Dilema ibu sibuk macam saya

Waktu mengandung Damia,saya nekad untuk tidak memberikan fast food pada dia.

Secara general process food adalah seperti:

1)Fast food
2)Makanan yang terlebih masin (junk food)
3)Ice cream
4)Candy
5)All process food senang cerita

Namun ternyata ia hanya angan-angan kosong.Sebelum ini saya masih mampu bertahan sewaktu Damia berusia bawah dua tahun tapi tidak selepas itu.Bila anak menangis dalam kereta terus pujuk,"Ok,bonda belikan chicken plus toy".Terus anak diam.Damia tak faham apa itu Mc Donalds,apa itu KFC.Apa yang dia tahu hanyalah "Kenken".Ya,saya masih perlu betulkan sebutannya.Namun makan di restaurant fast food for breakfast,lunch or dinner belum lagi menjadi perkara rutin bagi keluarga kecil saya.Never kecuali sekali lunch di Marrybrown Genting Highland.Itu sahaja untuk pertama kali : )

Biasanya kalau Damia menangis dalam kereta,saya sebut chicken dan kalau dia terus diam,saya akan stop di KFC tapi kalau dia masih menangis ada extra,"Ok fine,chicken plus toy",and that means McDonalds la.I know that I'm such a bad mom.Hmm...maybe sometimes.

Waktu dia bayi saya ada juga cuba sediakan makanan sendiri tapi Damia tak suka makan.Satu dua mulut sahaja lepas tu reject dan itu buat saya kecewa kerana saya dah masak satu periuk kecil tapi end up dengan buang macam tu sahaja.Jadi kalau nampak dia craving for something just bagi nestum atau baby snack sahaja.


Pernah juga cuba dengan process food dimana saya beli organic food for baby yang dalam botol tu dan masih ingat saya sempat bagi beberapa botol cuma yang last sekali waktu bagi carrot campur sweet potato,tiba-tiba naik rashes sekitar mulut Damia then terus stop sbb saya ni jenis yang paranoid melampau.Hahaha!Makanan baby dalam botol kebanyakan dari Heinz tapi ada juga satu lagi jenama tapi lupa pulak nama dia.

Dan saya salute pada mommy-mommy yang rajin masak sendiri makanan untuk anak mereka plus pandai pulak decorate food untuk kelihatan comel.Saya juga kadang-kadang buat juga cuma tak konsisten sbb kesuntukan masa atau terlalu letih.Kalau letih mmg tak larat nak kedapur dan saya sendiri pun kadang-kadang makan apa yang ada sahaja.*Alasan.

Tengahari tadi bawa Damia ke stesen Petronas kat area rumah ni.Bukan pergi isi minyak tapi pergi beli newspaper dengan bayar hutang2 wajib setiap bulan sbb kat situ ada mesin cash deposit CIMB.Good.Tak perlu ke town semata-mata nak bayar apa-apa.

Bagi chance pada Damia pilih apa yang dia nak.Bila dia point segala jajan yang masin-masin tu or kalau kat Terengganu ni dia panggil "cekedis",terus cakap "No,no.Nanti batuk".Lepas tu saya pulak point pada segala biskut yang tersusan kat rak dan Damia pulak mention,"No,no.Nanti batuk".Siap buat sound effect batuk.Ok.Bertuah punya anak.Dan last sekali dia choose air kotak strawberry.Done.Terus balik rumah.

Tapi betul la.Dalam hidup ni ada satu stage dimana sebelum kita melalui sesuatu,kita mmg sedap je bagi pandangan pung pang pung pang tapi bila sampai waktu tersebut kadang-kadang kita tak mampu pun nak buat dan saya belajar daripada tu dimana jangan sedap sangat nak perlekeh pada sesuatu benda sbb sooner or later benda tu akan kena balik pada kita.Heh!

And now,I surrender.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You