Manusia

Manusia,manusia,manusia.3 kali aku ulang.

Tak faham betul dengan sesetengah manusia.Sendiri cari pasal dengan orang,tapi orang yang dia cari pasal tu jugak yang dipersalahkan.

Sabar je la layan orang yg kalau ikut umur sepatutnya matang la tapi malangnya tak matang jugak rupanya.

Tak perlu la duk keluar hadith kalau kita sendiri buat kat orang.Ada pulak dia yang cari pasal dulu,mangsa yang dia kenakan tu pulak dianggap cari pasal dengan dia.Tak ke pelik tu manusia.

Buatlah nak buat apa pun.Aku tak kisah.Duk sibuk hal rumahtangga orang sampai orang bergaduh suami isteri tak rasa bersalah pulak.Sekarang nak mintak simpati orang lain cakap diri teraniaya pulak.

Mulut sendiri bawak cerita hal orang,lagakan orang,tetiba aku yg mangsa dipersalahkan.Buatlah kalau dah rasa itu membahagiakan anda.Allah swt maha adil.

Dan apa yang pasti,aku bukan yang pertama menjadi mangsa.Hukhukhuk!Ramai lagi "in list" mangsa dia.

Cuma yang pelik dia ini,tak pernah sedar pun apa yang dia buat itu salah.Payah juga bila orang perasan dia perfect dalam segala segi ni.Serious pathethic!

Hidup mesti ada perancangan

PRU sudah selesai,mari teruskan hidup seperti biasa.

Punya emosi semalam sampai takleh tidur dibuatnya.Suami call dari Brisbane jam 3 pagi.Tanya perkembangan macam mana.Sedih dia tak dapat pulang tunaikan tanggungjawab.In sha Allah PRU 14 kalau umur panjang,memangkah lagi kita.

Ayat ini mmg bagi motivation.


Takde rezeki juga kali ini.PAS menang tipis di Terengganu.Takpelah.Allah swt nak usaha lebih lagi la tu.Sebaik mana perancangan kita,perancangan DIA adalah lebih baik.So bangun pagi ni,no frust2.

Ini lagi satu.Rasa terpalit jugak walau tidak semua.


Ayat "Islam tidak akan menang jika jentera tidak menghidupkan islam dalam diri,kelaurga dan masyarakat" betul-betul dang kat muka.Terpalit habis.Sentap Kak Ton dua saat.

Jadi aku terima kekalahan semalam kerana kita sendiri masih pincang.Tak perlu menunding jari pd sesiapa.Pada yg menang tahniah.Pada yg kalah,perkuatkanlah jentera ini.In sha Allah.

Kalau ikutkan,apa yg aku nak frust sgt,aku takde hutang PTPTN pun so takde la aku nak melompat bintang bila semua dihapuskan,suami sendiri pun dah tak kena bayar income tax kat kerajaan Malaysia,tapi bayar income tax pd kerajaan Australia dan malah kami pun akan pindah ke Australia.Tp selama mana kau nak migrate tempat orang walau hujan emas disana,hujan batu ditempat sendiri.Sooner or later nak pulang juga kerana tanah air sendiri juga yg paling berharga.

Aku ada pendirian aku sendiri.Kerana aku tahu point of view dari seorang ke seorang yg lain adalah berbeza.Aku inginkan perubahan baik perubahan diri dan kesemuanya.

Deep down in my heart,walau bukan muslim sempurna yg masih ada compang-camping disana-sini,aku ingin juga melahirkan seorang hafiz atau hafizah yg keluar dari rahimku.Yg lancar bacaan setiap bait ayat Al-Quran dimulutnya.Itu impian aku.Andai mati kelak,anak-anak yg soleh la yg akan mendoakan aku dan suami.

Kami berusaha kearah itu dan kerana itu kami bekerja keras.Andai tertulis rezeki kami bukan ditempat sendiri,kami sanggup berhijrah ke sana ke mari.Kalau kami perlu hantar anak2 ke sekolah agama swasta dengan kos yg tinggi sekalipun,in sha Allah kami akan usahakan.Walau anak masih kecil,kami sudah memulakan pencarian kerana aku tidak keseorangan.Iparku juga sependapat.Kami intai mana2 sekolah pondok dengan guru yg terbaik juga.Biarlah dimana-mana pun.Andai perlu kuterbangkan mu wahai si anak ke bumi para anbiya sekalipun,in sha Allah kami suami isteri akan usahakan.

Maka semalam aku dah habis fikir,dah buat decision.Si kecil kat dalam perut ni makin membesar.October ini   dengan izinNya,lihatlah dia akan dunia Allah swt.Dan lepas tu aku taknak gap jauh sgt dah mcm kami gap Damia dan adiknya yg kedua ini.Umur makin meningkat,so sementara diberi kesihatan yg baik oleh Allah,kami nak menambahkan umat Nabi Muhammad seramai yg mungkin.Jumlah rahsia.Kikikiki!Tapi memang nak anak ramai la.Hihihihi!Bila anak ramai,kena kerja lebih kuat lagi la.Bg yg terbaik pd mereka,balance dunia akhirat.

Walau ada yg takutkan aku dgn kesusahan bersalin dan melalui tempuh berpantang dinegara org,aku tekad.Waima untuk membawa anak kecil ke luar negara juga aku ditakut-takutkan dengan susahnya andai anak meragam dan bermacam-macam andaian tidak enak didengar.Aku tahu luar sana ramai yang sama susah mcm aku.Harap ada yg sudi datang dan berkongsi pengalaman itu.

Aku tekad,susah senang,yg menanggung adalah aku.Susah aku,yg mampu membantu hanyalah yg SATU.Berilah aku kekuatan.....

Kata aku,adalah kata aku.Tidak setuju itu adalah hak kamu.


Selepas berstatus hiatus selama beberapa bulan.Wot!Wot!Wot!

Lamanya aku tidak menulis diblog.Bukan tiada cerita,banyak ceritanya.Ada cerita panjang,ada cerita pendek.Pendek kata mmg banyak ceritalah namun aku juga dapat sympton alahan tgk blog sendiri.Bila bukak,cepat2 tekan X.Jadi kalau tgk blog sendiri menyampah,nak update blog mmg tidak la.Tapi skang mood tu dah datang balik dah.

Sebulan dua ini banyak benda yang berlaku.Dari se"best" perkara hingga perkara yang paling tidak "best".Usai inilah yang dinamakan dengan kehidupan.

Alhamdulillah,sudah masuk semester terakhir dan sudah mendapat tempat praktikal yg tidak jauh dengan rumah.Lega.Ini kerana mengandung pada kali ini sangatlah menguji mental dan fizikal.

Alahan mabuk,tiada selera makan,baru sahaja berlalu.Namun TIDAK MAKAN masih lagi menjadi perkara yg menggembirakan namun bila tidak makan,mana lagi tenaga yg tinggal?Terus dummm......

Namun begitu,masa terluang masih lagi diisi dengan keluar berjumpa kawan2,makan2 dan sebagainya.


Aida,kawan bergembira,kawan menangis,dan kawan time aku lapar pun cari dia.Hahahaha!Maklum la BFF aku yg dua lagi Rifhan dan Nana jauh di KL sana.Aida kwn seuniversiti yg agak rapat dengan aku.Ada masa terluang,kami mmg byk spent masa bersama.Dan tempat aku cakap benda boring pun dgn dia jugak.Haish!Suka dia melayan aku.Hahahha!

Lelaki yang sebelah itu classmates aku.Sedar2 tak sedar nak grad dah memasing.3 tahun kami sekelas.

Pergi pantai ditengahari yg terik.Lawan pulak abaya hitam.Perfect.Miahahaha!

Bawa new friends yg baru seminggu sampai Malaysia.3 org ni dari France.Buat internship kat UMT utk 3 months rasanya.

Yang lelaki baju biru tu pun sekelas.This semester kena buat project sekali.Tak start2 lagi.Benda tu nak submit 12hb nih.Bala!Hahahahha!

Ini jelah mukadimah sempena 1 May nih.Kalau rajin menulis lagi.Senyum aku bila ada tanya bila nak publish post Singapore Part 2.Miahahhaaha!Malu akak tau.Hihihihi!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You