Mother's Day tahun ni aku tak merempan sangat duk wish sana wish sini.Eh,mcm setiap tahun aku duk sibuk sangat nak celebrate ke apa cuma aku mmg PERNAH celebrate Mother's Day ni dengan membelikan hadiah kat mak aku.Entah kenapa tahun ni aku nak buat diam je dulu dan seperti biasa aku just tunggu je orang yang akan update status kat FB pasal ni.Jeng!Jeng!Jeng!
Bulan lepas ke atau bulan lepas lagi satu,tapi aku mcm ingat-ingat lupa la.Tapi seingat aku mcm pernah terpegang satu brochure promotion sempena sambutan Hari Ibu ni dimana dia ada special offer makan kat Ri-Yaz Heritage Resort & Spa tu.Memandangkan aku mmg ada kad ahli (bkn ahli UMNO) kononnya,mmg aku tak manfaatkan sgt coupon yg telah diberi.Takde geng masalahnya.Maksudnya still ada lagi la coupon makan dengan potongan harga yang belum aku guna.Maka kononya berkira-kira nak bwk mak kite kesana.
Tapi bila masuk bulan May,lepas aku terbaca satu pos dari seorang blogger ini yang mengatakan orang kita ni seolah-olah kalau benda yang tak menguntungkan dia,barulah nak merempan membabi buta tapi kalau benda tu menguntungkan dipihak dia,mmg dia diamkan sahaja la.Menurut blogger tu org Islam di tegah sambut Valentines sbb tu sambuatn utk orang bukan Islam tapi bila 1 May takde pulak orang bising walhal tarikh tu juga ada kaitan dengan keagamaan Kristian juga rasanya tapi takde pulak orang nak bising sbb that day dapat cuti.Tapi aku rasa mcm hampir separuh dunia kot cuti pada tarikh tu.Tapi aku tak pasti la.Aku just ambik bulat-bulat kata-kata dari blogger tu.Tapi andainya betul,aku setuju jugak la apa yang cuba nak disampaikan oleh blogger tersebut.
Maka bila dekat2 tarikh Mother's Day,aku pun buat-buat bodoh je la dgn tak wish,tak plan any special dinner whatsoever.Dan seperti biasa aku tunggu orang up status di FB.Pandangan pertama berkenaan Mother's Day yang aku baca adalah dari blog Kereta Mayat.Penulisnya mengatakan tak salah pun nak celebrates just untuk menghargai ibu kita.So takyah la nak merempan tak tentu pasal.Itu pendapat beliau dan mungkin benda-benda mcm ni depends pada niat kita.Lepas tu baru ada orang up status kat FB pulak dan kata-kata tu dipetik dari Ustaz Azhar Idrus yg mengatakan sambutan Mother's Day adalah haram.
Dan kat sini aku nak relate dengan apa yang pernah berlaku pada aku waktu tarikh orang duk sibuk pasal Valentines hari tu.Actually selama 4 tahun kahwin ni kami mmg tak pernah celebrates Valentines.Dua tahun berkawan dulu pun tak pernah juga kami celebrates Valentines.That's mean Valentines means nothing for us dan plus dah tahu menyambutnya adalah haram.
Jadi kebetulan pulak waktu kitorang g 1Utama pada hari kejadian,senang ckp kami pergi shopping,tetiba Ariey stop kat kaunter Diamond Platinum yang kebetulan diorang bukak mcm satu kaunter kecik kat tengah-tengah laluan kat level tu sempena Valentines.Jadi kononya sempena Valentines tu mmg diorang buat offer kaw2 la that's mean harga yang diorang offer pun haruslah murah sikit dari harga biasa.Aku ckp murah sikit sbb diskaun dia bg 20% jer.Chait!Kalau 50% baru berbaloi.Gila kau.Hahaha!
Dan aku taktau apa motif si Ariey ni g duk situ.Cari nahas letttewww.Mula-mula aku buat la mcm muka tak kesah.Eh,bukan.Buat muka takde perasaan.Tapi bila dia senyum-senyum meleret pastu panggil aku suruh pilih,eh,bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal,berdesup aku pergi.Nampak sgt rakus = ) Prinsip aku,dah dia offer cepat-cepat la amik peluang.Buat dia tetibe ubah fikiran baru nak nangis sorang-sorang dalam selimut.Hihihi!
Dah pilih mana berkenaan,dah bayar,eh,salesperson dia tu suruh aku masuk contest pulak.Katanya sempena Valentines so express the feeling to pasangan kita dan ayat paling superb akan dipilih untuk dapat hadiah misteri.Aku pun dah orang sua,aku start la tulis until abah aku tegur ni sempena Valentines ni.Kita Islam mana boleh sambut.Aku pun macam,eh,betul jugak.So aku cakap la kat abah aku,aku tak niat apa-apa pun just pakai tulis je.Boleh?Ke dah mcm takde pendirian?Sila tegur aku kalau aku salah.Dan kalau dah kebetulan waktu tu ada offer so Ariey beli cincin untuk aku tu tanpa niat sempena Valentines ke apa.Anggap la kalau bukan Valentines pun dia mmg akan beli sbb dia pernah janji cuma haritu aku macam tetiba tak ingat janji manismu yang pernah ditaburkan olehnya itu.Jadi thanks la for reminds me.Hihihihi!
Sesi pilih,pastu dengar penerangan,pastu pujuk suruh kasik murah lagik,pastu pow air mineral byk-byk,pastu sedih pulak tgk suami sendiri kena layan Damia yang sibuk sama nak tengok sama,pastu sedih sikit time suami nak bayar.Sedih bukan sebab fikir duit melayang tapi sedih andai la tetibe member tu ubah fikiran.Oh no!Hahahah!Cuma aku harap situasi aku ini tidak melambangkan aku bersama meraikannya.Takde niat pun.Just kebetulan.Mcm member aku,tarikh kahwin jatuh 14 Feb tapi katanya bukan sbb tarikh tu tapi kebetulan tarikh ikut kiraan Islam dimana elok untuk dipilih sebagai tarikh kahwin dia kebetulan jatuh pada 14 Feb.
Sebelum nak tinggalkan tempat tu,dibaginya pulak bunga dengan coklat tu kat aku.Siap sebut "Happy Valentines Day".Tapi aku tak jwb apa-apa even ckp thank u pun tak sbb aku pun rasa mcm serba salah jugak.Dan loket kat sebelah tu bukan aku beli tapi diberi percuma sebab dah beli cincinkan.Kalau tgk harga dalam RM500 lebih tapi tak tahu la kalau diorang sajer letak price tu sbb of cos la kita rasa seronok.Ingat senang orang nak bagi free-free mcm tu plus kalau aku mmg confirm tak akan beli punya. loket lagu tu.Dah barang free,jangan cakap banyak,ambik je kalau orang dah bagi.
Jadi konklusinya pada aku,no more celebration for Mother's Day.Apa kata aku celebrates mak aku bila-bila masa sahaja tak payah tunggu Mother's Day bagai baru nak express rasa sayang pada dia sbb aku rasa untuk discount makan di tempat exclusive pun tak tunggu Mother's Day sahaja,waktu-waktu lain pun ada offer plus aku sendiri ada kad yang aku boleh dapat discount makan kalau nak makan sampai pecah perut pun takpe dan kad tu valid dikebanyakan hotel seluruh dunia.Amboi!Kecikkan sikit geografinya,special discount juga untuk makan dihotel dalam Malaysia pun byk.Aku point hotel sbb kat hotel la antara tempat yang esklusif plus kat Terengganu ni kat mana lagi??Ini bukan KL,Penang or Johor yang mana berlambak-lambak tmpat mkn esklusif.Kata nak special sgt kan?
Jadi pada aku,tak perlulah aku nak mulakan ritual makan besar pd hari Mother's Day sbb nnt kalau Damia dah besar dan faham,dia akan buat perkara yang sama juga.Jadi apa kata terapkan pada anak-anak aku nanti,baik Mother's Day ke,Father's Day ke tak perlu.Kamu boleh express kan perasaan kasih sayang tu sepanjang tahun dan tak perlu la nak tunggu setiap hari tertentu aje br nak celebrates.Hari biasa pun boleh jadi special kalau kita keluar makan ramai-ramai.Surprise adalah lebih digalakkan.Hahaha!Jadi aku start tahun ni la.Sebelum-sebelum ni kalau aku dah pernah menyambut tu,nak buat mcm mana.Serious aku tak tahu dan bila dah tahu takmau la buat.
Tapi ada satu lagi yang bermain kat kepala otak aku tentang hukum sambutan hari lahir pulak.Apa hukum ek?Siapa tahu boleh share kat sini.Thank you.
No comments:
Post a Comment