Sehari dua ni Damia asyik ajak pergi playground nak main buai laju-laju katanya.Adoi!Aku ni pulak banyak kerja yang nak dibuat.Banyak pulak tu yang tak settle,final exam ada satu paper lagi hari Rabu ni.Oh!Stress weii.Kira last paper la tu pastu merdeka dalam 3 bulan.Rehat la kejap tapi tak rehat juga la sebab banyak pulak kerja yang kena settle.Bukan mengeluh atau apa cuma lately memang aku totally exhausted.Tak cukup rehat.Kena cari supplement jugak la rasanya biar energy hijau jer.Ini tak.Kadang-kadang lampu merah lip lap lip lap macam otromen tu pun ada.Tak bertempur pun lagi dengan resakse.Tapi apapun,alhamdulillah sebab penat yang berbaloi.Ececece!
Maka set the date,kuar dating dengan Dr.Elmisya a.k.a Kak Sya.Bawak anak masing-masing.Actually Damia dan Esh ni lahir bulan sama.Damia 13 Jan,Esh 28 Jan.Elok sangat la.Tahun depan kita plan celebrate birthday sama-sama la.Hihihi!
Location melepakss haritu adalah kat area Pantai Batu Buruk.Dah kat area sini mana la lagi tempat aku nak pergi.Playground yang ada kat sekitar area rumah aku tu pun orang cakap ibarat hidup segan mati tak mahu.Takde maintanence langsung.Nak tunggu ada budak terodok besi agaknya baru nak baiki.Tapi kalau ikutkan Damia suka je kalau bawak ke pantai cuma aku tak tahan nak bilas anak lepas mandi laut plus tak tahan dengan pasir-pasir tu la.Kotor kereta maaa.Amboi.Taknak kotor kereta simpan dalam frame la yer.
Maka lepas Asar kitorg pun gerak la ke Batu Buruk.Sampai-sampai je punyalah ramai orang dah macam ada pesta pulak rasa.Rupanya ada concert malam tu dan petang tu kononnya diorang ngah buat soundcheck la.Dah la main lagu ntah hapa2.Eh,sempat lagi pasang telinga.Maka ramai la mat-mat rempit dengan motor memasing pastu mana yang bawak family,yang datang dengan kengkawan,yang datang dengan buah hati,pendek cerita mmg ramai la sampai sesak gila kawasan tu.Haddoi!Kereta berpusu-pusu masuk.Jammed woi plus dah ramai orang time tu jugak la abang-abang,kakak-kakak JPJ nak buat roadblock.Hmmm...Memang wrong timing betul la haritu.
Tapi bila tengok muka anak yang excited maka layankan sajer la.Terus cair hatiku ini.Actually aku tak suka sgt datang tempat crowded mcm ni.Rimas.Amboi,sombongnya statement.Hihihi!Kalau ketempat lain boleh pulak bertahan yer.
Sampai-sampai je terus cari kuda.Ia adalah memenuhi kehendak anakanda yang tak habis-habis dok ulang nak naik horse sampai fed up aku nak duk iya,iya,iya.
Maka lepas Asar kitorg pun gerak la ke Batu Buruk.Sampai-sampai je punyalah ramai orang dah macam ada pesta pulak rasa.Rupanya ada concert malam tu dan petang tu kononnya diorang ngah buat soundcheck la.Dah la main lagu ntah hapa2.Eh,sempat lagi pasang telinga.Maka ramai la mat-mat rempit dengan motor memasing pastu mana yang bawak family,yang datang dengan kengkawan,yang datang dengan buah hati,pendek cerita mmg ramai la sampai sesak gila kawasan tu.Haddoi!Kereta berpusu-pusu masuk.Jammed woi plus dah ramai orang time tu jugak la abang-abang,kakak-kakak JPJ nak buat roadblock.Hmmm...Memang wrong timing betul la haritu.
Tapi bila tengok muka anak yang excited maka layankan sajer la.Terus cair hatiku ini.Actually aku tak suka sgt datang tempat crowded mcm ni.Rimas.Amboi,sombongnya statement.Hihihi!Kalau ketempat lain boleh pulak bertahan yer.
Sampai-sampai je terus cari kuda.Ia adalah memenuhi kehendak anakanda yang tak habis-habis dok ulang nak naik horse sampai fed up aku nak duk iya,iya,iya.
Maka kitorang pun naik la kereta kuda kuda dulu.Orang jer ramai kat situ tapi nak naik kereta kuda takyah beratur sebab tak ramai yang nak naik.Caj dia pulak untuk budak-budak RM3,dewasa RM5 untuk 2 rounds yang sangat tak berbaloi.Dekat gilerr hoi.Cekik darah I tell u.Hahaha!Ibarat kalau kentut tak hilang lagi bau dah cukup dua rounds dia.Hahaha!Tapi mmg lepas2 nih jangan harap la aku nak naik lagi kecuali anak aku guling-guling meraung nak naik.
Tapi memang jelas la keterujaan pada riak muka bebudak ni.Mmg diorang nampak happy sesangat.Dok "Hi,horse!Hi,horse!".Itu Damia la dan sesekali Esh pulak yang celah.Nampak horse jer jerit,nampak kite jer jerit,pendek kata semua nak jerit.
Naik kereta kuda kuning lagi.Awww!
Lepas tu baru main kat playground.Damia mmg teruja tapi lepas dia turun satu slide tetiba dia jatuh kat pasir habis kotor baju dan Damia memang perangai dia kalau baju kotor,dia punya excited tu jadi down lepas tu mula la main gitu-gitu je.Maybe dia dah start rasa geli kot.
Main jongkang-jongket.Btol ke aku eja nih??Tapi kejap je lepas tu nak naik frog pulak.Alahai!Tapi cuba tgk condition mainan tu,agak-agak selamat tak sebenarnya untuk bebudak main.100% besi ok.Berkarat pulak tu.
Seronok tgk diorang main slide.Esh paling kelakar mula-mula sekali dia turun slide tu turun kepala dulu.Hihihi!Boy will always be boy.Nakal tapi comel.Damia as usual,malu-malu dulu tapi lepas tu baru ok.
Aku tunggu bawah nak snap pic Damia.Sekali yang aku snap rupanya budak lain yang turun dari slide tu.Anak saper ntah.Hahaha!Muka budak ni kemain excited orang snap pic dia.Aku ingat anak aku yang turun dari slide tu.Rupanya Damia berdiri kat tepi je bagi orang lain turun dulu.Bagus betul la.
Kak Sya belanja naik kereta kuda lepas tu belanja belon angry bird pulak untuk Damia.Adus!Segan pulak aku rasa.Hihihi!Tu Esh buat aksi sket.Hihihihi!
Lepas dah main kat playground tu,moh la kita berhenti minum air kelapa kat stall MBKT kat area Batu Buruk tu.Aku kalau makanan yang goreng-goreng yg display kat atas meja tu aku kureng sikit sebab dia terdedah sangat.Ntah brape jam la terdedah macam tu.So order air kelapa atau kat Trg ni kita sebut air nyor jer la.Nak makan perut macam kenyang lagi.Lepas tu order ice cream goreng pulak.Not bad la rasa dia cuma aku lagi suka ice cream goreng kat area UMT.Best lagi kalau nak compare yg ni.Cuma aku duk fikir sesuai ke tak sebenarnya daun salad tu sebagai hiasan.Hahaha!
Duk seronok sangat sembang dengan Kak Sya tiba cari anak sendiri kat mana dan rupanya Damia duk kat sebelah aku je tapi ngah berteleku macam ni.Bagi makan taknak.Cuma rasa sikit je ice cream lepas tu tak mau dah.
Kesian pulak aku tengok dia duk berteleku macam ni sambil pandang orang meja sebelah.Dia pandang ayah budak sebelah yang tengah layan anak dia makan.Rindu kat ayahanda la tu kot.Kesian pulak aku rasa.Dah la hari-hari sebut rindu ayahanda.Adui!Ni nak nangis nih.Ngengada btol.Sigh!****
Damia oh Damia!Tapi mungkin dia penat juga agaknya itu yang macam tak larat nak gerak sana sini tu.Ok la.Itu je la cerita petang Jumaat kami pada hari itu.Lepas minum singgah umah Kak Sya sbb kalau straight balik rumah confirm tak sempat maghrib.Bila dah singgah,Kak Sya serve pulak rainbow cake yang mabeles,sambung la lepaksss kami until pukul 10 lebih baru angkat punggung minta diri.Itupun sbb fikir Damia tak mandi lagi.Bagus betul mak lagu ni.Kalau anak dah settle mau panjang lagi sembang kami.Maklum la jarang-jarang berjumpa.Tapi seronok la juga.Aku ni kalau asyik sibuk pasal kedai sesekali spend masa dengan kenkawan tu kurang-kurang hilanglah stress aku sikit.Ok la.Itu sahaja.Bai.
No comments:
Post a Comment