Alahai lamanya tak berblog.Busy sangat sebulan dua ni.Jadi moh ler kita luangkan sedikit masa berblog.Bukan apa pun.Mencari sesuatu yang agak santai untuk mengurangkan stress dan salah satu cara yang aku praktik untuk mengurangkan stress adalah dengan menulis.I loike!Walau hakikatnya bukan penulisan yang berilmiah pun.Hakhakhak!Dan ini adalah entry yang byk gambar.Jom layan!
Lately tak banyak sangat benda menarik berlaku dan tak banyak pun benda yang best untuk dikongsi selain dari rutin harian yang sungguh la sibuk dan letih tapi demi memikirkan sekarang ini itulah antara punca rezeki family kami,maka bertabahlah wahai hati.Jangan pernah berhenti untuk berusaha.Aku pegang moto,usaha sikit dapat sikit,usaha lebih,dapat berlebih-lebih.Hihihihi!Ok.Malas nak cerita pasal business.Lain entry wa cerita.
Maka suami tercinta selamat sampai ke bumi Terengganu pada 4 August dan 5 August aku booking bilik kat Ri-Yaz Marina Heritage Resort & Spa untuk 2 hari 1 malam penginapan.Actually aku buat diam2 je tapi Ariey la nak sangat check in kat FB.Buat dendiam udah ler.Baru boleh bercuti secara aman.Hahaha!Tak pepasal bebudak ni duk perli2.Nak tak nak tahan telinga jer la.Ciss!
Maka bermulalah percutian paling dekat dengan rumah.Serious mengada betul.Perjalanan dari rumah aku kesana dalam setengah jam macam tu la.From Marang to Pulau Duyong.
Percutian yang dekat gila dengan rumah so bagasi kitorang dua beg ni jer la.Hahahaha!In case baju tak cukup,boleh balik rumah ambik.Hahahaha!
Kat sini resort so bilik diorang lagu ni la.What do u expect?: ) Kami dapat bilik di tingkat dua.Budak kecik Damia adalah triple excited.Suka sangat dia plus ayahanda ada sekali,mahu tak happy : ).
Overall the resort sangat menarik.Ntah la.Aku tak reti sangat nak bagi rate-rate ni.Tapi untuk aku,kalau datang dengan family yang ramai,mmg sesuai sangat la.Bilik besar,tempat nak bereakreasi pun cukup.Takat nak relax kan badan and otak tu,moh ler ke sini.
Check in dia pada jam 3 petang tapi kami macam biasa la.Tak adanya sampai awal,sbb byk hal kat kedai nak settle.Rasanya kami check in dalam jam 5 petang rasanya.Serious sampai tu penat dan memang tak adanya nak bwk si Damia swimming ke apa.Swimming kat dalam bathtub tu sudehhhh.
Ini room dia la.Besar juga and katil king size so takyah lagi nak request extra bed untuk budak kecik tu.The decoration tu kira so-so la.Kata 6 stars.Hahaha!
Benda biasa buat adalah mesti nak snap pic toilet.Hihihi!Motifff????
Pandangan hijau from our balcony.Sejuk sikit mata.Kalau tak aku hari2 ngadap tepung.Hiks!
Seperti biasa budak over excited mmg cenggini.Setiap kali nak turun tangga marah orang pegang tangan dia.Nak turun sendiri katanya.Amboi!Dah rasa besar sangat la tu agaknya.Dia apa fikir bahaya or tak bahaya.Damia oh Damia.
Dan petang tu kami berbuka kat situ aje.Untuk buffet RM60/person tapi untuk orang macam kami yang makan banyak tak banyak ni,mmg sangat tak berbaloi.So just ke restaurant dia then order ala carte je.Dan memang petang tu,ada dalam 2,3 meja je.Bunyi meriah adalah kat atas sbb kat situ ada buffet.Takpe la.Berbuka bertiga pun seronok juga.
Amik statement Damia,"Syeronok la bonda".Dari mana ntah dia belajar word tu.Tapi aku syak dari Hakim.Hihihi!
Ariey seperti biasa,mesti nak nasi dengan sup.Lepas tu dia order kerabu mangga tapi sikit pun tak sentuh.Balik2 aku jugak yang kena habiskan.Setahu aku mamat ni mana makan kerabu mangga.Pelik aku.Tak makan tapi nak order.
Tapi sup tulang dia ni memang sangat sedap.Walau sup tulang,banyak juga daging dia.Certain tempat pernah kena,mintak sup tulang,tulang jer yang dia bagi.Kau gilo ke ape??Ingat kami ni jin makan tulang?
Part aku pulak lagi la mati kutu.Order chicken chop walau dah tahu perut kampung.Hahahaha!Strawberry milkshake tu sedap walau silap hantar.Aku mintak chocolate tapi mungkin waiter tu tak focus sbb penat pose.Tapi untung la sebab sedap walau dia tanya nak tukar atau tak.Takpe la dik.Akak ni sapu je.Jangan kau antar air haram sudah.Itu akak reject.Hehehe!
Tapi untuk chicken chop ni tak la delicious sgt.So-so jer.
Untuk anakanda tercinta,pandai pulak order sendiri nak cake.So aku order tiramisu jer la untuk dia.Seperti biasa 10% masuk perut dia,another 90% masuk perut mak dia.Kau suka buat mak kau makin gemuk!Sigh!
Settle berbuka,terus masuk bilik.Ingat nak keluar merayap-rayap,tapi badan sikit punya penat,so lepak dalam bilik jer la.Around 9 pm,perut aku dah start kreok kreok.Itulah.Dah perut nasik,lain kali mintak la nasik.Hihihihi!Maka order room service mintak nasik plus pizza.Heh!Memang lapar sesangat la teww!
Tunggu punya tunggu,food yang sampai tak seperti yang diharapkan.Keciwa.Pizza je kira boleh tahan.Kalau nasi goreng memang 3 out of 10 la.Chicken wing tu kering lepas tu nasi dia goreng dengan nenas.Itu part paling aku tak suka walau aku adalah peminat buat nenas.Hiks!Kalau masuk dalam nasi aku memang macam gulpss la sikit.Lepas tu xtau apa motif tetiba ada acar timun.Nak nampak macam penuh pinggan ke chef?Sorry la.It's not a good combination.Telur mata tu,awal2 Damia tibai dulu.Huks!
Frust dengan food pun tapi tetap licin.Tak baik membazir nanti jadi sedare syaitooonnnn.Lepas tu kitorang zZZzzzzZZ tunggu sahur pulak.Dah order siap2 sahur kami sila hantar kebilik jam 4 pagi.
Tapi 4 pagi la sangatkan sebab bila aku bukak mata tengok jam dah 6.30 pagi.Fikir jugak samada diorang memang datang hantar food tapi kami tak terjaga atau memang diorang tak hantar pun.Cis!Ini boleh mendatangkan marah.Maka laki bini bangun solat subuh je la.Maka tak bersahur la kami haritu.
Dan kami check out jam 9.30 pagi.Gila awal.Hahaha!Banyak hal lagi nak settle.Next time la kalau nak bercuti sakan pun.
Ini budak satu haritu asyik ayahanda je la manjang.Ini time tunggu staff Ri-Yaz datang amik naik kete kecik tu.Hahaha!
Balik dari sana terus plan ke Giant p beli stok barang rumah.Adalah baik kalau shopping groceries awal2 dari nak bersesak-sesak dengan orang bila dah nak dekat raya nanti.
Budak berlagak ni sikit taknak aku sentuh troli yang dia duduk ni.Siap request ayahanda tolak.Hmmm....Tapi haritu besar kepala la kan sebab semua benda ayahanda iyakan jer.Semua dapat.Kalau dengan I,sorry la I nak layan.Silalah meraung...Haks!
Maka bergeraklah kami suami isteri dengan troli sorang satu.
Orait.Shopping done dengan dua troli penuh.Balik rumah terkejut abah aku siap sound ni stok untuk setahun ke apa ni?Hahaha!Elokla pak oiii kalau boleh tahan sampai setahun.Takyah beli barang dah.Jimat.Hihihi!
Orait.Itu jer.Bai!
P/s:Suka betulkan aku tinggal cerita tergantung.Hahaha!Blur wess!
No comments:
Post a Comment