Setelah dua hari berturut-turut ke Gold Coast,masuk hari ketiga decide nak lepak kat rumah je.Maka still bangun awal bersiap-siap juga tapi pagi tu destinasi yang nak dituju adalah ke pasar basah yang terletak di Inala.
On the way nak ke Inala ni juga sempat Ariey tunjuk masjid tempat dia selalu solat Jumaat yang terletak di Darra tapi tak tersnap pulak gambar.Apa yang pasti besar juga masjidnya cuma reka bentuk lebih pada bangunan dua tingkat biasa.Tak mengapalah.Janji ada dan Ariey cakap jemaah pun boleh tahan ramai.Alhamdulillah.
Dimana-mana sahaja di bumi Allah swt,andai niat kita baik,maka dipermudahkan jalannya.
Maka haritu adalah hari shopping groceries sbb ada orang tu request nak makan "kuah singgang".Hihihihi!~
Sesampainya kat sana,orang boleh tahan ramai.Actually pasar basah yang terletak di Inala ni boleh disamakan dengan pasar Vietnam.Mahu taknya,mmg ramai betul orang Vietnam sampaikan yang berniaga pun orang-orang mereka.Maka bila diorang duk pung pang prong preng prong preng tu,aku mampu ternganga jer la.Heh!Bunyi macam terrer sangat Mandarin walhal time Cina bercakap pun aku terlopong jugak.Hihihihi!
Ni kawasan tengah2 pasar.Banyak stall yang jual food mcm kuih-muih,aneka bubur,heh dah macam makanan orang Malaysia pulak aku tengok tapi non-halal la.Tapi seronok tengok.Macam-macam color kuih diorang : )
Kedai menjual sayur dan buah letaknya sebelah je dengan fish market.Dekat fish market ni semua seafood yang biasa kita jumpa kat pasar kita ada kat sini.No worries.Nak ikan aya @ tongkol ada,cencaru ada,ikan kembung ada,selar kuning ada,ikan merah,pendek kata semua ada la.Kalau udang,sotong dia mmg besar2.Ketam banyak gila pilihan tapi aku tak beli sbb was-was takut terbeli ketam batu.
Tapi kebanyakan ikan besar kat sini dia kasi potong terus itu kepala.Ada org pernah cakap,kalau request nak kepala,diorg bg free.Hihihihi!Org sini tak makan kepala ikan.Tahu bad effect dia kot.Tapi kat tempat kita,itu yg berebut-rebut nak tu sbb sedapppp!~
Kat sini ada servis bersihkan terus ikan tu.Tapi memandangkan kena ambik nombor bagai,kena ikut turn,tak kuasa aku.Balik bersihkan sendiri je la.
Sayur pun sama.Semua ada.Semua ulam pun ada.Takat nak masak laksa tu no problem.Nak buat nasik dagang pun takde masalah.Serious I tell u.Bunga kantan,serai,lengkuas bla bla bla semua ada cuma satu je yg aku tak jumpa.Jeng!Jeng!Jeng!.............................daun pandan.Antara probability benda tu mmg takde atau benda ada tp aku yang tak jumpa.Hihihihi!~
Maka bila aku datang sini aku jumpa beras siam hokkey.Terus gtau Ariey.Bila balik rumah masak,pakcik tu terus cakap baru terasa makan nasik.Hahahaha!Abis selama ni kau makan apa?Bukan nasik jugak ke?Hehehee.
Ariey cakap macam tu sebab sebelum aku sampai,nasi yang dia selalu masak and makan adalah beras yang tertulis no gluten.Actually makan beras macam tu is good for health tapi biasalah orang dah terbiasa makan beras berkanji tu segala,mmg susah sikit la nak ubah selera tu.Hihihihi!
Katanya baru kuah tu mesra dengan nasik.Boleh?
Dan jenuh la aku ajar dia macam mana rupa beras siam sbb aku risau bila time aku balik Malaysia nnt buatnya dibeli beras pulut,haru kau.Hiks!
Sebab kat kedai ni beras siam dia letak berjiran je dengan beras pulut.Orang lelaki bukan alert sgt kalau bab membeli ni.Pakai ambik je ada la.
See???!!Cencaluk pun ada.So tak perlu tanya sos-sos lain macam sos tiram,plum sos segala.Pendek cerita semua ada.Tapi aku confident sikit kalau beli jenama Maggi la sbb dah well known kat Malaysia.Mcm tu la bila dah duk tempat orang.Pepandai la yer.
Butchery yg dibuka 7 hari seminggu tapi takleh beli sini sbb takde tanda halal.Satu je pernah jumpa yang tertulis halal waktu on the way nak ke bandar Brisbane.
Kat pasar ni juga still ada supermarket so lepas beli barang kat pasar,masuk pulak dalam pasaraya beli barang.
Budak kecik tu punya tahap keaktifan,sampai naik migrain aku.Tak mahunya duduk atas stroller until dia terjumpa snack yang buat dia duduk diam sampai selesai membeli barang.
Dah penat membeli,aku decide takmau masak lunch.Kononnya penat.Nanti dinner baru nak masak so Ariey ajak makan kebab kat kedai Ahmet Kebab kat area Springfield tu jugak.
Sampai kat kedai Ahmet Kebab,budak kecik ni dah selamat zzzZZZZZZ.Kemain wife tokey kebab tu duk usha dia tapi sikit tak makan.Damia ni kalau dah dia kata nak tidur,mmg dia tak ambik port la kalau org bising ke apa.
Kami order chicken kebab small size.Bayangkan small size dia beli satu kongsi makan untuk dua orang dah kenyang amat.Kalau beli yg besar tak tahu la dapat habiskan atau tak sbb yang small size pun dah cukup besar bagi aku.Tapi selalu aku tengok mat-mat salleh sini diorang mintak yang large hokkkey.Isk!Isk!Isk!Patut la badan besar2.Hihihihi!~
Ok la.Lepas makan balik simpan brg hasil belian di pasar tadi then terus ke Indoorpilly.Tempat ni adalah shopping complex.Saje la pergi cuci-cuci mata sikit.Balik dari sana rehat dan lepak kat rumah,lepas tu prepare food for dinner.
Ok.Till then.Bye!~
2 comments:
kalu entri2 melancong ni ada sikit tulis pasal budaya, transportation, makanan, restoran, do's and don't rasa-rasa wikitravel x leh cari makan ni
Hahaha!Tu kata.
Post a Comment