Berita gembira 2013

Alhamdulillah kerana masih diberi kesihatan yang baik untuk menulis di blog yang suam-suam kuku ni.Hahaha!Mood nak bercerita tu dah datang balik dah.Ewah kemain kau nok tanya akak bila nak update blog macam la blog I ni 3 juta followers.Wakakaka!Terima kasih la sebab rupa-rupanya ada jugak yg berminat baca blog bosan akak yang balik-balik nak cerita pasal life sendiri.Hahaha!Nak buat lagu mana.Kalau itu medium kita boleh lempiaskan sikit kusut otak,apa salahnya.Hihihihi!

Orait.Cerita 2013,alhamdulillah semua berjalan seperti yang dirancang dan terlebih rancang pun ada.Hamboi!Hamboi!

Pembukaan 2013,nak kata menarik sangat tu,takla jugak tapi untuk aku dan keluarga tu mmg dah rasa best sesangat dah cuma I is busy tahap melampau sampai tak menang tangan.Makanya cuti semester panjang pun rasa macam tak cuti sangat.Penat gilerrr.Tambah ke hulu ke hilir,dari Terengganu ke KL,dari KL ke Terengganu.Owh!*Muntah.

Dan apa yg buat hari2 terisi adalah suami balik cuti lama.Yadeyyyy!!!!Yadeyyy!!!!!!

Dan 1st week pertama Ariey balik kami bercuti ke Awana Kijal,Kemaman.Again?????

Hahahaha!Itu je paling dekat weyyyy.Takleh cuti jauh sebab aku nak final exam.So entah yg kali keberapa ntah,tp malas pulak nak cerita sebab rasanya macam sama je isi cerita dia cuma tukar watak je.Kalau rajin I upload gambar.Untuk tatapan kengkawan UMT yg rajin sungguh singgah sini.I love uolllsss!!

Dan kalau orang tanya balik2 Awana Kijal asal tak pilih area Cherating ke apa,jawab aku,itu je yg zuppp dalam kepala hotak plus takleh nak planning sangat sbb I is busy study untuk final.So kita pilih tempat yg dekat2 sudah.Dan aku pun mmg suka pergi situ jugak sebenarnya dan tak tahu kenapa dan aku jamin akak aku pun suka sebab dia pun sama.Balik2 kat situ juga dia pilih.Wahahaha!Resort Worlds sila bagi rewards kat kami sbb pergi Singapore pun aku pilih Resort Worlds jugak.Hahaha!

Lepas balik dari cuti singkat tu,aku pun struggle la untuk final.Final lebih kurang dua minggu.Habis final zuppppp terus ke Shah Alam dan lepas tu barulah sambung bercuti ke Singapore.Itu next entry punya cerita.Kalau satu entry semua nak sumbat,nanti kalah mukasurat buku 50 Shades of Grey...........opppssss!Kantoi baca buku tu.Wahahahahha!

Ok.Rasa nak cerita pasal kuih faveret ni.Haritu sebelum Ariey balik aku kirim la suh dia beli baklava.Teringin pulak anak tekak ni nak makan.So Ariey beli la.So puas hati la dapat makan.Aku mmg pesan dia mesti beli kat kedai Ahmet Kebab tu jugak.Kedai tu terletak kat Springsfield tu je so mmg tak jauh dari rumah.

Inilah baklava yang dibawa jauh dari Brisbane,Australia.Mmg sangat menepati anak tekak aku nih.Kat Malaysia punya setakat ni tak jumpa lagi yg sedap macam ni.Ini punya mmg Turkish yg buat.Sedap dia tu.....keluar air mata aku tapi just pada yang gemar je la sbb ada gak org yg tak suka.Contoh dekat je la,laki sendiri.Hahaha!

Tapi 3 minggu lepas Ariey bwk balik benda alah ni,aku start craving balik baklava ni sampai tak habis2 duk pot pet kat Ariey asal beli sikit sgt la,sampai aku nak kirim kat kawan dia tapi Ariey sound takyah beria sangat la.Diam-diam aku uwaaaaaaa sendiri.Nak buat mcm mana.Bila teringat je kecur liur aku dibuatnya.Gila.Hahahaha!

Masa kat Shah Alam,aku pot pet kat biras aku pulak.Dia cakap kat Shah Alam ni ada.Kat Zam Zam Restaurant Seksyen 9 katanya cuma rasa tu dia tak berani jamin kena atau tak dgn taste aku sbb bagi dia biasa je.So aku pendam dulu hingga la sampai Singapore......maka sekali tu waktu ke Arab Street......kat restaurant near Masjid Sultan tak silap aku...........dang.....mata aku tertacap kat sign Turkish Cruisine....dan dan time tu jugak nak.Kalau tak dapat mmg aku nangis time tu jugak.Gila psycho.


Ini baklavanya.5 ketul  $8 .Aku take away je sbb time tu kitorg dah lunch so full sangat lagi perut.Beli satu set je sbb takut tak sesedap yg Ariey beli kat Brisbane tapi sekali,sama rasa dia.Diulang SAMA.Uwaaaaaaa.................double nangis sambil makan sebab sedap sangat pastu sampai malam tak habis puji sampai suami sendiri pelik dan tanya,"Dinda ni kenapa?".Hahahaha.

Dan mmg time tu aku pun perasan aku over emotional.Kalau nak sesuatu dan dan time tu jugak kalau boleh nak.Tak dapat muncung.Tak muncung nangis.Isk!

Lepas tu jalan sikit penat dan mmg cuti kami di Singapore kali mmg tak berbaloi bila 2nd day aku rela tidur petang dari keluar jalan2.Stress suami aku.Last2 dia membuta sekali.Dan mmg rugi la kalau pergi bercuti,stay pulak dalam area Pulau Sentosa dengan tempat recreation dia byk gila tak sempat explore sbb sibuk nak membuta,pastu aku habiskan masa dgn tidur petang macam kat rumah sendiri.Wahahaha!

Tapi nak buat macam mana.Aku rasa body aku weak sangat time tu sampai serba serbi malas walhal aku ni aktif orangnya.Aktif maksudnya tak reti duduk diam.

Benda ni berlarutan sampai aku balik Shah Alam balik pastu balik Terengganu.Bila mertua dah bagi hint bila tengok aku asyik terjelepok je manjang,stress gak aku dengar then satu pagi tu aku nekad..............

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Dan resultnya adalah..............................ini.


Maka terjawablah kenapa aku over emotional,fatigue memanjang,susah nak makan,maksudnya tetiba jadi cerewet walhal sebelum ni semua bedal.Hahahaha!Makanya waktu di Singapore tu aku dah berbadan dua sbb check up itu hari doc cakap dah 6 weeks.Dah nampak heartbeat dah pun.No wonder la aku penat memanjang pastu nak baring je kerja.No good,no good.Hahahaha!

Apapun,alhamdulillah plus Damia pun dah masuk 3 years.Dah cantik sangat dah tu.Syukur!

Maka pembukaan tahun 2013 yang sangat membahagiakan.Alhamdulillah!


Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You