Dah separuh Syawal baru nak cerita pasal raya.Lantak la janji still Syawal.Kalau lepas Raya Haji baru nak cerita pasal raya,itu melampau punya peram lebih dari ikan pekasam la tu.
Malas nak taip panjang.
Raya family kecik aku sama je setakat lima tahun ni.
Sebab-sebabnya:
Dua-dua orang Terengganu,jarak antara rumah tak sampai dalam 15 minit jer pun,so takde isu tahun ni giliran siapa.Kalau gaduh jugak tak tahu la.
Rutin biasa juga,1st raya mesti jenguk semua saudara mara especially mak-mak and bapak-bapak saudara.
Attend open house.Makan tak henggat pastu nyesal sbb lelemak makin bertambah.
Itu jer la rutin raya aku tapi busy dia sampai nak tgk muka kami anak beranak pun susah kat rumah.Bayangkan keluar pagi balik malam.Sakan betul raya.
Layankan sikit gambar raya kami.
Damia dengan atuk.This year abang dgn kakak aku takde sbb dua2 beraya kat kampung mertua.Satu kat Pahang satu kat Nogori.Aku dgn Ariey je yang mmg tetap dan tak berpencen setiap tahun wajib raya kat Terengganu dah dua-dua originally from Terengganu,"Jom makang ikang!".
Bila dah tak ramai ni boleh pulak terlupa nak snap pic family di pagi raya.Heh!
Actually rumah kami ni sebelah dengan masjid maka mmg dah jadi tradisi after solat Raya,maka rumah kami adalah port pertama tetamu datang.Lepas diorang bersurai,cecepat si Ariey ni makan sbb lepas dah sepagi kat rumah,kami pun get ready nak balik kampung jugak la.Balik Chendering.Beraya kat rumah mummy la pulak.Kat sana lagi la meriah.Penuh rumah sampai terkeluar isi rumah.Ok.Ekzegeret lebih.
Tgk si Damia ni,asal pagi raya je badmood,asal badmood je pagi raya.Mana la aku tak jadi tiger diawal pagi.Seperti biasa,takmau sarung baju kurung,lepas tu berterusan la rengekan.Takmau salam dengan tetamu.Macam-macam la.Nasib ayahanda dia sabar melayan.
Dah badmood takmaunya dia tgk camera.So posing ala kadar je la janji pic family time 1st raya ada.
Lepas selesai segala sesi kat rumah,slow2 gerak ke Chendering.Traffic berjalan sangat lancar pagi tu.Hehehe!
Tradisi melawat rumah saudara pun bermula.Habis rumah kami redah.Setiap rumah yang kami bertandang tu pun kami mesti makan.Oh!Man.Tak tahan tgk juadah yang terhidang.Sodap pulak tu.Hihihihi!
Tgk la anak aku.Lepas tgk pic ni baru aku perasan aku lupa pakaikan panty kat dia.Huhuhuhu!
Dua tahun berturut perangai lagu ni.Tak sampai separuh raya dia tanggalkan kain.Maka duk kehulu ke hilir dengan baju atas je la.Rimas agaknya.
Ini waktu sesi bergambar family.Damia muka baru bangun tidur so........................badmood lagi.Adoi!
Aku je yang lebih excited.Anak muka kejung jer.
Ini adalah biasa.Bukan senang ok nak susun semua orang pada kedudukan yang dikehendaki.Hahaha!Especially nak susun bebudak tu.Susah yang amat nak suruh focus kat camera.Sampai serak suara parents masing-masing.
Kami setakat anak baru sorang ni cool la lagi.Nnt dah 5,6,7,8 hahaha,kau tgk la aku lagu mana.Kalau tak tukar jadi tarzan harus jadi T-Rex kuar api terus ikut mulut.
Ini pic anak lelaki,menantu lelaki dan cucu lelaki.Sopan je memasing.
Ambik kau.Pic anak perempuan dan menantu perempuan bersama mommy.Agak kurang senonoh posingnya.Tak mcm geng lelaki.Hihihi~
Geng perempuan.
Suami siapa la sampin kedada tu.Abaikan.Bajet hensem la gaya lagu tuh.Hahaha!
Pic cucu.Abaikan pic Ariey.Sejak bila la termasuk dalam list cucu pulak.
Us again!
Dengan mommy.
Acara bebas.
Ok settle cerita raya.Byk lagi pic tapi next time la upload.Hahaha!Dasar.
"Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua yang beragama Islam diseluruh dunia"
No comments:
Post a Comment