Lone Pine,Brisbane

Suka betul aku randomkan cerita-cerita aku kejap Malaysia,kejap Australia.Hahaha!Gila nak cerita semua sekaligus.Seminggu la melekat kat laptop.Hahaha!Tak kuasa.

Rasa nak cerita aku cerita,rasa malas aku peram bagi pekasam dulu baru bukak balik.Hehehehe!

Haritu bila Damia tunjuk kat pic koala,terus rasa nak cerita pasal benda alah ni.Damia cakap koala busuk.Yelah busuk.Mementang aku yang dokong.Apak dia takmau dokong.Balik2 akak jugak.

So kalau ke Australia,tgk menatang ni adalah kena masuk dalam list la.Hiks!

So kat Brisbane ni,meh kita ke Lone Pine Koala Santuary.The first & largest Koala Santuary in the world katanya.Hiks!

Masuk kena bayar tapi lupa pulekss brapa.Tapi tak mahal sangat pun.Sangat sesuai bawak family dihujung minggu datang sini tengok binatang.Aummsss!Ops sorry.Rimau takde sini.


Ini kat pintu masuk.Aku ni jenis bangsa pakai snap je.Centre ke tak lantak ah.Janji mesej sampai.Mesej?Hahahaha!~


Alahai santekkknya pemandangan.Cuba kau berangan bukak je tingkap tak kesah la tingkap dapur ke,atau tingkap bilik tidur ke,terus ngadap view macam ni.Fuh!Ilang semua stress.Luas bijik mata yang memandang.Tapi mampu verangan je la.

Oh!Oh!Oh!Kalau dapat la laman macam ni,kemain sakan la budak Damia tu berlari.


Spot kat tepi pagar tu.Kelakar je cara anak aku jalan kalau tengok dari belakang.


Ini tempat makan.Ada orang jual sandwich kat tepi tu.Bau bawang yang digoreng dengan butter,perghhhhh satu kawasan tu dapat hidu.Tapi mampu hidu je la sebab ngak halal untuk dimakan.Kau jangan cari pasal.Hahahaha!~

Ini kelakar.Memula si Ariey jenguk.Aku tanya la menatang apa kat dalam tu.Selamba je jawab,ada bear.Ok.

Turn aku jenguk pulak.Cis la.Siapa la yang campak teddy bear tu.Huhuhuhu!Aku tak sure menatang apa tu.Sekali imbas macam khinzir pun ada.Hahahaha!

Ok.Satu lagi kalau ke Australia tak tengok kanggaroo memang tak lengkap la.Macam tempat kita la.Kat Malaysia kita ada orang utan,diorang ada kat kanggaroo,kat rumah aku ada ayam.Nak jugak!!

Kanggaroo ni mmg jinak tapi kalau kau bawak makanan nak suap dia la.Mcm kami,punya la kedekut nak beli makanan nak feed si kanggaroo ni,penat je kanggaroo tu datang dekat sekali tengok tangan kosong,terus majuk.Tgk gambar.Beria aku pujuk ajak bergambar.Takmau dia pandang camera.Last2 biar aku je la posing dah kau taknak sangat.Dah la busuk.Dan-dan mengutuk pulak.


Kanggaroo oh! Kanggaroo!Tapi bila dia lompat-lompat comel betul.Kaki panjang.Sesuai sangat masuk sukan lari lompat berpagar.


Sesi beramah mesra dengan kanggaroo.Cara duduk Damia dalam stroller tu melambangkan dia takut.Hek eleh!Macam hadap sangat burung tu nak patuk dia.Hihihi!~


Pusing-pusing kat sini pulak tengok menatang ni pulak.

Ini kelakar.

Damia:"Ewwww...tak malu  la".
Aku : "Kenapa tak malu??????"
Damia: "Horse ni lupa pakai sepender! (confident je jawapan)

Aku dengan Ariey menggelupur gelak.
Damia!Damia!
Nak yang last,meh la kita bergambar dengan koala malas ni.22 jam tidur,2 je celik mata.Memang malas betul la menatang ni.Tapi berat weh.Nak pegang dia kena ambik slow2.Jangan nak merenyam gerak sana gerak sini,dah orang tu warning dah anggap la kita ni pokok.Amboi!

Masa ni dah nak balik dah.Dah puas pusing dalam ni.Kalau tanya apa yang ada kat dalam ni.Ok.Meh aku list mana yang aku ingat la.


Pelbagai jenis burung


Kanggaroo


Platypus ,tapi aku tak tau mana dia kat sini.Cari sendiri.Hahaha!~

Koala malas.Dengan aku-aku jadi muka malas.Berjangkit.

Ada crocodile kalau ikut papan tanda tapi sampai kesudah kami cari tak jumpa,ada burung unta,ada cicak tokek (aku tambah sendiri.Hahahaha!)

Itu je la.



Jom kita pulang.Tapi tak pulang terus sebab ayah cakap "Jom kita pergi Wynum Park at Pandanus Beach cuci-cuci mata!!". Hamboi!Depan aku tu berani buat statement lagu tu.Okeh.Jom!!!!!!!!!



1 comment:

nurfarhana.mnor said...

Cik Pinah, menatang yg awk kata srupa khinzir tu wombat la namanya..kahkahkah..gi Caversham,xyah byr nak bg mkn ke Hangaroo wuuu..

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You