Seperti biasa tajuk entry takmau kalah..........................dan seperti biasa juga tajuk entry jarang sekali relate dengan cerita.Sekian.
Lately Damia susah betul nak masuk tidur malam sejak dua menjak nih.Tak tahu la kenapa lately dia macam terlebih energy.Nak kata terlebih gula,tak ada pulak bagi dia makan manis-manis.Tak ada sua gula-gula,jauh sekali bagi makan ice cream.Coklat pun idok.
Tapi dia punya energy macam terlebih-lebih.Elok pass kat aku nih sikit sbb terbalik pulak sekarang ni.Aku je yang asyik tak cukup energy.Mata layu je manjang.Bayangkan sepanjang hari berlari,melompat,kehulu-kehilir tak penat langsung.Dia diam kalau tidur lepas tu tidur petang kejap-kejap je dah sekarang.
Kalau dia jaga paling lama dia boleh bertahan tak bergerak dalam setengah jam je.Itu kalau cerita kat tv dia rasa best ataupun time tu adalah waktu minum susu.Eh.Makin aktif,susu pun makin kuat minum.Sekarang ni 3 tin besar wajib setiap bulan.1 tin besar yang 1.8kg tu.Tuk..tuk..tuk..kira kat kalkulator..............perghhhh!Average susu anak aku minum sebulan adalah sebanyak 5.4 kg.Mak aih!Nasik takmau makan.Susu jer lebeyyy..
Biasanya kalau sua nasik dia akan buat muka macam ni....
Cute sangat lewwtewww.............kadang-kadang hangin jugak aku.Mana tidak,beria aku decorate bagai food dia,last-last dia Hi Hi Bye Bye je.Lagi kecik hati kalau dia cabut lari bila nampak aku bawak pinggan nak suap makan.
Kadang-kadang rasa jeles jugak tgk anak orang lain suka makan tapi bila cousin aku tegur buat apa la sibuk sangat nak sua anak makan kalau dia tolak then dia mmg dah cukup dengan susu dia tu.Betul jugak sbb kalau tgk Damia pun bukan anak aku tu kurus kering tak cukup zat.Alhamdulillah sihat Allah swt bagi,dah la jarang dapat selsema or demam.
Tapi ada betul juga cakap cousin aku tu.Asuh anak makan berpada-pada dan jangan sampai tahap diorang suka makan dan nangis kalau tak dapat makan.Lepas tu badan naik bam bam bam.Kecik-kecik comel la tembam,besar nanti kalau tembam jugak nanti diketawakan orang pulak.Takut juga self esteem anak tu down pulak kang.Hmmm...
Dan doctor pun cakap kapasiti perut bdk kecik tak sama dgn orang dewasa.Of cos la kan dan sbb tu jangan duk sibuk sangat nak suap anak makan kalau baby tu still bawah 6 bulan.Tapi kalau orang tua-tua tak fikir macam tu.Nak follow jugak teori diorang yang mengatakan budak tu tak cukup makan sbb tu nangis.Lepas tu bagi statement takleh nak blah,"Bapak kau aku kasi makan dari umur dua bulan elok je".Hahaha!Iyalah.Tak terkena elok la.Kalau terkena macam satu kes mak suap anak makan time budak tu tak sampai 6 bulan,usus rosak teruk pastu OKU sampai sekarang.Nak menyesal tak guna sbb dah terjadi tapi boleh jadi pengajaran bagi yang lain.Kalau doktor advise jangan bagi tu,kira jangan la kalau dah diorang buat kajian.Tapi kalau ikutkan semua yang terjadi kerja tuhan.Tapi kita ni kurang-kurang manfaat la sikit otak yang tuhan bagi.Ada otak fikir.Aku boleh accept la kalau zaman tok moyang kita dulu susu formula takde dan kalau susu badan tak cukup maka disua juga kat anak tu makan.Tapi zaman sekarang dah tak macam dulu.
Eh,dah jadi perbincangan Tanya Pakar la pulak.Asalnya tadi aku cuma nak merungut pasal Damia yang susah tidur jer pun.Suka je lari tajuk.
Balik pada cerita Damia yang susah tidur kadang-kadang mmg buat aku angin.Mana tak angin kalau dia takmau tidur sekalipun atau nak ngantuk tahap takleh bukak mata baru nak tidur,aku boleh accept,dan kalau tak kacau aku takpe la jugak.Tapi ini ganggu aku buat kerja.Kerja sangat la kan?FB,blogging bagai.Hahaha!Eceh!Ada la kerja.Hal kedai aku tak settle lagi.
Penat tau aku hari-hari nak kena paksa dia tidur.Kalau aku cakap lembut suruh dia tidur,digelakkan sahaja aku ni.
Sekali bila aku jadi ni...............................
Sources Yahoo!
.........................Terus tidur tak berani pusing-pusing dah.
1 comment:
Pakai skill aku napok?hehehehe
Post a Comment