Resepi:Puding Roti

Assalamualaikum,

Haish!Lately rajin pulak update blog.
Bila rajin,entry hari-hari,bila malas satu entry satu bulan tu macam dah rajin sangat2 dah.
Hahaha!Tapi macam ada orang kesah.
Takpelah.Tujuan I blog pun sebab I memang suka pot pet pot pet even kat real life pun bukan kategori orang yang pendiam.
Ada jer benda nak pot pet pot pet.
Jadi kat dunia maya pun nak pot pet pot pet jugak.Dasar.

Phew!Semalam takde aktiviti sangat,oh,I mean yang bermanfaat la.Hahaha!
Selain tengahari pergi jumpa kawan sekejap kat KFC near the house nih,lepas tu punyalah takde kerja pergi pasar.
Niat asal nak cari buah anggur.Ni tips dari penjual buah tu jugak.
Katanya nak elak anak yang baru lahir dari terkena jaundice adalah dengan mak dia makan anggur hitam dah dekat2 nak bersalin tu.Katanya.So I just nak cuba jer la.Mana tahu berhasil.
Tapi Damia dulu x lama pun kena jaundice.Tak lama dan tak tinggi.
Second baby ni kalau tak kena terus lagi bagus.Hihihihi!Harapnya macam tu la hendaknya.

So niatnya mcm tu la.Pergi pasar pasal nak beli anggur jer tapi dah dapat penyakit abah,tiap kali pergi pasar mesti lama.Hahaha!Apa yang dibuat?
Hihihihi!Kalau dah parking punggung baik punya kat gerai tu,confirm la duk bersembang.
I duk pot pet pot pet dengan yang jual buah tu.
Untung duk pot pet pot pet,dapat lagi buah tangan dari penjual buah tu.
Akak tu bagi asam keping kering yang dia bikin sendiri.Banyak jugak tu.
Dah la asam keping kering sekarang agak mahal jugak harganya.
Pantang dioffer,berdesup terima.Hihihi!

Lama jugak duk lepak situ.Seronok pulak pepetang duk kat pasar tu sembang2 sambil tgk orang keluar masuk ke pasar : )
Ok.Habis cerita aktiviti senggang petang Sabtu.Sejak habis belajar ni mcm ni la aktiviti I.Tak tentu.Bawak jer kaki ke mana-mana.

Ok harini rasa nak kongsi resepi mudah Puding Roti.Actually ni last two week punya cerita tapi baru nak share harini.
My cousin buat farewell party la kononnya sempena nak further study ke UK.So I ni kalau pergi majllis saudara-mara yang rapat ni,rasa tak best pulak datang dengan tangan kosong je.
Tapi nak masak dessert yang rumit nak prepare,dah tak larat mana.So I masak Puding Roti jer la sebab ini adalah dessert yang senang amat.

Maka,sebut Puding Roti,mestilah kena ada roti.So ambik la beberapa keping roti based on berapa banyak kita nak bikin.Lagi besar bekas lagi banyak roti nak kena guna.I tak carik-carikkan,tapi rajin pulak nak potong roti macam ni.Certain peoples dia suka buang yang kat tepi tu,tapi I mmg tak buang sbb membazir.Siapa nak makan?


Then I use 4 eggs.I think 4 eggs already enough.


And then raisin untuk ditabur-tabur.Kuantiti ikut selera.I mmg suka so mmg tabur banyak.


Ini choc chips.Memandangkan banyak pulak lebih baki dari buat cookies time raya haritu,so I letak jugak choc chips ni.Tabur-tabur jer tapi tak perlu banyak sangat.Ikut selera jugak.I memang tak letak banyak sangat tapi rasa sedap pulak bila tabur choc chips ni dalam Puding Roti.


This time I guna 3 tin susu cair.1 1/2 letak dalam roti,1 1/2 lagi bikin kuah kastard. Sedikit esen vanila penambah rasa.Tak letak pun takpe kalau tak suka.

  
4 sudu marjerin.Kalau nak taruk butter pun boleh.Sama jer.Sebab I nampak marjerin kat kaunter dapur tu,so letak marjerin la.

Caranya mudah jer.Masuk jer marjerin dalam mixer,letak la dalam 2,3 sudu gula sebab nak bagi rasa manis tapi no need manis sgt sbb I prefer kuah kastard tu yg manis sikit berperisa.Dalam puding roti tu ambik syarat jer letak gula.Ikut selera masing2.


Lepas tu pecahkan la telur satu-persatu.Then masuk esen vanila.Last sekali susu cair tapi tuang satu tin jer dulu.Lepas tu masukkan roti.Gaul roti bagi rata,baru masuk raisin.Tapi jangan masuk sekaligus.Then choc chips.Kacau kejap.Tuang lagi separuh susu cair.


Lepas tu masukkan dalam bekas.Tekan sikit2 ambik syarat jer tp jangan tekan kuat sangat nnt padat puding tu,jadi tak sedap pulak.Muak.


Final,tabur sikit lagi raisin.Nak bagi nampak cantik jer tujuannya.Hihihihi!


Ok.Masukkan dalam oven pada suhu 180 darjah celcius,selama 20-25 minit.Jangan lama sangat nnt rentung pulak puding roti nih.


OkNgam2 jer garingnya.Puding Roti done.Kalau terlalu banyak masuk marjerin or butter,minyak akan keluar,so buang je minyak tu.Tuang dalam sinkHihihihi!Tapi bukan buang puding tu.Hahahaha!Senangkan?Semudah A,B,C.Iyo la tuh!

Image!Yahoo.com

Untuk kuah kastad,1 1/2 tin susu cair tuang dalam periuk.Bg nampak didih sikit tapi jangan sampai jadi volcano,kacau selalu dengan api yang perlahan,masukkan sedikit esen vanila,gula ikut citarasa nak manis macam mana,tepung kastad 2 sudu atau kalau suka sos yang pekat,lebihkan kastad.Tapi make sure tepung kastad tu bancuh dengan air dulu baru tuang masuk periuk.Ini bagi mengelakkan kastad jd berketul2.Karang jadi double kerja pulak nak tapis bagai sos tu.

Kat atas ambik pic dari yahooi mage sbb lupa nak snap I punya sos custard.Tapi benda ni macam ni la.Sebijik sama.Tak perlu masak lama.Dah agak2 ok,tutup api then sejukkan.

Ok.Siap.Selamat mencuba.

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You