Final exam is over.Fuh!Lega.Maka tiada lagi stress,tension,depression dan segala macam tekanan hidup setiap kali final exam menjelang.Cara exagerate cerita macam study pulun habis sampai tahap satu words dalam buku pun tak tinggal.Hakikat?Baca tajuk pun dah kira cukup bagus : ) .Ironinya masih lagi sama seperti semester2 lepas,study last minutes juga pastu mula la nak syahdu2,insaf2,azam baru bagai next sem tak mau lagi study last minutes.Dan-dan jugak time tu pasang azam next sem harus study awal.Oh!Sungguh drama.
Maka setiap kali tamatnya final mula la angin meroyan datang kononnya nak lepaskan segala tekanan study time final haritu dengan mencari aktiviti yang bisa menghilangkan tension segala dan membentuk semula diri menjadi manusia normal.Apa sebelum ni kau nih zombie ke?
Tapi,oh ada tapinya!Tiada makna juga final is over kalau satu lagi assignment Marketing belum lagi submit.Pening2!Business plan pun tak siap lagik.Tak termasuk kerja2 secreatary yang belum di finishkan.Eceh!Jangan tidak tahu,semester ini dengan semangat berkobar2 telah join Kelab Pengguna dan telah dilantik menjadi secreatary yang kurang tauliah.Apa buang tebiat time sekolah dulu tak pernah nak attend apa2 mesyuarat club.Tetibe je!Huhuhu!Itulah yang dinamakan perubahan cara hidup.Heh!Ada peningkatan disitu yer.
Semalam mengajak suami ke Giant (memaksa sebenarnya).Tertanya2 kenapa mcm tiada tempat lain Giant juga nak dituju?Jangan tanya sebab biar aku cerita.Kat Terengganu ni mana ada lagi tmpt yang ala2 shopping complex selain Giant dan Mydin.Hahaha!Ah!Pedulikan.Ada aku kesah!Maka semalam juga macam tak tahu cari apa,setakat cuci2 mata lepas tu mula la nak try benda2 mengarut kalau sebelum ni tak pandang pun waima sebelah mata sekalipun.Stop dekat stall Famous Amos,suami suruh beli balik biskut yang dia beli haritu pastu aku habiskan tanpa rasa bersalah.Kalau tak silap aku,aku tinggalkan sekeping je untuk dia.Hehe!Ok la tu,dari aku tinggalkan serdak biskut je.Patut bersyukur kat situ.Heh!Then tak sengaja,bukan.Aku sengaja sebenarnya mintak beli buah ni.Budak tu cakap buah ni dari Arab.Aku rasa mcm pernah makan.Nih parents aku pernah beli ni time balik dari Mekah dulu tapi sebab namanya gatal nak mencuba,nak juga dibelinya.Budak tu cakap kalau amik sebijik RM3.90,tapi kalau amik 100g,RM7.Hek eleh!Dah aku cakap awal2 aku nak try,beli satu cukup la.Tak kuasa aku nak beli sampai 100g sebab rasanya pun just so-so je.Mannnniss tapi cik mamut a.k.a semut tak berani dekat.Aku bior kat atas meja je tapi sekor pun tak berani dekat.Berani dekat?Nanti aku buat bulatan kecik2,mula la melilau-lilau carik jalan keluar.Eh,korang pernah cuba tak??Itu namanya games buli semut.Cara dia,bila korang nampak semut,korang amik pen or pensel,pastu korang circlekan kawasan sekeliling semut tu.Confirm semut tu confius pastu pusing2 cari tmpt nak keluar padahal mana ada dinding yang halang.Redah je la.Hahaha!(Takdek keje)
Inilah buahnya.Serious aku lupa nak tanya nama buah ni apa.
Terapi paling best pada aku adalah baca magazines dan ia mampu hilangkan stress aku.Nak cari buku kat sini tak banyak pilihan.Nak beli through MPH online,malas sbb amik masa busuk2 pun 7 hari jugak.Skang aku nak,kalau aku cakap nak,terus ada depan mata.Pergh!Demand betol perempuan nih.Maka awal2 lagi aku dah warning suami sendiri then aku cakap nak beli magazines banyak2 pastu kalau dia question lagi,tak fikir panjang aku fire je dia sbb dia dah janji sebelum tu.Laju je jwb ok.Tapi lepas aku beli,siap tanya pulak asal beli banyak sangat??Ni aku angin ni.Tadi cakap ok,pastu bising pulak.Lalang betol!!!(mode tak puas hati!)
Bukan banyak mana pun takat 4 buah.Banyak kalau 20 buah.Betul tak???Anda sokong saya???Undi la saya.Hahaha!Bercakap pasal buku nih,dari time pregnant lagi tak kira la buku ke,magazines ke semua aku pulun.Kiranya amalan membaca nih mmg aku dah pupuk dari awal lagi untuk anak aku sedari dari dalam perut lagi.Membaca kan amalan mulia.Eh!Mcm tak tahu slogan kerajaan pulak.Heh!Kiranya semua benda aku nak baca sampai iklan pinjaman along yang tampal kat tiang pun aku baca.Punya la suka membaca.Maka tak hairan la bila dah ada anak ni,minat membaca tu turun kat anak pulak.Alhamdulillah!
Damia memang menunjukkan ciri2 suka buku.Bangun pagi terus bukak buku.Sebelum nak tidur pun nak bukak buku jugak.Maka inilah jadinya bila dah obses sangat dengan buku.Sekian terima kasih!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sampai tertidur baca buku.