Ok.Here we go.Akhirnya sampailah hari aku,Ariey and Damia berangkat ke Brisbane.Actually the tickets already bought empat bulan lepas.Tapi aku sajer je buat diam-diam.Tak kuasa aku nak counting kat FB like 3 months to go,2 months to go,3 days to go whatsoever la.
Tu belum cerita yang jenis suka tinggal persoalan kat kenkawan like status yang macam ni "0030 - 0530".Misalnya la.Hiks.Bukan apa,takut tak jadi.Anything can happen like my Kakak punya cerita about kawan dia yang over excited nak ke Australia berhari Raya hokkey,kellass kau Jah.And her husband maybe kerja macam Ariey jugak dan x plan balik raya so nak bawak la anak isteri beraya kat sana.Si isteri ni pulak dok pung pang pung pang duk cerita kat orang sekali dekat2 tarikh nak fly,anak masuk hospital.So end up dengan si suami terpaksa balik ke Malaysia.So berhari raya la diMalaysia.Jadi aku pun fikir lagu tu.Baik jangan bising dulu sbb dekat2 nak fly tu Damia duk sok sek sok sek hingus bertempek.Jadi macam aku kata la,anything can happen.
Tapi kadang2 aku rasa macam unfair jugak aku duk judge orang yang macam tu kalau dah dia mmg excited dengan certain thing tak kesah la nak pergi bercuti ke,mampu beli gadget paling mahal,beli designer handbag,shopping barang branded and etc cuma pada aku takyah la sampai naik jelak pd pandangan orang bila every single thing nak tunjuk.Hmmm....so just let it be la.Mungkin itu satu archievement bagi dia so buat apa kita nak rasa annoying sgt.Biarlah dia duk pung pang pung pang sbb kadang2 aku pun pung pang jugak tapi tak sedar.Manusia ni biasalah buruk orang cepat sangat nampak tapi buruk sendiri tak perasan atau buat tak perasan.Hihihihi.Moga aku berubah menjadi yang lebih baik.Insyaallah.
Dan kat blog aku ni aku ingat nak share la the moment yang aku ada.Sbb aku fikir jugak kalau aku asyik nak judge orang,nak perli2 orang,macam la semua benda yang aku buat tu best sangat kat mata orang.Hihihi!So from now,aku kongsi my story,dan kalau ada yang tak suka,please just leave the page.Thank u.
Berbalik cerita tadi family and friends tahu aku nak ke Australia cuma aku tak bising bila.Janji bila selamat sampai kat Brisbane baru aku nak gtau tapi one of my cousin duk perli pasnih status FB asyik duk "check in" je la dan itu yang aku buat status merapu kat FB tu.Hiks.Satu lagi nak ke Australia je pun.Orang lain dah pusing satu Europe pun tak bising.
Tapi mmg org tak tahu la aku pergi dan bila tahu,ambik kau.Maka ada la kiriman fridge magnet.Insyaallah akan ku tunaikan.Setakat fridge magnet tak semput sangat,tapi kalau yang kirim mug Hardrock Kafe tu,mau juling aku sekejap.Sorang ok lagi tapi kalau 10 nak?Hahahaha!~
Keadaan awal pagi di Tol Bukit Jelutong Shah Alam.Actually flight kami jam 9.40 pagi.Bertolak dari rumah around 6.30 pagi.
Parents hantar ke KLIA so bertolak dari Terengganu sehari awal iaitu on Friday.Actually flight kami on Sunday.Lega sikit sbb at least aku ada masa nak pergi beli a few stuff yang tak sempat aku nak prepared awal2.Mahu tak,semua barang packed malam sblm bertolak ke Shah Alam.Phew!Busy sgt dengan business sampai banyak benda terlepas pandang.
Sampai kat Shah Alam baru perasan aku tak bwk byk tudung.So pagi Sabtu tu ajak Ariey pergi ke Seksyen 7 tapi nampaknya banyak lagi kedai yang still in mood Raya.Tutup beb.
Luckily Pearl Haya bukak tapi tak byk choice so just beli satu plus berkenan pulak dengan jubah jeans dia so beli la satu.Pusing another butik tak ada yang lawa.Last ajak Ariey ke Plaza Masallam.Dan kat Plaza Massalam kedai paling bawah sebeleh Reject Shop ada byk tudung dan cantik pulak pada mata aku.So beli banyak2.Dah la cantik,harga murah giler.Bayangkan setiap sehelai harga around RM6.90 ke RM7.90.Murah weh.Dah la senang pakai,tak cepat berkedut dan paling penting tak perlu susah-susah nak iron.Beli kat Pearl Haya sehelai sampai RM160 tapi pakai second time shape dah tak berapa cantik.Hmmm....itulah.Pengajaran,jangan cepat under estimate brg murah sbb tak semua barang mahal dapat memberi kepuasan.Maka pepandai la kita.
Perjalanan ke KLIA yang lancar then bila sampai,peh,dah ramai orang.Busy betul kat airport tu.Turunkan barang then terus beratur nak check in.Panjang jugak barisan.Hehehe!
Damia yang tak puas tido menangis takmau pakai jacket.So just biar dia tidur je la sambil abah dukung.Sian atuk penat.
Kusham ada join sama pagi tu.Semua orang nampak mengantuk.Maklum la malam sebelum duk melepak ntah pukul brape baru masuk tidur.
Posing la sikit sblm berangkat.
Sedang memujuk Damia.
Bila cakap nak naik train terus OK.Damia!Damia!
Waiting for the train."Choo! Choo!".
Damia sangat excited.
Dah ceria balik : )
Haritu dalam flight tak ramai Malaysian.Ramai geng2 ni jer.Dari dalam flight dah feeling macam duk obersea.Hahaha!
Ok.Perkara pertama yang aku cukup runsing adalah Damia menangis dalam flight sbb benda ini adalah biasa dia buat.Tapi this time ada bawak Ipad dengan harapan tak buat dia bosan sepanjang penerbangan.Bayangkan 7 jam setengah kalau sepanjang tujuh jam tu dia duk huk hek huk hek,mmg haru la kami.
Actually aku adalah org yang menentang beli Ipad untuk anak tapi last-last benda alah ni jugak memudahkan kami bila Damia duduk diam bila dia start main dengan Ipad.
Sebelum berlepas dia ok tapi bila nak berlepas bila aku nak kena pakaikan belt pada dia,dia dah start meraung sampaikan ketua pramugara datang pujuk then pramugari datang bawak coloring book & sticker sekali dengan cookies dan coklat bagai,barulah dia diam.Panik jugak aku sekejap.Aku bukan apa,aku takut tangisan anak aku tu ganggu orang lain tapi lepas Damia diam bersambung pulak anak India dgn anak Cina mixed Australia rasanya seat paling depan.Dua-dua baby tu duk huk hek huk hek boleh dikatakan sepanjang perjalanan so dua-dua bapak baby tu terpaksa dukung sambil jalan kejap kedepan,kejap2 ke belakang.Tapi serious kesian.
Luckily,Damia nangis kejap je then bawak hal dia sendiri.
Dan ini juga membantu buat dia duk diam.
Main Ipad.Cara duduk adalah gaya bebas.Suka hati dia je nak duduk lagu mana.
Lunch time.Pandai pulak makan sendiri tak bagi bersepah.This time Damia tersangat la behave.Good girl.
Dalam sejam lebih,budak kecik ni pun tidur.Fuh lega.Kalau tak jenuh nak melayan.Bercakap non stop tu mmg for sure then byk soalan pulak yang nak ditanya.Lepas tu takde kerja check mana2 orang yang tidur siap mention kat aku,"Bonda,dia dah tidur",cakap sambil berbisik.Comel betul budak kecik cakap macam tu.Hihihi!
Dan aku bila anak dah tidur start la layan movies.Mula2 layan cerita The Curious Case of Benjamin Button.One of my fav movies tapi dah dekat nak habis aku stop pastu layan cerita I am Sam.Moral of the story kalau hati tak kental jangan tgk cerita ni.Aku siap bercucuran air mata lepas tu cover konon-konon selsema takut Ariey perasan.Serious mmg sedih betul cerita ni.Then lain aktiviti takde selain dari baca magazines yang aku beli kat airport,dua kali tumpah air yang pertama aku tak sengaja terlanggar,kali kedua Damia tendang sbb syok sgt menggeliat baru bangun tidur.Bertuah punya anak dan aku rasa pramugari banyak kehulu-kehilir kat tempat aku sbb kejap2 nak mintak tea panas sbb sejuk dan mula la ulang-alik ke toilet.
Aku tak tidur pun sbb rasa tak selesa.Nak jatuhkan kerusi,mamat kat belakang besar sangat so rapat dengan lutut dia kat seat.Haish!Tapi untung la haritu aku choose nak duduk kat seat 4 tu,luckily yang sebelah Ariey adalah kosong.So aku move je la.Kalau tak kejung la urat saraf aku 7 jam setengah duduk straight je bdn.
So kami selamat sampai ke Brisbane Airport around 5.30 pm macam tu la.Aku pun tak ingat.Kuikuikui!Bdk kecik ni awal2 lagi dah ditegur pekerja kat sana.Hihihi!Rupanya orang sini suka tgk baby dari Asia.Mcm kat tempat kita menggelupur tgk baby mat salleh.Hihihihi!
Tunggu beg sekali box yang isi food lesap.Don't be panic.Intai satu2 last-last rupanya tersadai kat atas lantai kat hujung bangunan.Siot betul la mana yang campak kotak kami kat situ.Nasib we all still recognized cara kami seal kotak tu.Aku bukan apa,sayang kat asam keping tu je sbb nnt takleh masak kuah singgang!Hahahaha!
Tips untuk 1st timer yang nak masuk Australia,kastam diorang sangat ketat dengan apa sahaja barang yang nak dibawa masuk kenegara diorang especially daging or ayam.Macam Ariey pernah kena dulu,habis 2 kg serunding kena rampas.Ok.Time tu tak tahu apa-apa.Naif sangat lagi.Tapi this time declare semua barang so masa check kat kastam tu diorang kurang sikit songehnya sbb kita dah declare.Tapi kalau barang yang rare sangat kau bawak masuk jugak like tempoyak,durian etc segala,dirampas jugak akhirnya.Hahaha!
Alhamdulillah segala rempah-ratus,tepung,asam keping,keropok bla bla bla tu semua lepas.Tapi this time no more serunding daging or ayam.Takut tak lepas.
Dan satu lagi untuk yang beria sgt nak bawak masuk rokok,start September,kerajaan Australia mengharamkan terus rokok masuk ke tempat mereka.Ariey sempat bawak 2 karton sbb tak masuk September lagi waktu tu.Lega.Geram jugak aku tgk Ariey start merokok balik.Sia-sia usaha berhenti merokok selama 5 tahun.Chait!
Ok.Nanti aku continue lagi my story!Bai.
2 comments:
Pn Ummi,
wah, besnya org gi jalan. x blh sampai pun blh tumpang tgk gambor n baca cerita pun x ape doh
ambe tgk citer i am sam kat maktab dulu, kalau x silap 2004 atau 2005. Ambe kalau pasal bdk2 dan pasal orang oku, derah jugok ngalir air mate hahaha.. tgk iklan bernas pun berabok jatuh air mata..arap muke je bekeng
Itu ah shabri.Mmg byk pengajaran cerita tu.Molek suruh bdk2 muda tgk dari diorg layan cerita hok takdok pengajaran lasung.
Just kongsi cerita : )
Post a Comment