La...la...la...la.....

Perasan tak lately entry aku balik-balik cerita pasal penat.Dah memang penat nak buat macam mana.Takkan aku penat nak bagitahu semua orang aku tak penat.Tapi masalahnya ada orang kesah ke aku penat atau tak penat?Hahaha.Syok sendiri.

Ok.Aku penat.See?Nak mention jugak lagi.Aku harap sangat kepenatan aku ni dapat diminimizekan selepas hari Sabtu ni.Kenapa Sabtu?Sehari sebelum Sabtu la aku mention kenapa.Tapi lagi sekali,ada orang kesah ke?Hahahaha!

Ok.Lately kepenatan aku ni mmg tak terucap la.Tambah lagi kat dalam kepala hotak aku ni macam-macam benda nak difikirkan.1001 benda sampai ada masa tertentu aku tak mampu nak lelapkan mata walaupun aku penat.Again.Sigh!

Aku perasan dengan diri aku bila aku terlampau banyak benda yang aku nak kena fikir,secara automatik aku akan hilang fokus pada sesuatu benda.Hahaha!

Macam yang berlaku baru-baru ni,aku ada pergi satu kedai computer dan tujuannya adalah nak beli printer tapi pada masa yang sama aku pun tengah mencari tempat untuk fax surat aku.Dan dalam masa yang sama juga aku nak pergi beli barang kedai.See?Tak ke banyak tu benda yang aku nak buat.

Maka lepas pilih printer yang berkenan,waktu nak membayar tu ternampak pulak mesin fax terus tanya staff perempuan kat situ.Chinese girl.

Speaking kau.Kemain okeh.Feeling-feeling dok obersi la katakan.Kelllasss kau Jah.

Ayat aku lebih kurang macam ni la,"Do u have a sex service?",confident okeh.Agak-agak la kan.

Pastu terus,"Eh!Eh!Sorry.I mean fax!',adoi!Malu betul.Tak tahu la mana aku nak tala muka time tu.Tapi nasib la budak tu mcm tak ambik port sangat.Itu kalau aku ni jantan yang berkata-kata memang dah kena claimed sexual harassment dah rasanya.Aduh!Kau kenapa tetiba keluar word sex pulak.Eh,sedar tak sedar dah nak masuk tiga bulan tak jumpa suami.Motif??Kahkahkah!

Nota mintak kaki:Aku dah mati akal setiap kali nak fikir tajuk entry.Ini serious : |


3 comments:

Rafhani said...

Mengong...hahahahahaha.tau lah PJJ,jgn lah gitu sekali.Lagi sekali...mengong..hahahahaha

Anonymous said...

kah kah kah..
haruskah disebutnya sebegitu???

sungguh murbahayaa..

kakakakak..

ehem2..sila bsaba!

Syafinaz said...

Nok buat guane Sarah.Nk sebut lain,benda lain hok keluor.Hihihihi!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You