Aku bukanlah terrer sangat memasak sampaikan segala masakan aku pandai.Hihihihi!Nehi.Tapi takat nak buat cik abang senyum lepas makan atau tetiba call request suruh aku masak nak makan ini,nak makan itu sebab teringin sangat,cukuplah pada aku.Paling penting bila jaga perut suami,barulah confident sikit nak mintak barang itu ini.Hihihihi~Wajib dibelikannya.Trust me.Hahahaha!~
Macam aku selalu cakap bila jadi isteri ni kita mesti kreatif dan inovatif.Kreatif bermaksud,bahan tak cukup kat rumah tapi kau usaha jugak nak masak seperti yang direquest suami.Jeng!Jeng!Jeng!
Ok.Versi sebenar adalah suami nak makan cekodok udang tapi bayangkan la haritu plan nak g jalan-jalan ke bandar Brisbane tapi nak breakfast cekodok udang je?Takbley,takbley,takbley.Aku berkata.
I is perut nasik.
Termenung kat dapur,tetiba nyala mentol kat kepala.Ok.Pagi tu aku prepared breakfast "Nasi Lemak Don't Judge a Book by it's cover".Panjang nama resepinya.
Kenapa nama mcm tu adalah kerana tak berapa nak cukup bahan plus ia dimasak ikut cara aku.Cara orang lain I tak tahu.
Maka bila godek fridge,yang ada hanyalah halia,zuchinni,telur,udang,santan kotak.Daun pandan mmg takde tp itu tak mematahkan semangat aku nak masak nasik lemak sbb daun pandan ni tujuannya adalah tak lebih dari nak mewangikan nasik je.
So untuk nasik,
Cuci beras (aku masak 3 pot beras makan air pun nak 3 pot jugak.Kalau masak nasik biasa boleh dilebihkan air tapi kalau masak nasik lemak since kita campur santan segala,maka air kena ngam2.Tapi depends pada beras juga)
Santan campur air.Aku combine siap2 lepas tu masukkan garam secukup rasa.Nak bg lemak sikit,masukkan sedikit gula.
Potong bawang merah,bawang putih,halia kemudian hiris halus-halus.
Masukkan beras dalam periuk,tuang campuran santan dan air tadi,masukkan segala bahan hirisan tadi.Tutup periuk then masak.Kalau nak nasik nampak berminyak sikit,masukkan sedikit butter.Tapi sila fikir la,nasik dah lemak,lagi mau tambah butter.Tapi itu kalau mahu nmpk nasik tu ada kilat sikit dan extra lemak.Oh!Yeahhh!
Kalau ada daun pandan,masukkan la.Lagi mabeles rasa nasiknya.
Kalau ada daun pandan,masukkan la.Lagi mabeles rasa nasiknya.
Dan jangan lupa switch on periuk sbb kalau lauk dah siap nasik tak masak,kecewa ok.Sangat kecewa (Based on pengalaman sendiri)
Nasik lemak yang sudah masak dengan sempurna.
Lepas tu prepare sambal.Memandangkan udang yang selamat di defrost dulu sbb plan asal nak masak cekodok,maka zasss bertukar jadi sambal udang.Nak masak ayam,lambat pulak nak nak tunggu.Masuk microwave karang jadi separa masak pulak.Kalau rendam air panas pun sama.Jadi manfaatkan ajer apa yg ada.
Sambal udang simple macam ni hanyalah menggunakan,
Cili kering yang dikisar
Bawang besar + bawang putih yg telah dikisar
Masukkan minyak,then tumis bahan2 kisar kat atas
Lepas tu masukkan sos tomato,sos cili,sedikit sos tiram
Secukup rasa garam + gula,nak masuk ajinoto itu ikut kesukaan
Kicap sikit sbb nak bagi color dia nmpk dark sikit.Aku prefer kicap manis.Heinz ABC sos pun boleh.
Nak masam lebih taruk asam keping.
Nak masam lebih taruk asam keping.
Masukkan udang
Last sekali masukkan bawang besar yang dipotong bulat.
Nak banyak kuah,masuk la sedikit air.
Biar kat atas dapur kejap then tutup api.Done.
Mudah sangatkan?Hehehe.
Untuk tambahan,rebus la telur.Kalau nak goreng buat telur mata pun ok tapi kalau telur dadar tak berapa nak sedara sangat.Hihihihi~
Duk sini kita guna zuchinni.Kemain kau padahal duk kat kampung guna "timun batang" a.k.a cucumber.Hihihi!
Final step sebelum serve kat cik abang adalah ini.Senyum je dia.Pastu buat tea o panas.Sesuai la dengan cuaca sejuk pepagi kat sini.Nasik nmpk mcm nasi biasa.Kalau taruk butter,color tu mungkin lain sikit jadinya.Takde butter,marjerin pun ok.Kalau marjerin lagi la nampak perubahan warnanya.
Alhamdulillah kenyang.Baru bersemangat nak pergi ukur jalan.Hehehe!~
Kalau berminat,sila la cuba.Hihihihi!~
1 comment:
zuchinni,,,igtkn npe,,,cucumber upenye,,huhuu
Post a Comment