Kuatkah aku?Mampukah aku?Hehe.Aku dah start semester 3 maka dengan semangat berkobar-kobar dengan harapan semester nih aku berjaya meminimumkan "ketidakhadiran" aku ke kelas dengan alasan lapuk tak leh nak blah iaitu perut aku sakit tak tahu sebab apa.Hahaha!Huda memang paham sangat dengan aku sampai panggil aku Mrs.Excuses.Ciss!Semester 1 bolehlah lecturer tolak ansur sebab aku pregnant,tapi ini semester jangan harap la.Adui!Tapi serius la this semester subjek sangat la menguji kesabaran.Agak tough woi!!Kadang2 aku bersemangat waja namun kadang2,hurm faham2 jer la.Namun satu jer cara yang buat aku kembali semangat disaat semangat dah terkulai-kulai layu bila aku ingat anak kat rumah.Kalau aku main2 lagik this semester maka sia2 la segala usaha,dan sia2 la airmata anak aku yang menangis saban hari cari aku sampai bila aku balik jer sure melekat 24 jam macam anak beruang koala dah gayanya.Dan apa yang pasti aku mungkin mengecewakan harapan en hubby yang tidak putus2 memberi dorongan dan semangat siap mengalir air mata tambah lagi duit dia juga yang biaya pengajian aku dengan harga buku mahal yang amat nak buat macam mana dan aku confius gak tu air mata sebab terharu aku belajar ke atau sebab sedih duit banyak kena keluar?hahaha.Apa pun I Love U so Much laaa... : )
This semester aku kena amik 8 subjek bermakna 22 jam credit.Pulun,pulun sampai lebam!!Haha.
Macam ni la agaknya aku bila time exam nanti.Serious aku dah takleh nak study last minute macam dulu sebab aku kena prepare awal2 sebab faham2 la bila ada anak ni.Anak tu pun sentiasa dalam situasi "unexpected" dan untuk yang sudah bergelar ibu tu mesti tahu la macam mana.Serious la aku sekarang dalam usaha menukarkan waktu tidur Damia lebih awal dengan harapan lepas dia tidur jer aku leh la study sikit dari niat asal nak tidur anak tapi alih2 dengan aku sekali tidur sampai pagi.Ini kes naya nih!Huhuhu!Anak aku tu pulak macam tahu2 jer aku dah start belajar bila malamnya susah betul nak tidur dan kalau sebelum ni dia around 7 pm mata dah layu2 dan dia akan tidur hingga pagi dan jaga pun seban nak susu jer tapi skang ni around 10 to 11 pm baru la merenggek2 nak tidur.Puas aku usaha suruh tidur tapi takmau juga dia siap gelak2 ajak main.Adoi!Anakku.Kasihanilah bondamu ini.
Tips ni mungkin boleh pakai:
Dalam pukul 8 pm aku bawa dia masuk bilik,aku just bukak lampu tidur pastu buat konon2nya dah masuk waktu tidur dan make sure switch off tv sebab selagi tv on dia tak akan tidur.Kalau tak berjaya,arghhh!!!lantak kau la.Hahaha!Kau golek2 la dalam baby cot tu sampai penat.Huhuhu!
Ini ayat untuk memotivasikan diri sendiri.Ada ka?hahaha.
Anyone diluar sana,kalau ada tips2 berguna tuh,bolehlah share.Sangat2 mengalu-alukan idea2 bernas korang macam mana nak handle anak dengan status anda sebagai seorang pelajar sepenuh masa..daaa!