Allora - Queen Mary Falls

24 January 2015 ~ Join rombongan Cik Kiah dalam 5 families ke pekan kecil Allora.Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang hampir dua jam (kat sini takleh pecut sesuka hati) , melalui lebuhraya antara Toowomba dan Warwick.

Modus operandi rombongan ni adalah sebab nak pergi tengok bunga matahari.Ini sebab dah dua families dah pergi jadi ni semua kes dengki nak pergi jugak nih.Hihihihi!

Satu tips nak kongsi,everytime nak lawat apa2 farm pun kat sini,silalah rajinkan diri check website dan jangan pakai main terjah je.Sebelum2 ni mmg la selalu buat mcm tu tapi this time nasib tak berapa nak baik sikit.Nanti kita story kenapa.
  
 Check point kami yang pertama haritu berkumpul dulu kat KFC Indooropilly.Semua janji nak ada kat situ jam 8 pagi dan memang tak janji Melayu la sbb semua sampai tepat pada masanya.Hihihi!

Dan haritu pulak kami ada plan nak picnic,jd memasing bwk la apa2 juadah pun.Kira potluck la ni.Dan haritu I bawak spagetti carbonara dan bread pudding.Geng yang lain bawak nasik dan lauk2.



Mcm biasa la nak melalui perjalanan yg agak panjang jugak la bagi kami yang bawak anak kecil ni sbb bila anak start melalak sumpah rasa mcm nak terbangkan je kereta tu.Hahahaha!

Ini antara cara I nak bg dia tak bosan sangat duduk dalam kereta adalah dengan bagi buah.Jadi bila dah gerak tu I pun bagi la buah kat tgn TDS ni.Pastu senyap je tak bunyi suara.Memula kami ingat menikmati kesedapan buah.Tapi tup tup tgk belakang rupanya dia membuta.Hahaha!TND pun sama.Letak je dalam booster seat dia terus masuk alam mimpi.

 Jadi memang aman la perjalanan kami sbb diorang tidur hingga ke Allora.Time we all stop kat petrol pump si TDS jaga tp TND membuta until kitorang sampai ke Queen Mary Falls.Jadi dia mmg takde dalam gambar la kat sunflower pun farm.Adik je ada gambar.
 

Pemandangan biasa kat sini dikiri kanan jalan.Ini jugak laluan sama waktu kitorang nak ke Sutton last year.Trip last year ke Sutton pergi kutip epal dan strawberry.This year kita jengah kebun bunga matahari la pulak.

Ni semua pengaruh rakan sebaya.Actually my friend ada pergi dulu bawak family ke sini so kami ni mana tahan tgk gambar je.Haruslah nak join sekali.Bila check website katanya bunga tu akan berkembang until March.So plan la pergi 24 Jan.Kira ada masa la I settle hal rumah dulu sebelum nak join rombongan Cik Kiah ni.Kami satu family selamat tiba di Brisbane 16 Jan dan dalam seminggu tu Ya Allah banyaknya benda nak kena settle tambah lagi TND dah nak masuk sekolah.This time banyak sikit preparationnya sebab dah masuk sekolah rendah.Dulu kindy mcm tak banyak sangat benda nak disiapkan.Ok sambung cerita short trip kami ni.


Waktu kami singgah kat petrol pump dan waktu tu baru masuk area Allora ni kot,my husband dah cakap bunga dah layu la.I pulak tertidur so mcm caya tak caya jer la.Maklum la lagi percaya kat website tu.Kikikiki!

Dan bila sampai tu ternyata andaiannya benar belaka.Huwaaaaaaaaaaaaaa!!!Sedih wooo sbb tak dapat tgk yg mcm kat dalam gambar my friend tu.


Tapi bebunga tu mcm faham ni orang kampung mana ni dah kempunan takleh tgk sunflower so ada la jugak beberapa kuntum yg tinggal tapi itu pun dah mcm hidup segan mati tak mahu.Inilah antara kuntumnya.

Tak sekembang mcm time my friend pergi last two weeks.


Takpe la.Udah alang2 sampai kita bergambar la jugak sesikit.At leat adalah kenang-kenangan sbb kalau ingat nak datang balik mmg mcm tak jer.Hahaha!

Semangat tau pakaikan TDS baju color kuning sempena color sunflower.

Oh!Kuciwa!Kuciwa!

Dari Sunflower Farm kami pun meninggalkan pekan kecil Allora menuju ke Queen Mary Falls untuk sesi picnic sbb memasing dah lapar tambah lagi frust takleh tgk bunga,jadi double lapar pulak.

Queen Mary Falls tak jauh pun dari situ dalam setengah jam perjalanan kot dan moh ler menikmati lagi pemandangan indah kiri dan kanan di sepanjang perjalanan.

  
Cari port yang strategik untuk berpicnic dan solat.Kena makan kenyang2 sbb kita nak berjalan kaki pulak nak pergi tgk air terjun.Meriah tau makanan setiap orang bawak.Hihihi!Semua sedap2.

 

Melalui track yang dah disediakan tapi my family setakat separuh jalan jer sbb surrender tak larat nak heret dua orang ni.TDS mcm OK tapi kakaknya tak OK.Duk meragam takmau jalan kaki.Penat katanya.Siap nak duduk dalam stroller.Boleh bayang tak dalam hutan kau nak tolak stroller?Tak stress kami laki bini.Hihihi!So biar orang lain la pergi explore.Kami lepas tgk waterfall tu,terus patah balik.Kiranya tak sampai la kat spot yang baekkkk punya port utk ambik gambar.Hmmm....pasrah je la.


Budak paling happy.Ke hulu kehilir duk jalan.Jatuh bangun,tak nangis langsung.Bonding with nature betul la adik.

  

Cantikkan waterfall ni.Siap ada rainbow lagik.
  
Track ni la kami tak larat nak turun pergi then patah balik.Tapi geng2 lain sampai je sini.


On the way nak balik singgah jap kat Carr's Look Out udah alang2 ada kat situ.Menikmati pemandangan serious dah mcm dalam lukisan.Cantik sangat.Tempat nak bergambar ni pun mmg diorang nak provide.Memang port baekkk punya la.

 

See?See?See?


Ini laluan dah nak balik.Tenang je lalu sini.Bersihkan.Kita pun kat Malaysia ada gak laluan cantik mcm ni.Ala macam kat Kundasang,Sabah on the way nak ke kaki Gunung Kinabalu tu.Cantik juga viewnya.


Beberapa tempat kena lalu creek ni.I sebut creek sbb suami cakap mcm tu.Hihihi!Kalau salah bantai dia.Hahaha!Suami citer camp site tmpt dia kerja pun kena lalui ni jugak tp lagi dalam.That's why dia selalu kena drive 4WD.Tp dia ada beberapa had meter ketinggian.Kalau lebih had takleh lalu.Bila takleh lalu means haritu takyah kerja la.Best betul kerja flexible mcm tu.Hihihihi!

Jadi itu je la ceritanya.Lately mood mengarang tu kelaut betul.Nanti la kita bagi mood datang balik kot la makin rancak lagi lepas ni.Hehehehe!

Ok chow.

Assalamualaikum!

2015~

Setelah ber"hiatus" selama lebih 5 minggu,hamboih,lamanya.Hehehe!Now kita blogging balik sebab dah mmg hobi suka menulis.I ni spesis takleh duk diam.Hihihi!Tapi past a few weeks ago memang busy takde tahap la.

Jadi pada yang ada question mark kat dalam kepala otak tu duk bertanya I ni buat apa kejap ada kat Australia kejap ada kat Malaysia atau persoalan dalam otak sesetengah yang lain pulak yang duk sibuk nak tahu I ni dah habis belajar ke belum,ni I nak gtau la ni.Balik Malaysia almost 5 months haritu sebab habiskan study la yg tersangkut dek 2 papers.I sajer mintak keijinan dari TNC nak extend study dulu bg rehat kepala hotak taknak fikir pasal study.

Memana geng sama university yg still contact ngan I,  dah I pesan awal2 kalau ada org tanya psl I cakap je xtau sbb I nak start bising blk after habis study.Selagi x habis I pilih utk diam je dulu.Sbb mcm skang I yg akan gtau sendiri takyah susah2 nak siasat.Kalau ikhlas nak ambik tahu sgt atas niat sahabat boleh PM kat FB tp skang takleh dah kot sbb I dah delete the account.Settle.

Jadi skang ni dah settle dah study so dah lega la.Alhamdulillah semua berjalan seperti yang sepatutnya.Alhamdulillah juga dan syukur pada Allah swt kerana memudahkan perjalanan I sepanjang study tu.Susah jugak kot sbb class setiap hari kecuali Rabu.Walau dua subjek tp this time mmg pulun study gegile la.Thank u jugak pada sahabat yang banyak bantu.Kena sebut sahabat sbb ini antara orang yg ada dengan I time senang dan time susah.Pada kawan yang bagi kita masalah tu,takpe la.I dah maafkan lama dah cuma doa jangan la ditemukan lagi spesis ni.Spesis kita bagi bunga dia bagi taik.Kikikiki.

Satu lagi rasa mcm tak caya kot sbb mmg jarang ponteng class.Segala kerja lecturer bagi siap on time dan paling penting tempat duduk dalam kelas depan muka lecturer hokkey.Kikikiki!Memang tekun betul la belajar.Tak sia2 mintak extend sbb after extend masuk study balik kemain semangat berkobar-kobar macam baru masuk 1st year.Hahahaha!

Jadi sekarang I dah berada di bumi Ratu.16 Jan haritu fly back to Brisbane with our small family.Kikikiki!Before that sempat la celebrate birthday Damia tp nanti story sbb this time I amik package untuk party dia.Tak sempat nak buat sendiri sbb I punya paper on 4 Jan dan 15 Jan sehari sebelum balik Brisbane.Giler haru kau.I seriously tak expect my paper on 15 Jan sbb selalunya paper Statistic awal2 minggu exam.

Sedikit cerita tentang my last day in my hometown,15 Jan.Flight to KL around 9.15 pm.I ambik malam sbb paper I habis jam 5 petang.Phew!Memang agak terkejar2 la.Then malam tu pergi airport tp takde la rushing sgt kononnya sbb naik MAS tapi sekali our flight delayed dalam sejam kot.Maka rombongan cik kiah sempat lagi minum2 dulu kat Secret Recipes.Mmg meriah plus my best buddy kat UMT tu ada datang.Hihihi!Thank u dear.Kitorang duk minum2 dulu,tangkap2 gambar dulu (as usual la sbb kenangan tu).

This time our luggage mmg betul2 bagi max la.Kikikiki.Siap terlebih 7 kg.Kalau amik MAS setiap sorang dapat 30 kg tp baby mcm TDS (under 2 years) akan dapat 10 kg je.So combine kami berempat,kami punya luggage dapat dalam 100 kg.Maka memacam la harta karun yg nak dibawanya.Bayangkan 4 bags,2 boxes yg penuh dengan makanan je.Hahahaha.Hand carry lak sampai 3 beg so total 9.Hahaha!Gilos!


Actually kalau amik MAS dan next flight pun amik MAS boleh je check in direct tp my husband taknak sbb keesokan harinya dia nak wrap dulu kekotak tu segala.Maka kami tak check in terus luggage kami dari airport Kuala Terengganu.Last time I dari Brisbane sbb just bawak dalam 2 bags je,I check in direct so time kita transit kat KLIA tu mcm rileks sikit la sbb just bawak diri je.Naik the connecting flight ke Kuala Terengganu so all the luggage ambik kat airport yang last tu je la.Tapi make sure flight yg kita ambik tu flight dari penerbangan yang sama la.Jangan kat KT ambik AA tetiba dari KL ke Aussie naik MAS pastu nak check in direct.Itu tak boleh.Hihihihi!

Jadi udah flight delayed,kami sampai di KLIA dah jam 11 lebih.Memandangkan kami nak kena check in hotel dulu maka kami tinggalkan 2 bag kat airport.Diorang ada service penyimpanan luggage.Kalau tak silap dalam RM20 ++ untuk satu bag.Please check untuk maklumat yg lebih tepat.

Jadi malam tu I booked Concorde Inn dan range harga dalam RM200 ++.Ingat nak book Sama-Sama Hotel tp satu malam diorang caj RM700++.Pengsan.Memandangkan kau just nak lelap mata kejap je untuk beberapa jam jd rasa mcm membazir sangat kot nak spent duit byk tu kat hotel mahal gitu.Hihihihi!Satu lagi bkn ngah holiday pun.

Kami pun check in kat Concorde Inn dah dekat nak jam 12 malam then my cousin datang lepak skali pastu dia ada bwk tapau nasik goreng.Just right on time.Thank u bebeh sbb laki bini lapar.Hahahaha!

Esoknya lepas solat subuh terus gerak ke KLIA.Dont worry hotel ada sediakan free shutter ke airport dan service tu setiap 30 minit.Kami memang kena gerak awal walau flight kami actually kol 9.45 pagi.Ini sbb my husband baru tukar passport baru so dia takut ada problem dengan visa.Jd mmg betul la telahan tu tp alhamdulillah Allah swt mudahkan urusan bila mamat kaunter ticket yg mmg rajin dan berdedikasi (mmg layak puji) sbb ada effort pergi cari officer yg in charge bahagian visa untuk Australia dan kiranya sbb dia jumpa officer tu so urusan kami just within half and hour je,pastu settle.Lega.Australia jangan buat memain.Silap sikit makan jam kau kena soal siasat.

Jd bila dah ada byk masa,kami breakfast dulu kat kopitiam dengan my cousin dengan time to say good bye tu ada byk sedih la sebab selalunya mcm last time my parents follow sekali ke Aussie,tp this time my parents just hantar sampai ke airport KT je.Huhuhuhu!Takpe la.Tak baik tau susah-susahkan emak ayah.Hihihi!

So I'm leaving on a jet plane.Kikikiki!Ini takde delay dan selamat sampai ke Brisbane lebih kurang jam 8 malam waktu sana la.Tiada drama kat custom.Segala mak nenek barang kami lepas tanpa ada apa2 spot check.Hahaha!Syukur.

Ambik cab terus ke rumah.Rasa lain pulak rasa waktu masuk rumah.Maklum la dah tinggal lebih kurang 5 atau 6 bulan kot.Tapi hubby mmg jaga rumah dgn baik.Bersih woooo!Jd our first night in our small house,semua zzzZZZZZZ mati sampai pagi tu ada jiran ketuk pintu ajak pergi BBQ sorang pun tak sedor.Hahaha!

Skang ni pulak Summer jadi siang lagi panjang makanya subuh pulak jam 3 lebih.Kalau dah solat subuh jam 3 lebih mmg tak mampu tak tidur balik.Hahaha!Itu yg sambung tidur pastu jaga je tgk jam dah 11 pagi.Time bila jiran sebelah ketuk pintu ajak join BBQ diorang pun kami tak sedar.Hihihihi!

Zohor lak dalam 11 lebih then lepas zohor keluar pergi Wollies shopping groceries tp tak masak lagi haritu so just tapau je nasik.I is rindu sangat butter chicken sampaikan cakap kat suami taknak share.Muahahaha!Memang makan banyak betul la sbb rasa still sama.Ewah!

Selepas tu aktiviti kami sekeluarga adalah kemas rumah sampai seminggu baru settle.Rumah kecik je tapi entah brg apa yg duk kemas taktau la.Almost everyday kot keluar pergi beli barang.Pergi IKEA la,pergi kedai perabot la duk cari perabot tp tak settle2 gak lagi ni.Takpe.Slow2 plus byk sangat urusan ni nak dibuat dgn TND nak masuk skolahnya lagi.Hihihi!

Jadi itu je la cerita untuk entry pembuka di tahun 2015.

Akan update lebih kerap lepas ni sbb esok kami nak ke Allora.So nanti la cerita psl trip tu.




Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You