Ayer Rock,Butcher & Grill D'Bayu Bukit Jelutong

Last two weeks turun KL lagi semata-mata nak teman suami yang coursenya lagi berbaki seminggu.Jadi sebagai langkah berjaga-jaga,pergi check up doctor dulu tgk condition samada ok atau tak kalau nak travel berkereta ke KL.Nak naik flight dah tak digalakkan sebab dah masuk 34 minggu.

Maka selesai check up,doctor cakap no problem,takde apa yang perlu dirisaukan,cuma HB low sikit dan cepat2 gtau suami.Konon nak manja lettewww.Terus suami berjanji sampai karang gtau jer nak makan apa,akan diusahakan.Dan dan panggil kita tuan puteri,terus cair.Eh!Tak sangka aura ada lagi walau dah masuk tahun ke 6.Masih melayan lagi aku panggilan manja2 ni walau dah nak masuk dua.Alhamdulillah.In sha allah tak lenyap sampai bila2.Hohohoho!

Memandangkan kami bertolak awal,so sampai pun awal la.Melepak dulu kat rumah akak yang garang,petang sikit ke Bukit Jelutong berjumpa buah hati.Bukan taknak pergi awal,tapi class dia habis kol 6 so no need to rush : ).Slow and steady win the race.Tu dia.

Jadi malam tu,Ariey tanya makan apa kita.Teringat doctor cakap kalau HB low,banyakkan makan daging dan yang sewaktu dengannya (padahal aku lupa apa lagi yang doctor sebut.Kikikiki!)Sorry.Tak dapat kongsi info pulak.Hahahaha!

Jadi sebab aku duk highlightkan daging jer,so kitorang ke steak house kat Bukit Jelutong ni juga.Niat asal nak ke Bonjour lepas terpengaruh baca blog Hanis Zalikha tu,tapi sekali sebab duk pung pang pung pang nak makan steak,terus ke steak house Ayer Rock Butcher & Grill di D'Bayu Bukit Jelutong,Shah Alam.Aku teringat pasal sorang client ipar from German yang puji steak kat situ sedap so bila dah orang yang mmg makan steak dari start tumbuh gigi nih,so aku confident la sikit nak mencuba.

Jadi pergilah singgah sana membawa parents aku sekali tapi diorang taknak makan pulak.My mom cakap dah kenyang sbb dah makan kat rumah akak yang garang tu,abah aku pulak simpan perut dulu sebab ada date dengan BFF dekat Pizza San Francisco.Hamboi!Memula Ariey mmg ajak pergi situ jer sbb dah dekat dengan rumah ipar,tapi aku pulak lepas last makan pasta Aglio Olio yang kurengggss pulak haritu,terus putus selera walhal sblm tu kemain sedapnya.Pasta tak sedap atau aku yang tak selera haritu,wallahuallam.Hahaha!


Mementang nak jumpa BFF,sampai order air pun tak sudi.


Ini sampai dulu.Dan ini ada salah faham sikit bukan antara aku dan waiter,tapi aku dan diri sendiri.Hahaha!Asalnya aku nak order sosej untuk Damia tapi sekali aku pergi baca menu bawah dari menu sosej tu iaitu Grilled Chicken.Boleh sebegitu blur?Hahaha!Sekali walau aku buat muka pelik waktu hidangan ni sampai tapi bila try,mak aih!Sedap betul la.Hahaha!Lagi sedapppp bila rege RM15 jer.Mihmihmih!

Dan ini steak aku yang dimasak well done.Tak kuasa aku nak mild ke,medium bagai.Nampak daging memerah aku dah boleh automatik putus selera walau ramai cakap sedap wooo!Ini tak silap harga dalam RM40 ++.

Hidangan ini not bad la tapi sbb aku pun mmg kurang sikit makan steak,jadi pada aku orait la.Makan tu pun sbb mmg dah dalam 2,3 minggu aku tak makan sangat daging walau time Hari Raya haritu.Aku baru teringat aku just amik secuit jer rendang itupun kat rumah aku sendiri.Time pergi beraya sikit aku tak jeling rendang daging jauh sekali nak try nasik yang dihidang.Hohoho!Itu yg berat tak naik2 tu cuma tang muka jer aku rasa diameter makin luas.


Cik abang as usual masih kemaruk lamb.Dia offer rasa,tapi aku takde mood nak jamah lamb haritu.Hoh!Selera orang peknen ni mmg pelik.Ini pun rasanya RM40++ dan nak ke RM50 rasanya tapi harga bergantung pada size daging yang kita mintak.Stomach kecik jangan ngengada order yang besar.


 Ini mak aku yang awal2 claim kenyang tapi sekali dia take over terus grilled chicken ni.Mmg sedap.


Ini seperti biasalah,anak dara yang susah nak makan.Balik2 kalau ke restaurant terus order pasta.Selera tinggi.Hihihihi!Tapi makan sikit jer sama macam apak dia.Malam tu aku suap grilled chicken jer.Nak makan dia dah cukup bersyukur aku rasa.

So itu ajer la ceritanya.Seminggu di KL,hari Ahad balik Terengganu.Boleh time balik hari tu parents aku singgah Mesra Mall siap nak pergi Pizza Hut makan dengan family abang aku.Baru menapak 2,3 langkah,aku rasa contraction mcm nak beranak.Memang sakit gila.Tapi magiknya datang sekali je tapi panik dia tuhan jer tahu.Terus ajak parents aku balik.Terpingga-pingga abang dan ipar aku.Tapi sure diorang fahamnya.

Tapi sekali FALSE ALARM daaaaaaaaa!Doctor cakap maybe sebab penat sangat kot lama duk dalam kereta.So sekarang ni,masih lagi menghitung hari.

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You