Wynum Park,Pandamus Beach,Brisbane

Sambung cerita haritu........................

Balik dari Lone Pine,Ariey ajak singgah sini.

Parking kat tepi jalan.Mana kosong,zupppp masuk.Free.


Tu diaaaa.....rumah idaman weh.Tak kecik....tak besar.Ish!Verangan lagik.Tapi yang kereta tu bukan kereta idaman.Wakakaka!

Ok.Park ni adalah sangat ideal untuk bawak anak-anak (macam ramai sangat anak aku ada) untuk bersantai dihujung minggu.Bak kata Ariey,sesambil itu molek juga dijadikan tempat mencuci mata.Ewah!Meh sini,I tolong bersihkan mata u tu!

Budak kecik tidur selepas penat berlari-larian di Lone Pine tadi so masuk je kereta terus zzzZZZZzzzz.

This time kami tak letak dia dalam car seat walhal itu adalah perkara wajib dibuat tika berada dibumi Australia ini.Wahahahaha!Ok.Lepas ni kami beli.

Angkat keluar tak bangun juga dia dari tidur.Masih juga zzzZZZzzzzz.Penat tahap max la tu kot.

Cuaca nampak je panas,tapi udaranya sungguh dingin.

Kita tolak budak bulat ni bawah di pergi sampai hujung sana.

Tapi memang cantik la permandangan sini.Pigeon tu toksah cerita la.Mmg banyak.Doa jangan ada yang buang hasil perkumuhan atas kepala aku sudah.Kalau ada siap,aku lastik kau pakai lastik getah.Kekekeke!

Kat sini ada satu family tapi mak takde,sedang memancing.Budak baju belang tu kemain aku tanya satu soalan,satu essay panjangnya jawapan dia bagi.Cayalah!

Budak bulat dah bangun dah time ni.

Bila bangun je,terus macam ni la.Tak sabor2.

Asyik pic bulat je kan?Tempek pic aku sekali sekala best gak.Heh!

Seronok kemain hah main dengan burung : )

Ini habis semua angle dia suh aku snap pic dia.Skang dah makin pandai posing : )

Orang-orangan dikawasan ini.See?Penggunaan stroller kat sini dah macam wajib kalau ada anak kecil.Aku kalau ke KL atau tempat lain luar sikit dari Terengganu,baru terhegeh-hegeh nk stroller.Kalau kat Terengganu,stroller ni diam je duk kat atas lemari.Hihihihi!~

Bapak dengan anak.Ntah apa yang disembangkan entah.Ngumpat aku la tu.

Damia pun kemain seronok nak join bebudak lain main.Tunggu besar sikit nanti plan nak beli jugak la scooter macam tu tapi tak tahu la Damia pandai main ke tak.Just wait and see je la : )

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You