Springfields,Brisbane

Hari pertama di Brisbane,cuaca pagi sekitar 7-9 darjah celcius.

Sekarang ni musim Spring.Pokok-pokok nampak kuning je.Tak hijau sejuk mata memandang.Tapi for sure tak biru.Hahaha!

Pagi dan tengah malam mmg sejuk gigil tapi kalau tengahari panas sikit la dan mmg kena switch on kipas.

Bangun pagi sini serious kejung aku kesejukan.Subuh jam 4.30 pagi.Time ni kena air sikit aku rasa macam besar je kepala.Hahahaha!

Time nak mandi pun satu hal jugak.Punya la lama nak termenung dalam toilet sblm boleh sentuh air padahal air dah panas tapi sebab terbawak-bawak perangai dari rumah,suka termenung dulu sebelum mandi.Heh!Tapi bila lepas mandi,nak bercakap pun tak mampu sbb duk terketar-ketar.

Tapi itu juga buatkan aku terkenang zaman kecik2 dirumah tok aku di Jerangau Felda.Sejuk macam ni la kalau bangun pagi.Tapi time tu lagi hazab.Mana ada water heater segala.Dah la mandi air kolah.Seingat aku kalau mandi pagi kat umah tok aku mmg byk mengelat la.Aku rasa dua timba air terus cabut lari naik rumah.Nostalgic betul.Kenangan cukup indah dan cerita paling manis zaman aku kecik dulu yang akan aku ceritakan kat Damia nanti.

Tabik la kat budak kecik ni mampu sambung tidur lagi dengan keadaan sejuk tak berbaju pulak tu.Mmg kulit tebal Damia nih.

Semua orang bersiap awal hari ni.Bunyi semua orang mcm besar sgt family padahal 3 org jer pun.Hehehe!

Dan misi pagi tu adalah ke supermarket shopping groceries.Takde benda yang boleh dimasak kat dalam fridge.Yang ada buah jer.Nak makan buah sepanjang hari?Aku rasa mengelupur la aku tahan perut keloyaan.Hahaha!Aku perut nasik.So I want rice (Tukar slang omputeh takpe cuma jangan jadi mcm omputeh,itu naya).

Orang bila sawan kejakunan tu sampai,gambar kucing Australia pun nak snap.Maklum la biasa tengok kucing Marang je.Kucing yang sangat annoying suka curi ikan mak aku.Setakat ni tak sure lagi kucing Australia ni annoying ke tak.Orang kata tak kenal maka tak cinta.Kalau dah kenal,perangai sama jugak macam kucing kat rumah aku,siap la kau!

Orait.Aku cerita la sikit area rumah Ariey ni.Actually kejiranan ni dipanggil Springfields.Dia ada dua,satu Springfield,satu lagi Springfield Lakes.Dan rumah sewa Ariey ni adalah kat Springfields.Uniknya perumahan di Australia ni adalah reka bentuk rumah ikut struktur tanah.Diorang tak sesuka hati main tarah jer tanah kasi landai macam tmpt kita.Dan kalau rumah yang ikut tanah ni dan banyak bentuk tapi dari segi design hampir sama.Cat rumah pun.Aku 2,3 hari jugak amik masa nak cam rumah sendiri.Mostly rumah adalah kayu plus batu.Ni aku cerita yang area Brisbane ni la.Area lain,lain entry.Heh!


Tengahari sikit cuaca takla sejuk sangat so takyah la beria sangat nak pakai baju tebal.Pakai macam Ariey ni pun OK.Hehehe!Ini depan rumah.Tu mcm turun cerum tu adalah nak ke garage kereta.Mostly rumah sini ada garaj kereta bertutup dengan door automatik.Lepas tu mesti ada pintu yang boleh akses terus masuk dalam rumah.Boleh ambik idea ni bila dah mampu nak ada rumah sendiri nnt.Tersangat la praktikal.

Rupanya rumah yang Ariey sewa adalah rumah yang sudah dijual.Boleh?Kontrak habis 9 Sept tapi nasib kontrak sewa boleh sambung lagi.Lega.Kalau tak jenuh la nak berkemas pindah rumah.Barang2 pakcik ni bukan sikit.

Tapi ok gak ada signboard ni sbb ni buat aku cepat ingat mana satu rumah.Hihihihi!

Di Australia,setiap kali nak menyewa kontrak dikenakan kalau tak silap adalah selama 6 bulan.Tak macam tempat kita paling lama pun just 3 bulan.Tapi aku tak tahu la kot2 ada yg lebih dari tu.Aku ambik mana yg aku biasa deal la.Tapi kalau 6 bulan mmg sakit jugak la kalau tetiba kena pindah tempat lain.Rugi jugak tu.That's why kat sini walau nak meyewa sekalipun,sila cari rumah yang betul2 sesuai.Kalau yang mmg nak menyewa lama,takde masalah la tapi kalau yang macam Ariey kejap nak kesana,kejap nak kesini,mengalir jugak la sikit airmata tu.Huhuhuhu!


Nak jugak selit muka sendiri kat sini.Hahaha!Ini pic depan rumah.

Dikejiranan kawasan sini.

Kat sini kerajaan Australia sangat jaga ekosistem negara mereka.Jangan sesenang nak tebang pokok dan paling haru bunuh serangga or binatang macam kala jengking,ular,labah-labah (semua yang bisa),adalah salah kat sini.Alah Kassim!Habis takkan nak tengok dengan pandangan manja kot.Dan sebab itu la aku hati2 bila nak jemur baju.Mana baju yang boleh humban dalam dryer aku masukkan jer.Mana yang manja sikit tu baru jemur kat ampaian.Sekeliling kejiranan ni dipenuhi pokok-pokok dan semak samun.Hahaha!Dan hutan-hutan yang masih terpelihara.Itu yang buat nyaman tu.Aku rasa kat Malaysia kalau kerajaan kita jaga macam ni jugak,takla panas sangat cuaca.Ini tak.Lagi boleh ditarah kau tarah habis.Disclaimer pembalakan haram akan didakwa tapi orang tetap buat pembalakan.Haram or halal tak tahu la.Hanya mereka-mereka sahaja yang tahu.

Semalam ada sekor mengkarung kecik baik punya licin badan masuk rumah tp aku takat pegang penyapu jer la sambil menggelupur sekali dengan Damia.Hahaha!Geli weh.

Cuaca yang cerah dan marilah kita memulakan hari dengan senyuman dan jangan lupa untuk bersyukur kepadaNya diatas setiap rezeki yang telah dikurniakan.

Pagi tu gerak ke Orion.Tak jauh pun dari rumah.Actually kalau nak shopping groceries kat Woolworths.Dalam bangunan yang sama.

Di Australia ni Woolworths ni macam Giant or Tesco la.Dan kat sini bila ada je satu perumahan,mesti ada satu Woolworths.Mmg banyak la kiranya.Even kawasan tu just suburb tapi tetap ada.

Kalau macam tempat kita banyak kedai runcit.So takde masalah nak cari barang kalau tetiba nak masak barang tak cukup.Kelebihan tempat kita kedai tutup lewat tapi kat sini around 6 pm tu dah lenggang.So pepandai la manage kalau dah tahu keadaan macam tu.

Australia ni sebuah negara yang besar so jarak antara satu kawasan ke satu kawasan tu agak jauh so no wonder la kalau satu perumahan disediakan infrastruktur yang lengkap.Dan kat sini vandalisme tak ketara sgt plus penutup longkang adalah selamat dari mat drug rembat untuk dijual pada tokey besi.Ok.Sini takde peel lagu tu.Kemudahan awam agak terjaga.

Dan kalau kita duduk makan kat public area,kita kena bersihkan sendiri segala sampah sarap kita sbb takde org nak buatkan untuk kita.So tmpat duduk awam adalah bersih dimana masing-masing dah tahu tanggung jawab sendiri.Dah guna pepandai la bersihkan balik.Mcm tu la lebih kurang.Sama gak food court kat mana2 shopping complex.Lepas makan make sure tmpt kita makan tu bersih dari segala pinggan,gelas,tisu segala dan lepas tu senang bila org lain nak guna pulak.Sini dah jadi budaya dan harap kat tempat kita pun dapat dipupuk sikap macam ni suatu hari nnt dan kerajaan mestilah banyakkan kempen kesedaran.

So sampai je kat Orion,singgah ke Telstra nak top up internet untuk Ipad.Telstra tu syarikat telekomunikasi di Australia.

Kemain kau Jah landing kat sofa sambil tunggu pak dia settle urusan.

Damia snap this pic.Ada gegar sikit.Tapi macam dah boleh mintak tolong dah pasnih.Hihihihi!

 Cara ayah jalan masuk nak cari bawang besar jer pun,tapi gaya macam nak merompak orang.Hehehe!


 Budak yang start rambang mata.Semua benda ni nak.

Nak shopping groceries kat sini mmg ambik masa yang agak lama.Maklum la setiap satu kena ditengok dari segi ingredient,tanda halal semua.Tapi rasanya nak cari halal food untuk masak mmg tak susah sangat cuma nak cari restaurant/stall halal kena sedikit effort la mencari.Paling banyak stall halal adalah kebab yang biasanya owner adalah orang Turki tapi fikir la takkan sepanjang masa nak hadap kebab je.Makin ternak lemak la jawabnya.Sesekali craving juga food yang lain.


Apa tujuan aku snap pic ni?Hahaha!Bukan aku nak show ini tak dijual kat Malaysia tapi aku nak tergelak dengan kotak dia besar gedabak.Lagi besar dari kotak cereal yang dijual kat Malaysia yang claim kat atas 25% more tu.Hiks!Tapi fikir balik apa nak herankan sbb orang sini mostly tubuh besar macam tong drum.Serious aku pernah jumpa dan yang aku jumpa tu aku rasa aboriginal based on pada mukanya la tapi mmg besar yang aku tak pernah tgk seumur hidup aku sampai aku naik seram berdiri sebelah dia.


Dan Malaysian produk pun ada.Macam-macam ada.

Dan ada certain product dari sini yang halal macam ayam dan frozen foods.So tak la menggelupur sgt kalau tetiba kau rasa nak makan nugget ayam.Hahahaha!

Selesai beli barang,Ariey ajak ke kedai barang reject.Alahai,nama barang reject tapi aku pun tak tahu tang mana rejectnya.Kualiti hampir sama dengan barang gred A kat tmpt kita.Dan dah sebut kedai brg reject so harga mmg more cheaper la dari yang dijual kat Woolworths.Ada yang sampai separuh harga reduce.

So ada la aku amik salad bowl,tupperware dgn apa ntah lagi.Lupa.Tapi untuk aku kalau peralatan dapur berbaloi la beli kat sini plus kita bkn nak stay sini sampai ada cucu pun.Hahaha!

Yeeehaaaa!Akhirnya aku dapat dvd The Sims 3 original.Thank you Ariey yang kenal sangat bini dia yang obses dengan games ni dari sebelum kahwin lagi.Hahaha!So the price kalau tak convert mmg akan rasa murah la tapi kalau convert rasanya murah sikit je la dari yang kat Malaysia plus aku tak sure sini ada ke tak jual cd/dvd pirate mcm kat Malaysia.

Apa yang buat aku happy,bukan sbb kalau beli cd/dvd pirate takleh install.Boleh je main macam biasa cuma bila beli original nak akses internet,nak add on tu jd mudah sbb dia akan provide skali dgn serial number so cara nak install tu takla rumit sgt.Bila dah original,takde benda la yg missing.Kalau ada yang tak cukup mmg aku pergi balik kedai tu.Sbb sini kalau kita tak puas hati dgn barang yang dijual kita boleh pulangkan balik then mintak balik duit kita even makanan pun ada claim macam tu kat bungkusan dia.Not happy with the food,sila pulangkan balik.Hehehe!

Ok.That's all for today.Sampai rumah terus masak.Lapor.

1 comment:

Rafhani said...

Wokeh,wat blk groceries jelah.Hahahaha.Fridge magnet aku mana Pah?hahahahha

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You