Sesuatu yang sepatutnya interesting tapi jadi hambar kalau kita terlampau bias dalam memberi pendapat ~

Aku bukan nak condemn cuma aku nak luah rasa tak puas hati aku....sbb aku ni jenis tak boleh simpan kemarahan lama-lama.Hihihi!

Blog kan satu medium aku lempiaskan stress aku.Stop.

Aku selalu fikir apa-apa keadaan pun,two way communication tidak akan berjaya kalau satu pihak adalah bersikap bias.Serious aku rasa rimas.Dan aku rasa lagi senang kalau satu pihak itu bercakap,luahkan pendapat dan tak perlu susahkan diri mintak pendapat orang lain kalau merasakan setiap pandangan orang lain tu adalah nonsense.

Dan aku rasa mmg susah sebenarnya nak berdiskusi dengan orang yang merasakan hanya pandangan dia sahaja yang betul.

Seorang lecturer aku pernah berkata,"Lontarkan sahaja apa pandangan kamu,apa pendirian kamu kerana saya tidak berhak untuk mengatakan ia adalah salah kerana itu apa yang kamu fikirkan".Dan bila masuk ke tahap perbincangan,barulah menegur atau membetulkan semula seandainya apa yang dikatakan sememangnya adalah salah.

Dan aku hanya bertanya dan minta pandangan dari dia namun dah la jawapan yang diberi tak relate dengan soalan,balik-balik aku pulak kena soal kononnya critical thinking la sangat.Dan ada seorang tu jwb,mmg salah tapi tak perlulah dicondemn terus dan baru aku faham kenapa seisi dewan hanya membatu seribu bahasa.

Dan bagaimana aku nak jawab kalau yang ditanya bukan based on question yang aku tanya.Aku tanya pasal quality tapi jawapan yang diberi adalah tentang price.Dah la tu,jawapan yang diberi tu bias lak tu.Aduh!Dah la tu.....ada lagi.Ditanya aku soalan yang bertubi-tubi....seolah nak tutup persoalan aku yang mula-mula tadi.Dan aku seperti biasa,soalan yg aku tanya kalau aku tak dapat penjelasan yg jelas sampai aku faham mmg aku tak puas hati tapi nak buat mcm mana,member sebelah suruh aku tutup mulut sbb aku dah mcm memanaskan keadaan je.Lebih-lebih sangat karang failed baru tahu.Huhuhu!

Dan satu comparison yg dibaginya ibarat menyamakan langit dengan bumi.Sememangnya tak terbanding.Kalau nak banding pun biarlah sekufu.Senyum jer la aku.

Dan aku tak faham kenapa orang yang cerdik pandai ni tapi tak semua la mcm ni,bila sesuatu tidak memihak padanya,sedaya upaya ditegakkan juga walau benda tu adalah salah dan dia mesti dapat jangka sooner or later orang akan question balik apa yang dikatakannya.

Aku ambik contoh statement dari PM kita je la yer: 

"Ekonomi Malaysia naik sebanyak 5.2 peratus berbanding Cambodia"

Please la Najib.Kalau kau banding dengan Singapore atau Brunei senang hati jugak aku accept tp ini...lu fikir la sendiri.Untuk orang yang sekolah tak habis boleh la tepuk tgn sekuat hati bila dengar statement kau ni.

Aku yang dengar pun tak tahu samada nak menangis atau nak ketawa.Dan itu la contoh jawapan yang aku dapat tadi.Haru ok.Haru.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You