Anugerah

Alhamdulillah tanggal 13 Januari 2010,saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.53 kg pada jam 10.50 pagi di Kuala Terengganu Specialist Hospital.Kelahiran awal dari jangkaan iaitu 23 hari lebih awal dari tarikh sepatutnya iaitu pada 5 Februari 2010.
Tengku Nurin Damia Tengku Syaaree




Terima kasih untuk semua yang hadir pada hari tersebut.Cuma agak sedih kerana suami tidak sempat menyaksikan sendiri kelahiran puteri sulung kami ini,namun doa dan kata semangat dari jauh suami menjadi penguat semangat saya pada hari itu dan syukur sekali lagi kepada Allah s.w.t kerana saya dapat bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi.Hanya mengambil masa selama 3 jam sahaja.
Pada insan yang bergelar ibu
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Apabila melalui pengalaman ini sendiri
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Susah payah ibu sendiri
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Melahirkan aku dulu hari
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Sakit yang ditanggung tidak terperi
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Erti berjaga malam hingga ke dinihari
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Pengorbanan seorang ibu besar sekali
Dan,
Baru sekarang aku faham dan aku mengerti,
Bukan mudah untuk menjadi ibu mithali
Nukilan hati:Syafinaz Ali




Manusia syaitan

Ingin kongsi satu cerita.Cerita berlaku petang semalam,ketika itu waktu maghrib.Rutin biasa waktu maghrib biasanya isi rumah selalunya sibuk bawa hal masing-masing.Si ayah sudah bergegas ke masjid,si ibu sibuk ingin mandikan cucu,si adik ke hulu kehilir tidak tahu punca,si kakak ipar sibuk urus anak kecil,si abang masih belum nampak muka dan diri sendiri tanpa rasa bersalah masih menonton televisyen.Tidak baik sebenarnya menonton televisyen pada waktu maghrib.Itu pantang orang tua-tua.
Tiba-tiba dikejutkan dengan suara abang yang menjerit dari luar rumah.Bergegas ke pintu utama terus kunci dari dalam namun "standby" disitu andai si abang perlukan pertolongan.Kenapa saya mengunci pintu?Saya berbuat demikian kerana pernah sekali melihat polis mengejar penagih dadah merangkap pengedar atau bahasa mudah perosak anak bangsa sedang bergelut dengan polis dihadapan rumah.Si jahat tadi sempat melempar asid pada polis namun sempat dielak.Sijahat yang teramatlah jahat!Jadi saya cuma risau perkara yang sama berulang dan itu hanyalah langkah berjaga-jaga.Risau andai sijahat tadi meluru masuk kedalam rumah.
Apabila melihat sudah ada beberapa lelaki dihadapan rumah (orang yang dikenali),barulah saya membuka pintu.Cerita abang,niat hanya ingin mencari kucing yang selalu menumpang tidur diatas kereta dan secara tidak sengaja pergi kebelakang rumah dan secara tidak sengaja lagi telah melihat kelibat seorang lelaki yang sedang berdiri diatas kerusi sambil tangannya cuba membuka cermin tingkap bilik air rumah saya.Abang mendekati lelaki terbabit dengan memegang kayu namun hanya tinggal lima langkah,kelibat disedari lalu larilah lelaki tersebut meluru ketepi pagar dan terus terjun kebawah.
Sesiapa yang pernah kerumah saya,rumah saya adalah rumah yang terakhir ditepi selekoh dan berada dilereng bukit.Bawah lereng bukit adalah masjid utama kampung saya.Begitu nekad lelaki tersebut dan akibat terjunan itu telah menyebabkan dia bergolek ke bawah.Pada masa yang sama turut mengejutkan para jemaah masjid.Cerita abang,lelaki itu pastinya cedera kerana melihat dia terhenjut-henjut melarikan diri.Apa yang tinggal hanyalah sepasang selipar buruk ditepi tandas rumah.Nasib baik abang saya sempat mengecam wajahnya.Siapa dia?
Luahan saya secara peribadi:
Persetan dengan manusia ini kerana dia sememangnya tidak layak dilayan sebagai manusia.Sudah mendapat peluang untuk insaf namun masih berani membuat onar.Saya andaikan dia cuba mencari tempat yang mudah untuk menceroboh rumah saya dan pastinya Allah swt membantu kerana tidak semena-mena abang saya tergerak hati meninjau kebelakang rumah.Mungkin dia berniat untuk datang semula dan sememangnya agak berani kerana dia datang disaat rumah berpenghuni.
Penagih dadah sememangnya tidak layak untuk dilayan secara baik kecuali dia benar-benar insaf namun tidak harus percaya 100%.Ini kerana penagih dadah adalah penipu dan amat jahat.Jadi tidak hairan adanya kes-kes penagih yang sanggup membunuh ahli keluarga sendiri.
Saya berharap lelaki tersebut mendapat balasan setimpal kerana rumah saya bukan rumah pertama yang dicerobohinya.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You