Kenduri

Musim cuti sekolah mesti akan jadi musim orang kahwin juga.Maka 26 hb May 2012 ini,saya dapat 3 jemputan kahwin tapi yang sedihnya dapat attend dua je sbb satu lagi tak tahu location kat mana sbb printer rosak so tak dapat nak print gambar locationnya maklum la pakai main invite melalui FB je : ).Bila tunjuk address kat abang kita laju je jwb dia bukan posmen yang expert semua jalan.Ingat pakai tunjuk alamat dia tahu ke?Hohoho.Ah!Malas la nak gaduh dengan dia ni memandangkan haritu dia jadi driver kita sbb malas nak drive kereta banyak musim cuti sekolah ni.Alasan.

Satu tu dari kawan kolej saya dia ada invite through FB tapi dia ada send juga card by post so senang la nak mencari rumahnya kat mana.Seorang lagi pun jemput via FB tapi  memandangkan dia mmg kawan sekolah rendah so mmg dah tahu rumah dia kat mana.Cuma yang seorang lagi without card,printer saya yang rosak dan alamat yang tak berapa familiar pada saya.Dia ada bagi no phone tp kalau last minutes preparation,rasanya saya mmg tak dapat attend la majlis dia.Maaflah.Satu lagi saya fikir takkan pengantin nak pegang hp je manjang.Refer diri sendiri time kawin dulu,tak adanya nak peduli hp bagai dah orang baru dapat laki katakan.Hahaha!

Tapi saya sentiasa rasa terharu setiap kali mendapat jemputan dari kawan-kawan.Sebab saya rasa seolah-olah orang masih ingat pada kita.Tapi bukan sebab saya perasan femes macam Fasha Sandha ke apa.Tidak,tidak,tidak.

Saya mmg sibuk sepanjang minggu jadi tak sempat nak beli hadiah.Tapi kalau pergi kenduri orang tanpa bawak hadiah memang lagi rasa tak kena.Saya tak biasa nak hulur-hulur duit buatnya makcik tu hulur balik kat kita.Oh!Tapi kalau bwk present org akan ambik.Takdenya dia cakap,"Dik ambik balik la hadiah ni.Acik rasa macam dah banyak sangat dah orang bagi nih.".Tak adanya.

Dalam kepala duk fikir apa la hadiah yang nak dibagi pada mereka nanti.Maka tadi ajak abang stop dekat Pustaka Seri Intan yang jual barang-barang stationery.Masuk2 je nampak dua kotak cantik terus datang idea untuk bagi hadiah kain pasang.Sederet kedai ni pulak ada kedai kain.Ok cantik.Takyah fikir nak bungkus ke apa,beli kain dua pasang pastu dumkan je masuk dalam kotak.Beli kad,masuk terus dalam kotak tu jugak.Tutup kotak selesai.

Ini dia present yang baru dibeli tadi.Next time dah ada idea la kalau kwn-kwn lain kahwin nak bagi apa.Hihihi!Maksud kita kalau beli kotak macam ni senang.Isi tu tukar la takkan nak bagi kain pasang je manjang.Karang jadi trademark pulak karang.Hahaha!Kengkawan kita ni bukan boleh kira.Diorng ni takdenya jenis tangan kanan hulur tangan kiri tak tahu,tapi ni jenis tangan kanan hulur tangan orang lain pun tahu sama.Heh!

Tapi yang kotak merah atas tu dalam kereta baru perasan macam tak seswaiii je sebab tulis I Love U.Tapi dah beli takkan nak g tukar balik.Layankan saje la.Jangan malam karang diorang gaduh laki bini sudahlah hanya sebab word kat kotak tu sudahlah!

Maka inilah pic kawan-kawan kita.Biru sebelah kiri yang lelaki tu kawan satu kolej tapi lain course.Memandangkan dia rapat dengan suami kita sbb diorang sama-sama foundation dan satu lagi dia adalah antara yang kena pegang dulang hantaran bagi pihak lelaki waktu kami kahwin dulu,maka bila dia kahwin turn kita pula datang meraikan.Kalau ikutkan majlis sebelah lelaki rasanya next week di Cheneh,tapi awal2 lagi kita mention susah nak kesana sebab takde orang nak temankan,jadi kita mintak nak datang yang majlis sebelah perempuan.Tarra hal!

Baju pink tu pulak kawan dari sekolah rendah iaitu Hidayah.Satu kelas masa darjah 5 dan 6.Macam comel je rasa bila jumpa balik kawan-kawan sekolah rendah.Hihihi!

Cuma ralat la sbb kawin Nizam tak dapat attend.Nun sebelah Manir sana.Kalau dapat attend kesemua mmg rasa lega sbb orang dah jemput tambahan lagi kat area Terengganu je pun.Takpe la.Nanti msg dia say sorry  = )

Apapun,tahniah untuk mereka-mereka ini.Selamat menempuh ke alam rumahtangga dan semoga perkahwinan ini diberkati olehNya selamanya.Amin.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You