16 January 2013,pembukaan tahun baru ikut kalendar omputeh la,aku dan family kecik aku ke Singapore.Planning last minutes maka seperti biasa ada je la yg terlepas.Uwaaaaaaaaaaaa!! (Nangis dah tak guna dah).
Ikut plan asal aku sepatutnya mem"booking" vacation ke Disneyland Hong Kong.Dah siap post reference pengalaman ada satu blogger tu kat suami,suami dah approved dah tapi sebab perangai suka tangguh kerja,suami dah sampai Malaysia,aku tak buat apa-apa pun.Pastu suami kenselkan.Lembbsss....pastu menyesal.Tapi takpe.Ada hikmah disebaliknya dan dekat conclusion nanti baru aku letak kenapa aku cakap macam tu.Muahahaha!
Jadi takmau semak otak,yang zupp dalam kepala otak adalah Universal Studios,Singapore dan bukan di Hollywood atau Japan sana.Itu tak tercapai lagi dek akalku.
Maka aku pun buatlah survey sikit.Tanya-tanya orang sikit,pastu buat decision.
Maka memandangkan kami membawa anak kecik,maka Ariey cakap carilah hotel dalam Singapore jugak.Tak kuasa katanya nak masuk Universal Studios pastu nak bermalam di Johor plus dia mmg takmau bawak kereta.Kalau tak bawak kereta,transit diJohor adalah mustahil sama sekali.
Maka booking la Air Asia dan apa yg boleh aku cakap,next time kalau dapat elak dari guna penerbangan ni,silakanlah.Carilah dulu airlines lain.Letak dia last option pun takpe sbb servis mmg amat mengecewakan plus susah kalau travel bawak baby.Boleh campak stroller Damia masuk luggage?Itu kami park baik punya depan tangga tu bukan dari awal nak masuk sana pun.Lepas tu kau kena menapak jauh gila sambil dukung anak.Itu waktu dari Singapore ke Kuala Lumpur.Mcm kami orait la anak dah boleh jalan sendiri,at least boleh la paksa dia jalan kalau dah tak larat nak dukung.Ada satu pasangan Singaporean ni,anak baby lagi aku rasa tak sampai setahun,dgn bwk beg lagi,mmg kesian.Dia tanya kami,mmg selalu mcm ni ke?,hmmm....aku pun taktau la sbb inilah first time aku angkut stroller sekali sbb sebelum ni kalau naik MAS mmg takde problem la plus kami byk naik Fireflyz sbb senang turun naik kat Subang Airport je.Dan stroller kalau kau park kat tangga,nnt dah landing,cantik je ada orang dah siap2 letakkan kat tangga tu balik.
Dan tak pernah lagi naik airlines even dari overseas sekalipun beria nak timbang stroller anak.Kau dah caj mcm2,cari lagi apa benda yg boleh dicaj?Dan kalau booking online,silalah hati2 sbb diorg ni biasanya dah tolong "tick" siap2 untuk kita.Kena check bebetul.Jadi mcm aku,careless punya pasal,tak pasal2 bagasi kami 65kg pergi balik.Jadah apa barang takat kau pergi Singapore 3 hari nak angkut bawak balik brg 65kg.Maka tak pasal2 additional caj RM160 kami kena dan total 3 beranak pergi balik adalah RM800 ++.Kalau aku tak careless dapat RM600 ++.Konon nak jimat taknak amik MAS time tu RM1200++ utk 3 org returns,sekali,hambik,baik awal2 amik MAS,mahal sikit takpe janji hati tak sakit.Dan tang stroller nak timbang jugak tu aku hangin la jugak.Luggage kami dapat 65kg sehala,beg yg kami bawak tak sampai berat 20kg pun,pastu kau nak timbang lagi stroller.Hotak kau la ada stroller berat 45kg.Ada je benda nak additional caj.Stroller Damia berat tak sampai 7 kg.Motif???
Panjang pulak membebel pasal AA ni.Hahahahaha!Tak baik tau~
Ok.So bagi memudahkan pada mereka yg first time nak ke Universal Studios Singapore macam kami,jadi kami decide menginap di hotel yang terletak kat area Pulau Sentosa tu jugak.
Actually dia ada 4 hotel kat area tu tp aku pilih Hard Rock Hotel sbb rasanya paling murah kot among the hotels kalau tak silap.Time tu la.Teliti check tau sbb dia ada less 50%.Buat kau tak perasan button discount tu,nangis la kau tempah hotel kat Pulau Sentosa without discount.Kalau duit tak abis no problem la tapi ni aku refer rakyat marhaen macam kami ni la.Hahaha!~
So kami menginap 3 hari 2 malam.Tak silap aku total $625 atau lebih kurang RM1,562.50 macam tu la lebih kurang.
Resort World ada offer package tp memandangkan kami bwk anak kecik so rasa mcm tak worth it la pulak.Tapi kalau yg datang couple atau by group better ambik package la.Lagi senang kot.
Ini waktu di Changi Airport Singapore.Budak kecik ni amatlah behave.Ikut je arahan.Stroller ada tapi beria nak naik trolley jugak.Lantak kau la nak.Janji kau bahagia.
Naik ni bagi orang2 yg syg kalori diorang hilang akibat berjalan kaki.Wahahahaha!~
Dari Changi Airport,jengah je kat kaunter pertanyaan diorang.Kalau blur,ada orang yg akan advise korang dan satu lagi tukar duit kat airport sini lagi murah dari tukar kat LCCT.Ciss!
Dari airport ambik taxi terus ke Pulau Sentosa.
Here we go.Hard Rock Hotel,Singapore.
Lobby dia mmg suram.Muahahaha.Dari yang menyambut sampai ke nak check in,staff semua lelaki.Dimanakah staff wanita?Hahahaha.Seperti biasa kalau sebut Hard Rock mestilah dalam gambaran banyak la frame gambar retis-retis antarabangsa la yerk.M.Daud Kilau punya pic takde.
Ini bila keluar je dari lif,terpampang pic dorang ni.Amboi bahasakan "dorang" mcm kenal rapat sgtkan?hehehe.
Wahahahahahaha!Dalam lif pun nak snap pic.Aku bukan apa,jakun tgk yg kelip2 tu je.Ada sekali tu waktu kitorg nak ke lobby,terserempak la cleaner dia tgh lap batu tu sebijik-bijik tau.Huhuhuhu!Ntah pukul brape ntah baru siap.
Lip lap lip lap gitewww!
Masuk bilik,buka tv,taaa daaaa.Ok.Memang jakun sekejap.
Masuk hotel mestilah snap pic bilik.Snap la kalau rasa nak snap.Taknak snap,duk dendiam sudeyyy.Jangan bising2.Hahaha!
Combination of purple tu mmg kena la.Santek pulak aku rasa.Huhuhuhu!
Nasib betul dapat check in awal walau sepatutnya check in kol 3 so dapatlah rehat kejap,solat pastu keluar.Tujuan asal adalah nak cari makanan.Lapor dah memasing.Dan yg tak tahan tu confident level tinggi sangat sampai satu apa food even roti pun kami tak bwk.Kononnya stay kat hotel,lapor so turun je la makan kat restaurant dia.Sekali tanya staff Melayu kat situ,dia cakap dia tak advise la kami makan kat restaurant hotel sbb tak halal.Even diorang pun makan kat kafetaria khas untuk staff.Ternganga kejap pastu dia cakap ada Malaysian food street kat area situ tp Rabu dia tutup.Alahai!
Dan satu2nya yg halal adalah Coffee Bean dan KFC tp KFC mcm jauh sikit la kena menapak.So kami pergi la isi perut kat Cofee Bean dulu.No choice.
Ini waktu tunggu order sampai.Tak mampu bercakap dah haku sebab lapor.Nak mkn kat dalam flight rasa tak sempat sbb kejap sangat perjalanannya.
Rupanya globe ni duk kat luar dari Universal Studios.Ini still kat area hotel.Kiranya tak jauh pun jalan keluar nak kesini.Mmg strategik dan recommend la kat korang.Senang.
Actually kawasan ni je byk tmpt yg menarik macam aquarium,cinema tp sbb kami bawak baby kecik so byk la kekangannya.Huhuhuhu!~
Pusing2 tak sampai 15 minit,time tu dalam kol 3 rasanya,Ariey pun cakap jom la masuk Universal Studio.Pakcik ni biar betul.Aku ingat esok je nak masuk.Aiseh!
So follow je la sbb kami dah mati kutu dah nak pergi mana plus Damia mula menampakkan simpton2 tak best iaitu dia tetiba dari aktif jadi lemau.Sikit2 nak nangis.Tak faham haku.
Tiket masuk kalau tak silap $74 /person kalau tak silap.Damia free.Waktu kami masuk tak ramai orang pun.Siap yg jaga gate boleh cuit2 Damia.Kau bayangkan la lenggangnya waktu tu.Huhuhuhu!~
Disebabkan lenggang,takyah tunggu kalau nak snap pic dgn character2 diorang.Muahahaha!Bukankah ia sungguh seronok.Hahahaha!~
Pergi melawat Shrek maklum la Fiona beranak kembar haritu.Muahahaha!Ini adalah rumah Shrek.Lepas tu pergi tgk Donkey Show.
Kita posing la lebih kurang janji ada gambar.Mmg tak happy sgt berjalan anak byk meragam.Tapi sabar je la.Nak buat lagu mana.Huhuhuhu!
Tapi dia nampak happy balik bila nampak character favorite dia.Terus senyum.Dan dan ada energy balik.Masuk kedai Sesame Street ni just cari beg Elmo dgn t shirt Elmo je.Sebab haritu ada ternampak satu budak galas beg Elmo Universal Studio kat DEMC sblm ke Singapore haritu,aku nampak comel pulak walau simple je begnya.
Aku tgk show ni sampai habis sebab suka tgk muka perempuan yg kat depan ni.Serious aku rasa comel.Tgk show ni lepas tgk ada satu show yg geng2 hantu menyanyi tu,lupa pulak nama apa.Muahahaha!
Mmg heaven time kitorang pergi haritu.Tgk la yg nak masuk kat Transformer ni ramai mana beratur.Kau mampu ulang banyak2 kali masuk.Hahahaha!Bahagia.Takyah berpeluh ketiak menunggu.
Street dance
Sementara tunggu show yg nak tgk mcm mana Steven Spielberg bikin movie,kami merayap dulu kat street ni.Belakang dia je.Aku mmg suka gila sbb rasa macam melintas kat jalanan di New York era zaman Marilyn Monroe.Fuh.Mmg menjadi la dia punya sound effect tu.Bunyi yg berbeza kau akan dengar setiap kali kau jalan melepasi setiap lot kedai.Kau dongak atas kau tgk apartment dimana ada suara budak menangis,orang bergaduh laki-bini,bunyi pinggan mangkuk berdentam-dentum,suara orang bersembang,fuh,layan je la.
Time ni itu muka ada sikit senyum la.
Rilek je anak ayah dia nak kena cekik.
Aku beli churros kat sini tp tak sesedap yg dijual di Brisbane.Patut tak ramai beratur.Kat Brisbane punya panjang gila beratur.Time ni aku duk bayang churros gaul gula dgn cinnamon makan pulak time baru lepas hujan gitu,mmg heaven la.Dan yg penting ngap tu time panas2.
Pusing-pusing je la dalam tu habiskan masa.See?Mmg tak ramai org time ni maklum lah pergi hari Rabu.Weekday.Muahahaha.
Cantikkan castle ni tp aku tak sure boleh masuk ke tak.Kami ni bukan rajin sgt nak explore semua.
Nampak ini pakcik?Damia nangis takmau duduk dalam stroller pastu nak aku dukung,pakcik ni datang pujuk,orait je duduk dalam paksa.Rela ke takut Damia?Hihihihi.
to be continued.......................................