Magic touch

Entry lama sajer je baru nak publish.Tempat kejadian kat Malaysia.

Cuma nak cerita setiap kita mesti ada minat memasingkan.Mcm I selain minat memasak dan baking,I pun minta buat gubahan tunang & kahwin.Tapi takde la buat secara serious sampai siap ada caj ke apa.Just buat suka-suka tolong saudara mara.

Dan apa yang pasti bila buat benda yang kita suka,penat sikit pun takde hal kan.Sajer je letak title Magic Touch sebab syok sendiri rasa mcm dah creative sangat lettew.Kikikikiki.

Jom la layan gambor.Takde la kebabom sgt pun sbb tuan punya badan nak simple je dan apa yang penting cost tak mahal sangat sbb ni baru hantaran tunang.








Masih lagi peringkat amatur.Mmg takleh lawan lagi la orang professional.Way to go tapi I tak minat pun bidang andam mengandam,pelamin bagai.Just takat minat deco hantaran tu boleh la layan sesikit.Ok chow!

Something to ponder

Kita nak highlight Melayu Islam sbb kita orang Malaysia yang beragama Islam.Kalau kat Aussie sekarang ni ada Islamphobia,kat Malaysia pun ada jugak iaitu Kristianphobia bila mana sesetengah orang ni takut sangat kalau tengok tanda salib.

Ketakutan dia tu sampai tahap rumah agama orang pun dia suruh tanggalkan tanda tu.Hehehe.Isu paling latest adalah tanda salib kat dalam Key Chain budak matriks sampaikan siap ada surat penarikan balik key chain tu setelah didesak dan diasak oleh ibu bapa,orang awam yang takut akidah anak2 diorang terpesong selepas tgk key chain tu.Ayoyoyo!Dasat tu.

Dan seorang abang yang sama level ngan si Kulup tu pun buat statement benda2 ni takleh dibiarkan dan kita kena perangi dari yang kecil2 ni la agar ia tak membarah kelak.Tetiba jadi ayat buku.Hihihi

Hmmmm.....jadi kalau mcm tu payah jugak la yer.Payah maksudnya kita nak kena stay kat tempat kita je la yer sbb takut la jugakkan pergi jalan2 karang ternampak gereja tertenggok salib terus wengggg jadi lain.Ooooo....kalau mcm tu payah la orang mcm kami ni yg cari rezeki luar negara.Iya la mcm area rumah I ni setiap suburb ada gereja.Payah,payah,payah.

Tapikan selalunya orang yang paranoid melampau ni dia kdg2 lupa nak simpan sikit bodoh dia tu untuk kegunaan masa depan.Sbb apa I cakap mcm tu,selalunya orang mcm ni harini kau perangi habis2san agama orang lain tp banyak masa kau lupa.

Contohnya,Pak Abu berbulu betul tgk lambang salib kat gereja so Pak Abu join la demostrasi mintak salib diturunkan sbb Pak Abu fikir ni la antara cara nak jaga akidah masyarakat.Tak lama lepas tu anak Pak Abu ajak pergi bercuti ke Bali.Kagum kejap Pak Abu tgk candi2 kat sana siap join tourist lain tgk show ritual agama kat sana lepas tu jangan lupa snap gambar.Balik bercuti terus tunjuk kat Pak Man dengan bangganya tempat dia pergi bercuti.Then mana ketegasan anda?

Hmmmm.....Sesungguhnya Islam tak ajar kita kacau tempat ibadat orang lain.Apa benda yang duk takut sangat dengan lambang salib.Taknak demostrasi sama tukarkan semua tanda mcm salib tu kalau dah paranoid sangat.

Islam diseluruh dunia.Tapi Melayu Islam je yang terlebih phobia ngan lambang tu makanya mereka ini memang takleh keluar dari negara.Kena stay duk kat kawasan yang tak bercampur.Tak ke payah lagu tu.Ini kami dinegara bukan Islam,gereja disetiap kejiranan tp Islam tetap berkembang disini.Disini ada masjid,disini ada tempat untuk solat Jumaat setiap hari Jumaat.Sini ada kuliah agama.Sini ada community Islam.Then what is your problem yang sangat la berbulu sangat dengan lambang salib agama orang lain tu?Itu cerita pasal lambang.

Makanya ada lagi benda yang cukup ditakuti oleh Melayu Islam adalah babi.Sensitif sangat dengan cik oink oink oink.Sampaikan nak marah pun nak kaitkan dengan cik babi ni.Kikikiki.Selalunya isu babi ni berkaitan ngan makanan dan benda la kan.

Ini bila kita kisahkan sangat takut termakan apa sahaja yang ada unsur babi tapi tak nak pulak kisahkan perangai diri yang dah nak sama macam babi.Oink!Oink!Oink!

Islam itu mudah dan jangan la dirumitkan.Dan bila mudah pula jangan pulak terlebih ambik mudah.Ayoyoyo!


Spring Fair 2015

Lamanya tidak menulis.Berblog sekadar berkongsi cerita kehidupan dan lepas tu bosan2 boleh baca balik.Boleh gitu.Kikikiki!

5 September lepas,alahai dah 19 September baru terhegeh-hegeh nak cerita.Kikikiki.Ok.Event yang diadakan every two years kalau tak silap kat sekolah TND telah berlangsung.

Tapi untuk event ni I tak participate untuk buka stall Makanan Malaysia kerana tenaga2 yang akan menyumbangkan makanan lazat kebanyakannya busy maklum la kebanyakan mereka merupakan pelajar PhD jd memang banyak kekangan masa la kalau nak compare ngan I,Kak Jemah yang banyak masa lapang ni.Kikikiki.Actually ada je para isteri yang mana suami mereka yang belajar tapi tak la ramai sangat cuma geng yg bersemangat kalau buka gerai ni adalah terdiri dari geng student PhD jd macam payah sket la.Ok tutup citer tu dan this time I join dengan geng2 emak2 class TND je la dan kami akan handle Cakes Stall.

Weeeeehoooo!

Sehari sebelum event berlangsung,diadakan jugak pertandingan kek dimana kita kena buat homemade kek dan deco kena buat dengan anak.I masuk la jugak sekadar memeriahkan acara.


Inilah hasil tgn kita tapi mmg confirm la tak menang sebab terlalu kemas bagi seorang anak kecik umur 5 tahun yg deco.Kikikiki.Nampak sangat emak dia yang buat semua.Hahahaha!I buat chocolate cake.


Event ni jatuh pada hari Sabtu dan nasib baik suami cuti time tu so I pun dapatlah join my group bg menjayakan cake stall kami.Ramai yang volunteer pagi tu dan mmg happy la bekerja sama2 pagi tu buat apa yang patut.Dan yang menakjubkan mmg sporting habislah diorang ni bila jumlah kek yang di contribute sekali termasuk yang join competition mmg banyak sangat.Kek untuk competition akan dijual semula dan semua jualan akan didermakan pada pihak sekolah.Kat sini yg semangat ni bukan ibu2 je,tp bapak2 pun sama semangat tau.

Cuaca yang sangat baik dan cerah pada haritu buat kami makin bersemangat.Memang bersemangat pun sbb seawal jam 9 dah terpacak kat sekolah.Suami haritu sporting habis sbb willing to join dari pagi untuk handle anak2 walhal awal2 I dah cakap duk rumah je senang.Hehehe.Dia nak follow so I pun OK je la.I punya turn jaga stall jam 1 tengahari dan dia la yg rajin layan anak2 makan dan main.


Deco mmg simple je tp bayangkan kami memerlukan hampir sepuluh meja utk letakkan semua kek dan dessert dari competition dan juga contribution dari parents.


I contribute kek coklat juga sbb ganache lebih dari kek coklat utk competition tu dan ubah sket deco dia dengan guna white chocolate dan strawberry.I juga ada buat strawberry cheese tart dan vanilla cuppies (topping juga ganache dari kek yg sama).Banyak kot I buat ganache tu.Hahaha!


Ini antara kek di meja kami.Ini kami jual per slice dengan pilihan samada orang nak tea or coffee.Orang sini mmg makanan dia la kek segala sbb sebanyak2 ada kat meja tu,belum jam 5 dan habis dijual.Dan haritu mmg letih sangat tapi seronok.Tak menang tangan bila cake stall di serbu orang tak putus2.Kena pulak esok tu Father's Day so berebut-rebut la orang nak beli kek utk Father's Day dah la murah pulak tu.Sebiji kami jual average harga dalam $10 je kot.Dari deco yang mahvelous hingga ke deco yang mmg bikin sakit mata la menengoknya pun boleh sold out.Kikikiki.


Bersama geng2 yang mejayakan cake stall.


Sebelum sampai turn I jaga stall,ambil peluang dulu pusing kat tapak festival.Banyak jugak la stall2 yang dibuka samada dari parents dan juga orang luar.Orang luar pun ramai yang datang haritu sbb mmg publicity meluas la bila dimana sahaja boleh nampak poster pasal Spring Fair ni.Mau taknya,bulan 4 dah start preparation.I sempat pi sekali je meeting then lepas tu malas dah pi.Kakaka!Itu sbb tak larat nak layan TDS membuas sgt.Main sponsor pun bukan calang2.Ada lucky draw first prize pun dah kete Audi A1.Phew!


Pada haritu kalau nak naik semua rides kena beli ticket.Actually dia ada jual ticket yg mana kita boleh enjoy semua rides termasuk food and drinks pada harga diskaun tp rasa mcm malas nak beli pulak kononnya nak save la tapi last2 tak save jugak.Banyak gak kot habis $$$ haritu.Mau taknya,ulang beli satay kat gerai Indonesia sampai 3 kali dah la satu bekas $6.Sigh!Suami pulak duk ulang beli milkshakes sedap katanya,entah berapa kali tu tak campur beli dessert yang ntah hape2.Hahaha!Dan beli ticket utk rides I just suruh beli utk TND tp dibeli untuk TDS jugak dah la satu tu sampai $25.TDS mana la boleh naik semua rides tu last2 rezeki anak kawan la sbb rasa mcm membazir pulak kalau tak guna.

TND naik slides ni sampai dua kali.Dah la kecik,mcm nak terpelanting dah ghupenya.Hahaha!Naik rides ni teringat jalan2 kat Festival kat Rockingham dengan Kak Umi.Kak Umi belanja TND naik rides.Owh lamanya tak sembang ngan Kak Umi.Kalau Kak Umi baca ni,WA la saya sbb phone lama rosak dan mmg takleh nak retrieve terus number Kak Umi.Boleh WA saya nombor yang sama.


Inilah satay Indonesia yg ulang beli sampai tiga kali tak agak2.Hihihi!


Dan haritu kebanyakan stall kat International Food Stall menghidangkan ayam/daging halal kecuali stall negara Denmark.Maka cuba la makan makanan dari Greece.Not bad cuma bukan taste I.Hihihi!Nak gtau nama menu ni pun rasa mcm payah je nak sebut.Hahaha!


Ini pulak jualan2 brg2 secondhand yg kalau pandai memilih kau akan jumpa brg2 yg sangat la rare dan cantik.Ku dulu tak suka tau pergi beli brg2 secondhand ni tp skang ni dah terjebak dah lepas terpengaruh dengan rakan sebaya.Kakakaka!Mmg skang dah jd suka.Paling suka tang menelek satu2 lepas tu for sure la harga mmg gegile murah oiiii.Ada la grab a few things dan siap beli utk kwn jugak.Beli menan kat anak dia.Mau tak,dinosour 5 ekor pada harga $1.I beli berekor-ekor kot untuk anak my friend tu.

Tapi baju tak beli walau ada je yg cantik2 sbb kat sini baju baru yang good quality pun tak mahal mana sebenarnya dan apa yg penting sangat cantik.


I start bertugas dan tengok la tekun tu potong kek.Dan kat sini ada satu lagi benda baru yang I baru belajar adalah masalah allergic pada makanan dan skang ni baru faham apa maksud gluten free,non dairy bla bla bla segala sbb selama ni tak pernah nak amik port pun.Kat sini mmg ramai ada masalah allergic pada makanan dan jangan taktau pisau nak potong kek tu pun kena separate antara kek biasa dan gluten free cake.Takleh campur.Dan ada jugak parents yg datang nak beli cake or dessert kena tanya satu2 ingredient sbb ada sorang tu anak dia bukan takat allergic kacang,tapi telur pun tak boleh.Toing!Toing!

Sebab tu diorang sangat la concern dengan benda2 mcm ni.Mcm one of my friend yg gluten intolerance,makanya kami mmg kena hati2 la jugak kalau nak bwk makanan apa2 sbb kena gtau details pasal ingredient kat dalam tu dan sbb kawan ngan dia la first time I makan kek cekelat guna tepung beras.Hahaha!Eh sedap jugak tau cuma bila lepas satu hari kek tu akan jd makin kering dan tak berapa sedap la.Kalau kek biasa lagi makin hari makin moist.Ah gitu la citernya.Ok la.Buhbye!Settle citer pasal Spring Fair!Chow! 

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You