Nervous + excited!
Nervous sebab takut dah lupa semua teknik nak meneran,maklum la 3 tahun lebih gap second pregnancy ni dengan yang first one
Cuma lepas masuk LR haritu buat CTG,I dah mcm kurang sikit nervous dia dan rasa macam dah prepared mental dan fizikal
Rasa takut tu dah makin kurang dan lebih positive
Excited pulak,biasalah.Ibu mana yang tak sabar nak tgk newborn dia plus sekarang ni dah makin tak cukup rehat bila baby makin aktif especially waktu malam.
I jadi susah nak tidur dan sekarang ni tak pasal2 Candy Crush jadi satu benda yang A MUST dok ngadap.
Iyalah,dah tetengah malam,takleh nak lelap,Ipad jer la peneman.
Kadang2 membawa ke jam 4 pagi baru boleh lelap itupun sebab badan dah penat tahap max
Dulu I mmg tak suka main games Candy Crush
Tapi lepas tengok Ariey main,last2 I pulak yang terjebak sama
Bestnya games ni adalah sebab still boleh main kat handphone walau offline.
So biasanya kalau ke routine check up atau menunggu apa2,bolehlah kill the time.
Walau I ni jenis senang pot pet pot pet dengan orang sekelililng,tapi ada jugak hari berat mulut nak bercakap.
Ok harini just nak bercerita persediaan nak fully breastfeed.Begitu semangat adalah kerana I dah secara rasminya menjadi surirumah sepenuh masa.
Tapi bukan desperate housewife tau.Hahaha!One of my favorite show!
Waktu Damia dulu nak fully breastfeed tidak berjaya sama sekali.
Campur jugak dengan susu formula.
Nak buat macam mana,kilang takmau produce susu banyak walau berusaha.
End up dengan sampai keluar darah.
Ada yang perli susu akan keluar bila ada demand and supply.
I faham term tu,
Bukan sekolah takat PMR je sampai tak sempat nak belajar apa itu demand and supply.
Tapi mungkin takde rezeki Damia nak menyusu secara eksklusif.
Bukan tak berusaha.
Disuruh pam dengan kerap,I pam dengan kerap.
Susu keluar memang sikit.
Suruh banyak minum air.
Berliter telan sehari.
Suruh set dalam minda I MEMANG MAMPU MENYUSU BAYI dengan harapan susu akan produce.
Buat beb,tapi still setiap kali pump dapat la 1 oz atau dua oz
Paling pecah rekod 6 oz itu pun sebab satu hari tak pump I ada kuliah sepanjang hari.
Tapi seingat I itu hanya berlaku 2,3 kali sahaja lepas tu tak ada lagi.
Maka Damia hanya menyusu seadanya.
Kalau I rasa pedih sakit tu,takde susu la tu,so stop
Berbulan-bulan hokkey tahan puting luka,merekah tapi sebab tak sanggup tgk anak meraung nak menyusu,sua juga dalam sakit
Biasanya malam la,sua juga.Tahan jangan tak tahan.
Petua?
Macam2 petua dah dicuba.
Paling hazab minum air epal hijau blend dengan lobak putih sampai tahap rasa nak pengsan.
Tapi berkesan juga sebab susu macam banyak sikit tapi bila minum jer la.
Sebab I tak tahan,terpaksa stop.Erm...mental tak cukup kuat.
Dan dimomokkan dengan anak antibodi lemah sebab tak fully breastfeed tu mmg biasa sangat.
Tapi alhamdulillah,dari kecik walau Damia lebih banyak minum susu lembu,antibodi dia kuat.
Deman,selsema dan batuk sangat la jarang.
Tapi lepas masuk kindy,dah selalu kena selsema cuma tahun 2013 ni,baru demam 2 kali.
Tapi tak teruk pun,just 2 hari.Alhamdulillah.
Kena perli especially dari ibu-ibu yang jenis sinis maklum la rezeki susu dia melimpah ruah.
Sikit taknak selami perasaan ibu macam I yang berusaha tapi tak berjaya.
Dinasihatkan makan makanan sunnah pun I buat.
Stok kurma,kismis tak pernah putus kat rumah.Tapi itulah.
I anggap tiada rezeki.
Selebihnya berserah.
Jadi Damia ni kira menyusu susu lembu jugaklah.
Rezeki menyusu badan sampai setahun 11 bulan cuma dalam kuantiti yang sedikit la.Tak FULLY.Sedih.
Dari lahir minum Similac,masuk 1 year upgrade ke Gain Plus,dah masuk 3 years upgrade ke Gain Kids.
Pembesaran,just nice la dengan ketinggian dia dan usia.
Ikut seperti apa yang sepatutnya.
Satu lagi nak cerita,pasal vaksin
Dan I bukan anti vaccine punya mommy.
Suntikan complete di ambil kecuali rota virus dan juga I pun ambik suntikan tambahan Pneumococcal untuk protect lung,ears and brain.
Memang semua ambik di swasta dan tak pernah pergi kerajaan.
Kos tak usah cakaplah.
Erm...yeah!I rather naik kereta kecil,rumah kecil,tapi bab kesihatan I akan cuba dapat yang terbaik.
Bukan kat kerajaan tak terbaik,tapi kalau kita nak cepat dan ubat yang terbaik,dapatkan kat swasta.
Macam suntikan tambahan tak dioffer kat gomen so kena dapatkan kat swasta.
Sebab itu I selalu cakap kat kawan2,kalau u nak ke kerajaan sebab free walau u sebenarnya mampu ke swasta,janganlah merempan complain macam2.
Standard la kerajaan kena entertain ramai patients,bukan nak hadap u je.
Sebab tu I kadang2 menyampah juga dgn kengkawan yg duk up status service lembab la apa la bila pergi KK walhal dia tu mampu je pergi swasta
Kalau dah pilih yang free,standard ah lambat dan tolonglah jangan duk merempan tak tentu pasal macam staff KK tu hadap sangat nak layan kamu seorang jer
Balik pasal anak
Pernah kena sakit?
Pernah sekali due to bronchitis tapi 3 hari warded masuk antibiotik,terus recover until now tak kena lagi attack.
Kena haritu pun takde teruk sangat cuma terlalu lama selsema dan batuk,bila doc x tray dah nampak infection kat lung cuma still under control
Time tu dah settle semua suntikan tambahan
Dan harus diingatkan IBU-IBU otak JUMUD
Suntikan tambahan bukan bermakna anak kita 100% dilindungi dari segala penyakit
Ia hanya boleh protect beberapa percent sahaja
Maksudnya takde la bila kena attack teruk terus
Macam kes Damia,kena bronchitis,still under control then dapat recover,alhamdulillah
Doctor cakap kerana suntikan tambahan tu AT LEAST protect sikit la walau tak banyak
Dan mcm kes my niece yang tak amik suntikan,kena attack bronchitis sama macam Damia cuma dia kena teruk terus,suku lung dia kena buang I lupa kanan or kiri
2 bulan setengah dihospital dengan kos RM13K,dan beberapa kali masuk ICU.
Itu jer beza.
Antara cepat dan lambat jer.
Tapi bukan protect 100%
Harga suntikan tu just RM250 je satu suntikan.
I point pada IBU-IBU JUMUD sebab ada yg perli I,dah ambil suntikan pun kena jugak ke?
Suka hati la nak cakap apa.
Sikap suka perli dan tidak menghormati pendirian orang lain inilah yang membuatkan I label diorang ni macam tu
Anak kita,so kita jer la yang patut bagi apa yang terbaik untuk mereka.
Suntikan vaksin dan vaksin tambahan bukan compulsory tapi tepuk dada tanya selera.
Anda ibu,so anda yang lebih berhak tentukan apa yang terbaik untuk anak-anak anda
Anda nak anti,itu hak anda tapi tak perlu nak pengaruh orang lain dengan menakut-nakutkan ibu-ibu yang willing ambil vaccine untuk anak mereka
Tapi dalam kes I,I takleh say no sebab bila nak keluar negara,I ambik jugak suntikan influenza dan apa2 yang perlu
Dan sama juga dengan kes nak breastfeed
Udah tiada rezeki,janganlah disindir sinis ibu yang tidak berjaya sebagai ibu yang malas berusaha
Kami berusaha dan tidak berjaya
Bila diperli,mmg la rasa sentap atau kecil hati
Maka untuk second pregnancy ini,AKU INGIN BERUSAHA!
Maka this time I willing spend money on breast pump yang highly recommend
Ini tidak bermakna pump mahal,susu melimpah
Pakai pump murah pun boleh cuma I beli ni as a semangat
Dan suami memang support keinginan I dan willing beli set breast pump ini as a tanda sokongan pada wife dia
Ya!Dia yang pernah tengok betapa kecewanya I waktu gagal nak fully BF Damia dulu
Jadi this time dia cakap as a reward pada I yang mengandung lagi dan as a support pada I this time moga berjaya fully BF.In sha allah.
Fully set ini kalau beli direct kat kedai adalah RM 2000 ++.Kalau online around RM 1400++ tapi I mintak suami belikan kat expo baby di Brisbane so tak dapat murah mana pun just around RM 1300.
Ini pun dah ada yang hint I kalau taknak guna lagi,tolak la pada dia.
Willing nak beli walau I letak RM 1K.Hihihihi!
First time tgk ni bila BFF Rifhan guna dan I rasa convenience cuma kalau fikir secara logik,dah surirumah dan bukan bekerja pun,pump biasa pun boleh sebenarnya.
Tak bikin stok,BF direct lebih afdal.
Tapi suami cakap tak apa la.
Nak bagi semangat pada I.Itu penting.Hihihihi!
Tapi I ingat this time kalau mampu buat stok,nak bagi bottle.
Taknak direct sbb letih plus walau surirumah,I dah ada beberapa list part time job yang bakal I buatTapi dari rumah jer la dan suami kata orait je.
Janji u ada benda yang nak diisi selain uruskan anak-anak dan rumahtangga
Dan effort lain sebelum deliver ini adalah beli nursing tea packaging color pink tu
Harga dalam RM99 kalau tak silap dan boleh beli kat any baby store
Ini punya,beli kat MUM'sCare.
Satu paket ni boleh guna berbulan sebab penggunaan tak banyak pun.
Before deliver ni dinasihatkan minum 3 kali sehari tapi berselang.Ini bermakna seminggu just minum 3 kali sahaja.
2 sudu kecil boleh bancuh 3 kali.Just tambah air panas.Kalau tak mampu nak telan,pepandai la selang dengan air manis or taruk jer gula sikit.
Bila tengok biji halba,teringat petua seorang kawan kalau nak tambah susu boleh try minum juga
So ini untuk tea
Dan satu lagi I cuba walau I perasan I alah soya,tapi gagahkan diri juga ambik supplement ni.
Try minum 2 kali sehari dan lepas bersalin nnt ambik supplement pil dia pulak
See?Kalau macam ini orang assume tak berusaha lagi tak tahu la selain nanti nak buat urutan pada payudara dan sewaktu dengannya.
Tanpa bantuan supplement I buat,ambik supplement pun I buat.
Berjaya atau tidak,berserah padanya.
Doa I moga diberikan rezeki susu yang banyak.In sha Allah.
No comments:
Post a Comment