedangkan dia sendiri tercicir tanggungjawab yang sepatutnya dibuat).
Kegilaan kedua saya pula adalah pada buku.Minat ini lahir dari didikan ayah yang menyogokkan saya dengan buku sejak kecil.Semua sedia maklum "Membaca itu amalan mulia" namun masih ada insan yang mempertikaikan minat yang satu ini.Ayat sama "buang masa".Dan kini saya faham,bukan mudah memuaskan hati semua orang.Kalau diri sendiri tidak suka,sila tutup mulut anda dan please jangan sibuk atau halang minat orang lain.Saya tidak minta duit kamu untuk membeli buku.(Masih tetap duit suami yang tolong membelikannya kerana saya semestinya tiada duit.Huhuhu!)3 buah buku terbaru yang dibeli,masih belum dihabiskan.Target saya seminggu sebuah namun bergantung pada masa yang ada.Baru di"finish"kan sebuah.Amat menarik dan tajuknya "Mommy,come home (menarik pada saya).Based on true story dan penulisnya Oxana Kalemi (penulis adalah watak asal dalam cerita tersebut).
Kalau dilihat dalam post saya kebanyakan cerita saya berkait rapat dengan individu tertentu.Saya hanya melahirkan rasa tegang saya apabila berdepan dengan individu ini dan dengan menulis diblog sekurangnya saya sudah release 40%.Hehehehe!!Medium meluahkan perasaan hanya suami,abah dan teman baik saya Rifhan.Namun saya tidak ingin terlalu membebankan mereka dengan cerita saya.
P/s: Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu adalah dari diri saya sendiri.