Story about food again.Hihihi!Kalau keluar story pasal foods that means saya tiada idea nak story apa.Hihihihi!
Kalau ke 1Utama actually banyak restaurant kat situ.Rambang mata pun ada sebab tak tahu nak masuk yang mana satu.Dan kalau tak silap Seouls Garden pun ada tapi Ariey tak mahu sebab katanya nak makan nasik.Ok.
Kalau nak makan nasik,jom kita masuk ke Sri Melaka.Rasanya ni second time jengah sini.Kalau tak silap 1st time kat Midvalley rasanya tapi tak sure.Tapi memang rasa macam pernah masuk la cuma yang first time tu just minum je sebab that time mommy tak larat nak jalan sebab dah penat pusing satu mall.
So haritu try makan sini la walau mula-mula rasa cuak juga sebab kitorng je yang ada dan lepas tu baru la ada customer lain masuk.
One happy family yang sedang tunggu makanan yang diorder sampai.
Haritu kami just order lauk biasa sahaja cuma asam pedas sahaja special sikit sebab pilih ikan senangin.Tak pernah makan ikan tu sebelum ni.
Seperti biasa moh ler kita review apa yang telah masuk ke perut kami hari tu.
Telur dadar yang nampak biasa tapi sangat sedap sebab kat dalam telur dadar tu dimasukkan udang.Banyak pulak tu.So yummeh!Dan yang sebelah telur dadar for sure la kerabu mangga.Apa yang special dengan kerabu ni adalah mangga yang digunakan tu sangat fresh sbb bila makan stil rasa krup krap kruk krap dan mungkin bila org request baru dikupas kulit rasanya.Sebab itu rasanya tersangat la fresh.Kiranya tak lembik la macam kerabu kat sesetengah tempat.Combination yg sangat baik bila ada rasa masin,manis,masam. dan pedas.Kita rate 8/10.
Same goes to their kailan with osyter sauces.Kailan yang ranggup dan main dishes dia asam pedas ikan senangin.First time makan asam pedas ikan senangin.Dalam RM70 untuk satu pinggan tu kalau tak silap la.Tapi asam pedas dia mmg sedap.Recommended.Kalau tak silap daun kat atas tu dia tabur dengan daun pudina.Kiranya must try dishes la kat restaurant Sri Melaka ni.
Cuma satu je yang tak mencapai target adalah sago gula melakanya yang pada saya tak berapa sedap.Tak tahu tang mana yang kurangnya tu.Dari dulu saya mmg suka order sago gula melaka kalau ada dalam menu.Tak tahu la apa yang buat jadi special sangat pada saya cuma bila sebut sago ni teringat ada satu restaurant di Bukit Jelutong dan nama restaurant tu Kayu Manis.Kat situ ada satu pencuci mulut dia mmg fav saya tapi lupa nama.Pencuci mulut tu adalah honeydew yg dikisar lepas tu dia campur dengan sago plus susu pekat.Masukkan ice dan rasanya sangat la sedap.Slurp!Tetiba terasa nak makan.Hihihi!Tapi saya tak sure samada dia campur ice cream vanilla atau tidak.
Ok.Itu sahaja.Bai!
No comments:
Post a Comment