Susah sangat ke memasak?

Apabila membaca entri ini,apa yang anda bayangkan dibenak fikiran anda?Hehehehe!!Sebenarnya saya terasa terpanggil untuk menulis ini selepas melihat satu talk show ( Malaysia punya ) yang mana nama program dia saya lupa la.Jadi jemputan dia waktu itu pun saya lupa jugak namun seingat saya perempuan la.Topik haritu Mana lebih jimat makan diluar atau dirumah?. Sepanjang rancangan tu berjalan saya pun antara dengar tak dengar jer la sebab saya bukan tumpu sangat pun.Cuma statement yang dibuat oleh wanita itu amat memberi kesan pada diri ini.

Ayat wanita itu: Bagi I,makan kat luar sebenarnya lebih jimat dari masak kat
umah. Sejak berkahwin kami memang banyak makan diluar so tak
payah la nak susah2 fikir nak masak dirumah.

Saya terus membuat hipotesis mesti hubby dia gaji mahal nih.Kalau tak mau rabak tiap2 bulan kalau asyik makan kat luar.Namun itu adalah pendapat masing2.Saya tak cakap pendapat perempuan tuh salah cuma pada saya kalau nak jimat adalah makan dirumah.Namun kalau saya duk sorang2 aku tapau jer.Bila sorang2 mmg jimat beli diluar.Namun sekiranya berdua,memasak adalah amat jimat.Bagi saya la.Dan bagi saya juga memasak itu adalah suatu yang mudah dan pada aku juga tiada istilah tak reti masak sebab ia bergantung pada individu itu sendiri.Kalau dia ingin ilmu tersebut dia akan berusaha belajar.Pada saya wanita yang membuat statement tak reti masak adalah orang yang malas atau memang tak minat nak mencuba. Time duk sorang pandai pulak masak (masak maggi la.Hahahaha!!).Istilah tak tahu mmg tak leh terima.Tak tahu dengan syarat tidak kearah itu mungkin boleh diterima.Contoh saya la.Tak reti bawak kereta tapi berkeinginan nak bawak so saya amik la kelas memandu.Elok je skang boleh bawak kete.Lepas ni saya ingat amik lesen bawak kete kebal pulak la.Skang baru saya cakap yang saya mmg tak tahu bawak kete kebal sebab saya tak blajar.Hahahahaha!!

Terlanjur pula saya ini sudah berumahtangga maka ingin saya kongsikan beberapa tips rumahtangga bagi yang sudah mahupun yang bakal atau yang sedang mencari itu untuk berkongsi bersama saya.Mana yang tak suka atau tidak bersetuju,terpulang.Blog saya,suka hati saya la nak tulis.Hehehehe!! Sejak berumahtangga,tempat rujukan saya tidak lain dan tidak bukan parents saya la dan juga mertua. Ini tips dari Abah dan semua dia la yang cakap dan bukan saya yang cakap..hehehehe!!!

1) Untuk menjadikan rumahtangga itu syurga,jagalah perut suamimu.Maksudnya,memasak la untuk hubby.Insyaallah dia akan sentiasa merinduimu.Air tangan bini la katakan.

2) Peliharalah tempat tidur kamu berdua.Mana yang dah kahwin yang ada perangai suka sepah2 baju,buku or magazines atas katil atau malas nak kemas katil waktu bangun pagi,ubah la sikap anda.Suami maybe tak tegur tapi kalo selalu sangat berbulu jugak mata.Rajin2 tukar cadar jangan sampai bersin baru nak ganti baru.

3)Uruskan pakaiannya dengan baik.Kalo boleh cuci dengan tangan.Mak saya sampai sekarang dia cuci tangan baju abah aku.Baju orang lain dia masuk mesin basuh jer.Sebab tu kot abah saya sayang gile kat mak.Saya pulak awal2 kawin ada la buat,lama2 penat balik keje dobby pulak tolong basuh.Huhuhuhu!Sayang la hubby saya kat dobby tu.

4)Kena sentiasa menarik depan suami.Maksudnya tak make up pun takpe.Janji dalam keadaan bersih dan kemas.Ini tidak,time keluar cantik bila duk umah pakai t-shirt dengan track suit tak pon baju kelawar lusuh.Teruk lagi kalo berkemban jer dengan kain batik.Tak pun seluar pendek ada tulisan Langkawi dan seangkatan dengannya.Hahahahaha!

5)Cakap kena baik dan mesti sentiasa bergurau senda.Husband and wife mesti selalu give and take dan jangan duk ego jer.Sebelum tido hendaklah bersalam cium tangan memohon maaf (wife).Ini tidak!Time raya jer baru cium tangan hubby (Abah saya kata)

6)Sentiasa menunjukkan kasih sayang.Berjalan pegang tangan.Baru romantik.Ini tidak,time couple rapat lagi rapat,bila dah kawin jalan 5 meter jauh.

7)Susah dan senang haruslah bersama.Itulah yang akan jadi kenangan kita dihari tua.

8)Husband & wife kena sama2 mengingati. Satu lagi biar sama2 ke masjid.Yang ni saya blum praktik lagi walau surau depan umah saya jer.Isk!!Selalu husband saya jer yang p berjemaah disurau.Saya tak penah turun lagi.Isk!!Malu ah!

Abah saya cakap kalau amalkan semua ni Insyaallah hubby akan stick dengan kita.Bila dia ada buat nakal sket,mesti sekilas dia akan teringat yang dia sudah ada yang terbaik.Namun andai ada pasangan yang mengamalkan diatas,namun rumahtangga masih bergelora,itu semua urusan Allah s.w.t.Hanya Dia yang Maha Mengetahui.Setiap yang berlaku mestilah bersebab.Pada saya,saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Panjang pulak huraian dia.Saya asal2 nak citer pasal reti masak atau tak jer.Huhuhuhu!Bila sebut masak ni saya amat bersyukur kerana saya boleh memasak ( boleh la tp tak pro sangat la namun sudah mampu buat hubby pecut balik umah kalau tahu saya sediakan makan malam kat umah.Kalau makan kat luar lambat sikit la jawabnya).Ilmu ni saya dapat dari mak,mertua,arwah nenek,mak2 sedara saya dan semua orang yang saya jumpa.Kalau nak tahu saya suka join orang2 yang lebih berusia dari orang yang sebaya dengan saya.Hehehehe!Oleh itu untuk tidak menghampakan,saya akan cuba masukkan beberapa resipi mudah untuk lauk pauk,breakfast,kuih-muih untuk minum petang dan juga pencuci mulut yang lazat dan yang pasti boleh dipraktikkan bagi isteri2 yang bekerja macam saya.Namun saya hanya sempat siapkan makan malam dan breakfast jer.Itu pun tgk jam berapa saya habis keje.Untuk weekend adalah wajib.Kami mmg jarang makan diluar bagi mengelakkan kesempitan dihujung bulan.Hehehehe!!Tunggu....................akan menyusul nanti.

Dunia blog

Saya sebenarnya bukan arif sangat dengan blog2 ni namun ia bermula pada tahun 2008 apabila kebosanan melanda.Waktu itu saya menjadi silent reader pada beberapa blog.Macam ketagih pulak kalau sehari tak lepak kat blog2 fav saya tuh dan akhirnya saya pulak ditarik untuk turut menjadi sebahagian darinya.Bukan ditarik sebenarnya namun saya sendiri yang men ‘push’ kan diri sendiri.Wahahaha!Bersesuaian dengan minat saya yang suka menulis jadi tidak salah andai saya pula merapu didalam blog saya sendiri.Mengikut sejarah, ini adalah blog saya yang ketiga.Yang sebelum ini sudahku hapuskan.Kejamnya saya!

Itu Aku

Saya mengakhiri zaman bujangku seawal usia 23 tahun dan suami tercinta 22 tahun. Isk! Saya tua setahun dari dia tapi sampai sekarang saya deny yang saya tua dari dia kalau orang tanya la.Sometimes saya buat dunno je kalau orang tanya. Hik!Hik!Hik!Jahat tak??Teringat dulu2 waktu time sekolah (form 5 rasanya) saya dengan megah canang kat kawan2 yang saya tak minat lelaki yang muda dari akusaya.Huh!!Tup..tup jodoh saya dengan lelaki yang lebih muda dari saya.Sebab tu saya nasihatkan korang jangan cakap besar sebab biasanya kalo korang buat statement maut macam tuh,mesti kejap jer dia akan jadi kat diri korang balik.Itu andaian saya je la.Saya mmg suka dalam membuat andaian ni.Suka cipta provokasi.Kasi panasss sikit.Hahaha!!Namun berkahwin diusia muda pada saya bukan suatu yang patut disesalkan namun hingga kini saya bersyukur kerana bertemu jodoh seawal itu dan ini membuatkan saya amat menghargai diriku,suami,keluarga & kehidupan. Alhamdulillah!!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You