Perkahwinan dari mata aku

Jika ditanya pada aku,

Aku memilih untuk hidup dengan cara yang aku rasa best selagi tidak bertentangan dengan agama dan ini bermakna aku tidak kisah pun apa yang aku buat dan apa pandangan orang pada aku dan aku sebolehnya jauhkan diri dari hidup dengan lebih memikirkan apa yang orang akan fikir tentang aku.

Tapi kebanyakan yang aku lihat pada hari ini,ramai yang hidup atas dasar apa pandangan orang pada dia dan bukan apa yang dia mampu untuk membahagiakan diri dia sendiri dan kerana itulah wujudnya situasi ini bila sampainya waktu kita mengakhiri zaman single kepada hidup berdua.

Bila sebut je majlis kahwin......................kebanyakan kita

Pelamin nak yang gah
Untuk makan kenduri nak makanan yang paling best dan nampak grand
Kahwin nak ikut tema
Photoshoot nak ada pre wedding,time sanding,outdoor bagai...bla..bla..bla
Baju sepanjang majlis kurang-kurang nak 2 kali tukar
Doorgift mesti nampak creative dan lagi best kalau orang puji cantik dan lain dari yang lain
Kek nak paling hebat dan lain dari yang lain yang penting sedap walau pengantin rasa secubit je pun
Kad kahwin mesti hebat baru nampak classss you sebab kalau pakai yang printing biasa nnt kawan-kawan perli macam bajet cikai jerr
Make up artis (yang bertudung sanggup guna khidmat maknyah sbb make up diorang ada classs sampai lupa maknyah tu lelaki,tayang la muka,rambut,leher semua pada mak andam tu)
Ramai pengantin willing mak andam tarah kening diorang padahal boleh je cakap tak perlu tapi sebab fikir benda sekali seumur hidup.Habisssss!
Berinai tak terhad dijari je sekarang ni tapi dah berukir bagai kalau boleh nak penuh satu lengan
Mak ayah ghairah duk salam kaup tapi mulut pung pang duk cakap "Jemput la datang makan je".
Karaoke (dulu kat Terengganu susah nak jumpa,tapi sekarang dah jadi macam trend pulak)
Nak jemput geng kompang bagai...bla...bla...bla
Banyak la lagi tapi malas la nak hurai satu-satu

Kalau dinilaikan setiap satu diatas,semuanya memerlukan kos yang besar.Sepatutnya kena la dahulukan mana yang wajib.Ini tidak.Dah ada ulama cakap sanding depan khalayak ramai tu haram sbb sanding asal dari upacara agama Hindu (yang diunjurkan bersanding dihadapan saudara terdekat sahaja),tapi bab pelamin dan sanding tu la biasanya pasangan pengantin sibuk fikir sampai nak pecah kepala an bukan fikir persediaan nak melangkah ke alam rumahtangga

Dan pada pandangan aku,semua diatas terjadi bila kita hidup atas pandangan orang pada kita walhal segala kos,tenaga kita yang tanggung.Takat jiran nak mengumpat apa la sangat.Kurang-kurang terima kasih pada mereka sbb tolong tambahkan pahala untuk kita.Kihkihkih!Satu lagi walau majlis kecik sekalipun tak mengapa,sekurang-kurangnya kita sudah warwarkan perkahwinan kita dan bukan kahwin lari.Kalau kahwin lari,anak 8 pun belum tentu habis lagi cerita.Masih lagi jiran tetangga guna sebagai modal nak mengumpat.Jangan sesekali kahwin lari sebab impak dia bukan pada kita je,tapi pada keluarga jugak.Pesanan khidmat masyarakat.

Hasilnya,sebelum kahwin pening,lepas kahwin pun pening jugak.

Pada aku semuanya mengarut.

Aku revise balik time aku kawin dulu tahun 2007

Parents aku tidak minta wang deposit pun dari pihak lelaki,100% kos majlis ditanggung abah
Abah tidak meletakkan langsung nilai hantaran dan meletakkan 100% pada pihak lelaki berapa yang diorang nak bagi.Lantak la katanya
Kahwin aku tiada langsung pelamin maka no sanding2 namun masih meriah dengan kehadiran kawan-kawan,saudara-mara,jiran-jiran dan kenalan keluarga jauh dan dekat.
Aku dan suami tidak berhabis pun untuk majlis kahwin kami dan 100% tiada hutang
Parents aku tidak mintak walau sesen pun duit hantaran yang telah diberikan pada aku maka aku buat joli laki bini.Ops!Simpan untuk digunakan bila dah ada rumahtangga sendiri nnt.

Impak selepas kahwin............

Orait je rumah sewa pertama mampu je bayar walau RM700 sebulan
Boleh je survive pakai dua kereta
Mampu je beli apa barang yang kami nak sama macam orang lain 
Boleh je nak start kumpul aset walau baru selepas setahun kahwin
Untuk medical tak perlu pun beratur tunggu lama ke klinik/hospital kerajaan,mampu je dapatkan rawatan ke klinik/hospital swasta walau kami takde panel
Dan lain-lain malas la nak mention...karang jadi cerpen pulak kang

Bukan nak sombong,tapi itulah hakikat kalau kita sebagai pasangan yang ingin hidup bersama,tapi lebih mementingkan persiapan untuk hidup selepas bergelar suami isteri dan bukan lebih pentingkan majlis kahwin yang hebat sampai sanggup berhutang,sanggup ikat perut sebab sehebat mana majlis kita pun busuk-busuk sehari atau seminggu je pun jadi buah mulut orang dan selepas tu orang akan lupa.Tak adanya orang akan ingat hingga 10 tahun akan datang kecuali waktu akad nikah kita tu buat kat angkasa lepas ke,buat kat dalam laut ke,atas gunung siap angkut la sekali tok kadi tu.Itu baru 8 generasi orang masih bercakap.
Dan apa yang penting lepas kahwin takde isu nak gaduh laki bini pasal masalah kewangan,hutang kahwin yang tak selesai-selesai,mmg takde.Nehi!Kang senang tu.Takyah gaduh-gaduh,rumahtangga aman sentosa,takde la sebelum kahwin pakai kereta sorang satu,lepas kahwin kena jual satu sebab tak mampu bayar walhal lepas kahwin sepatutnya terlebih mampu sebab dua orang yang bekerja lepas tu combine gaji mesti la dapat ganda kalau nak compared gaji waktu bujang.Ini tidak.Lepas kahwin,makin susut duit.Sepatutnya makin tambah duit,maka makin meningkat la taraf hidup.

Maka buatlah majlis perkahwinan mengikut kemampuan kita.Selama mana kita nak hidup atas tiket apa yang orang lihat kita sedangkan kesusahan kita tak adanya diorang nak kongsi bersama.Makin mengutuk ada la.Mana yang wajib didahulukan,mana yang haram,jangan adakan terus sebab tak rugi pun.

Benda sama bila ada anak nanti.Majlis akikah dah jadi macam medan nak tunjuk majlis anak siapa yang hebat pulak.Orang buat biasa-biasa je untuk majlis bercukur,jamuan akikah tapi skang ni dah jadi macam trend pulak nak ada majlis berendoi la sampai siap ada pakej tempahan buaian bagai.Siap bertema bagai tu dan belum masuk trend orang-orang kat bandar-bandar besar,yang feeling kononnya moden sangat,waktu kandungan 7 bulan buat majlis baby shower pulak (ikut 100% orang barat),walhal adalah lebih baik diadakan solat hajat jamu orang makan bagi mendoakan moga dipermudahkan segala urusan untuk melahirkan anak kelak bagi yang mampu la sbb tak wajib pun.Dan bukan lenggang perut guna buah kelapa tu.Yang tu terlebih tradisional pulak.Lepas tu kalau ada kawan-kawan yang tak mampu sikit,siap perli-perli pulak sampai ada yang sanggup berhutang janji tak kena kutuk asalkan majlis akikah anak mesti buat kalau tak orang cakap tak ada duit.Adus!Walhal hukum sunat bagi melambangkan rasa kesyukuran kita dengan anugerah yang Allah swt berikan.

Tapi itu pada pandangan aku la.Tak setuju tak mengapa : )

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You