Tadi rasanya masih dengar lagi suara dia yang minta itu,minta ini,
Saya diam je sbb kalau dilayan kebarangkalian dia turun semula dari katil adalah besar,
Macam tadi,
Berkali-kali disuruh tidur,
Tiba-tiba hulur buku dia ajak saya membaca bersama,
Damia oh!Damia,
Makin hari makin petah,
Sungguh tadi masih dengar suara dia menggomel sendiri,
10 minit kemudian rasanya..............diam,
Patut la.................dah masuk alam mimpi
Sebelum tidur tadi macam-macam request,
Nak pillow star la,nak blanket la,lepas tu anak-anak dia kena complete ada.Mesti ada fish,BoBo,Spongebob,Baby dan Bear.Tak cukup salah satu mengamuk.
Damia oh!Damia,
Cepatnya dia membesar
Teringat waktu dia masih bayi,saya cukup pantang kalau Ariey dukung Damia kemudian ulit anak supaya tidur atas dukungan. Saya sangat risau takut menyusahkan saya kelak kerana saya juga seorang pelajar bermakna kalau 100% tenaga saya ada,ia harus dibahagikan sama rata.Saya ingin Damia berdikari.Belajar untuk tidur sendiri.
Tak sangka pula tindakan saya itu buat suami terasa kerana pada dia bukan 24 jam dia bersama anak.Pulangnya yang sekali-sekali.Ok.Saya akur.
Inilah cara dia tidurkan anak sampai anak dah 10 kg pun nak tidurkan macam ni juga.Saya mmg awal-awal lagi surrender tapi dia setakat bersungut penat je la tapi esok-esok ulang cara sama.
Maka saya terpaksa beli ini walau ramai advise kata better don't.Siap pakai yang elektrik lagi.Hmm...habis nak buat macam mana kalau budak kecik ni dah terbiasa diulit atas dukungan dari hari pertama lahir oleh ayahnya.Maka kalau letak atas katil dia tidurnya jadi tak lama.Arghhh....dan no wonder la umur dia tak sampai setahun saya dah lipat katil kayu tu simpan.Kadang-kadang fungsi katil tu dah mcm playpen dia pun ada..
Space bilik yang tak berapa besar,so saya simpan sahaja la katil ni sbb Damia bila terbiasa tidur dipeluk,dia mmg nak tidur sama dengan kami.Dah cuba asingkan tapi tak berjaya sbb saya jenis tak boleh dengar anak nangis lama-lama.Tak sampai hati.
Maka Damia mmg tidur satu katil dengan kami.
Tapi alhamdulillah baru-baru ini saya dah berjaya pisahkan dia dengan buai dia.Hihihi!
Caranya adalah dengan beritahu dia buai rosak lepas tu cabut satu-satu besi buai depan dia.Alhamdulillah dia faham dan sekarang dah tak nangis nak tidur dalam buai.Kalau tengahari ngantuk je mesti ajak masuk bilik nak tidur atas katil.Damia ni jenis disiplin sikit.Kalau nak tidur mesti atas katil.Dia tak suka letak dia kat hall mcm depan tv or atas sofa.Dia jenis budak yang segala benda nak proper macam tak boleh pijak lantai luar rumah dengan kaki ayam nanti kotor kaki katanya.Kena pakai selipar atau kasut dulu baru boleh keluar.Adoi!Tapi takpe la.Bagus la kalau dia dah rasa macam tu sbb tu saya jaga setiap apa yang saya nak buat coz dia cepat copy balik.
Kadang-kadang anak kecil ni kita tak perlu nak fikir helah dengan harapan dia dah tak fikir sesuatu benda tu.Pada saya just beritahu hal yang sebenar sahaja sbb anak-anak kecil ni mereka faham sebenarnya cuma tak tahu untuk membalas semula.
Ramai tanya saya apa petua saya pisah susu badan.Ok.Damia menyusu badan sehingga 1 tahun 11 bulan.Lagi 1 bulan nak masuk 2 tahun saya stop.Mula-mula ada juga guna petua sapu kopi kat breast tp mula-mula je dia reject,lepas tu dia pandai,dia lap kain,rasa pahit hilang,hisap balik.Amboi!
Dan saya pun tak selesa sebab baju jadi kotor dan ada bau kopi.Last-last bila fed up,saya terangkan sahaja pada Damia kenapa dia dah takleh minum susu badan.
Alhamdulillah dia berhenti sendiri seolah-olah faham dengan explanation saya tanpa ada simpton murung ke,nak demam ke.Langsung tak ada.Berhenti dengan gembiranya cuma adalah sekali-sekali datang angin gatal nak nenen tu.Dah nama budak-budak.So itu sahaja la.Bai.
No comments:
Post a Comment