Kami check out dari Sutra Beach Resort around 12 pm.That time dalam kepala otak macam blur lagi sebab ikut hati memang rasa takmau balik rumah lagi so aku terus pecut ke Dungun.Usha hotel area Dungun semua sold out bilik dia.Maklum la time tu cuti sekolah,mmg cantik sangat la tu nak bercuti-cuti Malaysia.Wrong timing.
So aku pecut je la tak tahu arah dari Dungun sampai ke Kijal Kemaman.Nampak sign Awana Kijal Resort & Spa,masuk je la.Kira gamble je la.Atas nasib la ada bilik ke tak.Kalau takde,aku pecut masuk Cherating pulak.Takde Cherating,aku pergi Kuantan.Hamboi!Tapi Kuantan last choice la sbb aku tak berani ke KL drive sendiri.Wahahaha!Aku cakap je lebat tapi penakut juga ada.
Main redah je.Sekali ada bilik kosong.Itu pun baru je dikosongkan.Maknanya orang baru check out.Memang bernasib baik la tapi yang tak bestnya harga yang dicaj tak berapa nak bernasib baik.
Ingat tau,kalau check in hotel,walk in dan peak season caj dia sangat la jerut leher.Wahahaha!
Aku kena RM370 untuk satu malam.Memikirkan memang aku amat memerlukan leasure time tahap max,aku orait je la sambil pejam mata tapi nafas tak berapa nak smooth.Moral of the story,next time kalau nak plan vacation walau short vacation sekalipun,sila plan awal2 secara berhemah.Kalau kaya duit berterabur atas lantai rumah takpe.Ini tidak masalahnya.*Tersedak.Uhuks!
Takyah la nak show off sgt bilik kat hotel ni.Entry lepas dah ada tunjuk.Sekali tunjuk sudeyyy plus bukan berbayar pun kalau aku promote.*Nangis.
Masuk je bilik semua lapar sebab tak stop memana pun untuk lunch dah la time tu dah nak masuk pukul 3 petang.Nasib aku bawak bekalan apa yang patut maka inilah rescue disaat kau buntu.Ewah!Kemain kau Jah siap bawak bekal jala kuning,satu lagi aku lupa nama.Hahaha!Gaya tok aku dah turun kat aku.Asal gi jenjalan,memacam nak bawak.Muahahaha!Tak kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.Betul dok??
Ini tengok gaya makan terus tersedak roti aku.Mana belajar tak tahu la.Tapi bila tanya,"Cat makan macam ni".*Pengsan.
Lepas makan,kami terus ke Mesra Mall.Dah tak tahu aktiviti apa nak dibuat.Nak kepantai,dah lebam dah main pantai kat Merang.Tak kuasa aihh!
Maka moh la ke Mesra Mall.Gila ramai orang.Nak kata ramai sbb orang shopping,dalam kedai tak penuh tapi kat luar dari kedai2 tu,ramai betul manusia.Tapi frust sbb Toy R Us dah close.Tak dapek cari toy untuk Damia walhal aku yang beria sbnrnya sbb dah addict dengan menatang D.I.Y tu.Muahahaha!~
Keluar dari Mesra Mall,satu masalah pulak nak makan sbb aku tak tau kenapa lately tekak aku susah betul nak accept masanan panas kat restaurant dengan fastfood.Maka mencari la kami satay sampai ke bandar Kemaman.Tapau satay sbb malas nak makan kat restaurant.Tgk la aku.Semua malas.Bila nak rajin entah la.
Ikut aku order room service je senang tapi si Aida ni taknak pulak.Tak berbaloi katanya.I is follow je.Suara majoriti sebab kalau buat undian,confirm Damia tak masuk geng aku.Memang sah aku kalah sbb kami bertiga.
Inilah dinner kami.Simple tapi kenyang dia sampai pagi weh.Muahahaha!
Ekkk!Menghirup beb.Jangan bagi selalu sbb no good,no good.Uhuks!
Inilah aktiviti kitorang malam tu.Menatang ni la yg aku nak cari sangat kat Toy R Us tu.Huhuhuhu!Tapi apakan daya,takdok rezeki.
Tapi memang fun weh activity macam nih!
Lepas tu apa lagi,terus zzzZZZZZZZ!!!Gitu je la aktiviti kami.Malam tu tak sembang sbb memasing dah penat.Bukan takat penat badan je weh,mulut pun penat sbb sepanjang perjalanan duk pot pet pot pet.
Esoknya around 8.30 am turun breakfast.Punyalah malas nak turun tapi memikirkan kalau tak turun nnt kena berhenti jugak memana makan plus ini free.So paksakan mata tu celik jugak.
Minah ni paling happy sbb katanya jumpa jugak makanan negara dia.Iyalah.Aku asyik suap dia makanan Asia je,dari blonde rambut boleh tukar jadik hitam karang.Wahahaha!Maka pagi tu breakfast la cara Eropahnya itu.Seronok aku tengok dia happy kemain.Makan mmg banyak la haritu.
Ini bila angin bosan sampai.Tangki perut kecik.Makan sikit dah kenyang.Tapi badan gajah jugak.Maka bila bosan,datang la perangai tak semengah nih.Bikin teh tarik sendiri.
Aktiviti selepas itu.Macam biasa.
Gaya je nampak macam nak terjun tapi haram tak terjun.
Hasilnya ini.Nangis troma.Apolah kau adik!
Malas nak tepek byk pic sbb kebanyakan pic sama je walau hari lain-lain.Hahahaha!~
Malas nak tepek byk pic sbb kebanyakan pic sama je walau hari lain-lain.Hahahaha!~
Lepas santai2 jap,naik bilik berkemas,then terus check out.Dan kami terus la pulang kerumah.Selesai short vacation aku.Thank u suami yg susah payah sponsor cuti-cuti pendek kami.Wajib la kan mintak dgn suami dah aku bukan ada pendapatan sendiri pun.Huhuhuhu!Bagus sebab sedor diri.Hihihihi!~
Bye.