Selamat ulangtahun pertama untuk anakanda Tg Nurin Damia




Sekejap je masa berlalu,anak dara kita dah pun masuk 1tahun.Alhamdulillah.Walau sepatutnya hari lahir Damia jatuh pada 13 Januari namun ia diraikan pada 4 Februari memandangkan waktu tu je adalah tarikh best sbb cuti Chinese New Year so ramai yang balik kampung.Majlis yang simple amat namun meriah dan lagi meriah dengan raungan Damia yang bad mood sepanjang majlis sbb nak tumbuh gigi sangatlah tak cool.Preparation dibuat adalah 1 bulan awal.Walaupun majlis yang agak simple namun rupanya banyak benda kena buat dan moral of the story,sila la buat budget dan plan awal sbb tahap confident level yang amat tinggi belum tentu membuatkan majlis anda berjaya kerna akhirnya telah menyebabkan huru hara disaat akhir seperti kes cake yang tidak berjaya ditempah.Plan asal adalah tempah cake di Secret Recipe dan sebab nak lain dari yang lain telah meng'request' pic Barney & Friends padahal cartoon yang sedia ada dah berlambak kat situ.Makanya kena balik dan burn sendiri dalam cd pastu hantar kat kedai balik.Sbb confident punya pasal,sampai kedai nak hulur cd baru sedar cd yang dah diburn sebenarnya tertinggal kat atas katil kat rumah dan Secret Recipe hanya menerima tempahan 7 hari awal,sah2 dah rugi satu hari so jawapannya adalah,NO!Arghhh!!Waktu tu rasanya hanya Allah shj yang tahu perasaan aku dengan tambah lagi waktu tu jugalah baru start semester 4 yang amatlah busy dengan kelas pagi petang,malam!!!.Phew!

*Nanti dah besar sila baca ni,just nak gtau ayah & bonda tension amat namun redha je la.Hehe!




Akhirnya,cake Barney & Friends Damia yang dibuat oleh Achik (my hero la waktu ni) dan dihias sendiri oleh penulis berjaya juga dibuat..hahaha!maka andai ada yang tegur corak tak sekata ke apa,cake nampak senget ke apa,silap haribulan makan pelempang free la jawabnya.Harap maklum.Gambar untuk Barney tu ditempah khas dimana ia di print atas sugar paper.Idea last minute.Ini sbb kedai dah tak nak ambik tempahan sbb diorang dah terlalu banyak tempahan untuk kahwin,tunang,Chinese New Year.Yang ni serious tak terfikir.Ambik kau.Tapi plan B aku kalau x dapat gak kek,aku plan nak buat pulut kuning.Hahaha!Canggih tak?Tradisional sket.Hahaha!



Time potong cake pun nak meraung bagai.Adus!Manalah tak tension aku.No candle please.Ini mmg saje aku tak provide sbb aku nak setkan dalam mind dia,no blow the candle setiap kali birthday.Just potong cake je.Hehe!

Makanan yang cukup ringkas untuk tetamu dewasa and for kiddo.

Special dedication to you my dear : "Happy 1st birthday Tengku Nurin Damia Tengku Syaaree.Dah besar dah kamu.Sekejap je masa berlalu.Rasanya macam baru semalam kami dengar tangisan pertama kamu.Kali pertama kamu melihat dunia.Kali pertama kami merangkul kamu dalam pelukan.Kali pertama kamu melihat wajah kami dan kami bergelar ayah dan ibu.Ayah and bonda love you so much!"


Ini kalau tak melekat dengan aku,mesti nak melekat dengan ayah dia je.


Walau tak sporting haritu tapi sempat jugak tepuk tangan lepas semua orang nyanyi lagu birthday untuk dia.



Maka sekian sahaja.Pic present dgn goodie bag untuk all the guest lupa nak snap tapi kesimpulannya amatlah berpuas hati dengan majlis ini.Thanks to all yang datang pada haritu dengan susah payah datang pakai baju purple sbb tema purple la katakan,dan susah2 bawa present untuk Damia.Thanks jugak untuk Eda,Elisa dan Nurul yang banyak bantu untuk packing goodie bag dan tolong prepare all the foods.Dan paling tak lupa susah payah buat untuk all the decoration yang simple tapi cantik dan bersungguh-sungguh pam 80 biji belon.Hahaha!Korang mmg best.Tak lupa untuk my mom juga yang sampai mcm nak pengsan dah tolong masak beehoon goreng dengan mee curry.
Walau ada suara yang cakap,"Ala,anak pertama semua bersungguh",tapi diam2 aku janji anak pertama ke,kedua ke,ke10 ke,sambutan tetap sama.Yang pertama harus special.Namun yang pasti bukan disambut setiap tahun dan cukup untuk mengingati betapa istimewanya seorang anak dihati seorang ibu dan ayah.Dan betapa bangganya kami mempunyai kamu wahai anak.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You