Shopping Raya

Kalau bukak je FB kemain lagi tgk status orang update pasal shopping raya.Aku seperti biasa takleh plan awal sangat,sbb biasanya kalau plan susah nak jadi.Hiks!So kita just follow the flow je.Bila Ariey cakap jom g KL hari Selasa,aku on jer.Itupun lagi dua jam nak bertolak baru sibuk nak kemas barang.Gilo.Suka buat kerja last minute.Memang kelam kabut.Nak buat macam mana.Banyak benda nak dibuat dan disettlekan sebelum nak tinggal kedai.5 hari tu mana tak haru.

Dan tak sangka pulak puasa tahun ni aku ambik tempahan untuk biskut raya.Mula-mula ingat main-main jer tapi sekali banyak la pulak masuk order.Alhamdulillah.Tapi itu yang buat tak menang tangan.Syukur lepas seminggu puasa tu,aku dah boleh pass 100% pada pekerja.So diorang la yang bertungkus-lumus siapkan biskut.Aku pun tak berat hati sangat nak tinggalkan segala kerja kat diorang sebelum ke KL.

Ariey sampai ke Terengganu hari Sabtu 4 August around 10 am.Alhamdulillah semua selamat cuma dia nampak susut sikit.Maklum la makan tak menentu.Gila 5 kg turun.Kalau aku 50 gram pun hazab nak turun.Hmm...busy kerja tapi berat naik jugak.Maklum la selera makan kalah dinosour.Consume la Herbalife bagai kalau makan tak henggat,mmg tak jadi.Hihihihi!Tapi target aku bkn nak cekeding pun.Turun dapat berat ideal 53 kg tu dah cukup syukur compared to berat sekarang 57 kg.Sila malu dengan suami sendiri yang berat 50 kg.Kahkahkah!

Actually untuk preparation raya tahun ni agak kelam kabut.Aku pun macam malas nak beria sangat shopping raya tapi bila tengok suami sendiri yang semangat begitu berkobar-kobar nak shopping raya,maka layankan ajer la.Maka minggu ketiga puasa geraklah kami ke KL.Kemain mengada nak shopping raya sampai ke KL sana.Hahaha!Tapi itu bukan target utama aku sbb target utama aku adalah untuk membeli coklat masakan sbb kat KL tersangatlah murah.Barang kedai tu.Itu yang harus diutamakan.Hihihihi!

Kitorang ke KL hari Selasa petang.Itupun hampir nak cancel plan due tu banyak benda kat kedai yang tak settle.Bila nak tinggal kedai sampai 5 hari,haruslah banyak amanah-amanah yang nak dipesan kat bebudak nih.Maka dah settle segala,gerak la kami tiga beranak ke KL.Kalau ikut si Ariey nak naik flight tapi aku berkeras jugak sbb aku nak kena bawak balik coklat yg banyak so mmg susah la kalau naik flight.Alasan dia sbb tak penat.Hmmm....pada aku naik flight ke,kereta ke sama jer penat dia plus nak main polis sentri lagi dengan anak yang tak pernah reti duk diam.

Sampai KL around 11.30 pm.Lambat sbb kitorang stop kat Kemaman berbuka puasa dengan abang and ipar dulu then lepas tu baru gerak.

Plan hari pertama nak ke Pavillion. Maka hari Rabu tu pertama kali aku jejak kaki ke Pavillion.Wakakaka!Walau aku pernah duk Shah Alam,tapi entah kenapa kami macam tak pernah ada perasaan nak pergi situ.Tapi last2 pergi jugak itupun sebab tujuan utama nak cari handbag dan biras aku Kak Ma pun nak beli handbag jugak plus dia cakap kat situ mmg banyak pilihan.Maka pepagi lagi dah gerak dan mmg ok la kalau masuk KL bukan time weekend.Perjalanan aman sungguh takyah sesak-sesak.

 Ini budak mula-mula sampai tak tunjuk taring lagi.Teramat la behave nak duk dalam stroller dan minum susu.Tapi cara duduk taknak pakai belt tu mmg trick dia la nak lompat turun dari stroller.

Maka start la masuk dari satu butik ke satu butik dok hunting handbag mana la yang berkenan.

Tapi kalau tengok dari gaya budak kecik ni,mmg tak aman langsung sesi nak memilih tu sbb kejap-kejap kena tengok mana bdk ni lari.Walau setiap butik tu bertutup tapi aku tak caya weh.KL ni wess.Silap pandang,hilang anak aku.haru!

Tapi target tak tercapai jugak sbb handbag yg dicari tu,shop lot dia ada kat sebelah Pavillion.Ada kat Starhill.Aku kalau dah sebut sebelah walau tak jauh pun nak langkah tu,mmg aku malas.Actually sbb penat berkejar dengan si Damia ni so mood nak membeli tu dah reduce 70%.Hahaha!Last-last beli handbag yang aku tak plan pun nak.Sabor jer la.
Tapikan lepas Kak Ida our personal banker cakap kalau aku beli handbag tuuuttt yang si Ariey nak sgt tu,handbag tu boleh jadi our investment sbb harga yang tak pernah jatuh.Kemain kau kan,sampai handbag pun nak buat investment.Tapi kalau orang yang kenal aku especially akak aku la,mmg tahu sgt la jenis aku yang semua benda kalau boleh tukar jadi duit aku on jer.Hahaha!Mata duitan betul.Hahahaha!
 
Tapi apakan daya aku dah terbeli handbag yg bakal susut nilai.Huhuhuhu!Sama jenis pulak tu dengan yang tahun lepas punya.Nanti mesti kakak ipar aku cop peminat tegar ni.Mana-mana la.Tapi untuk biras aku Kak Ma mmg senyum sampai telinga dah satu hari tu.Maklum la dapat handbag Burberry hadiah dari abang ipar.Ni dah melalut cerita pasal handbag pulak.Perempuan oh perempuan.Balik pada focus asal.

Maka pendekkan cerita,shopping la sikit2 baju baru untuk Damia.Tapi serious aku laki bini mati akal nak memilih sbb kitorang dah macam bosan tahap max dah dengan color pink.Tapi masalahnya color tu la yg byk.Maka gigih la laki bini cari baju anak yang rare sikit.So tahun ni Damia punya baju color orange,kuning,marron tapi ada juga terselit pink sehelai.Wakakaka!Dan tak sangka pulak kat Pavilllion ni ada butik yang jual baju jenama Baby Phat.Maklum la aku ni peminat Kimora Lee Simmon.Hahaha!Macam Ariey pernah cakap,ntah apa la yang best sgt dengan perempuan tu sampai nak mengadap cerita pasal dia.Hmm...aku pun pelik asal aku minat dengan dia tu.Hihihihi!So kemain la Damia this year bergaya dengan Baby Phat punya collection.Tapi design biasa jer.Tak superb pun.Jenama je nampak gah.Hiks!Tapi apapun Mothercare dan Esprit mmg wajib.Ntah apa yg buat aku stick sgt dengan baju kat situ tak tahu la.Tapi yang paling aku nampak,baju dia sangat ok dari segi fabrics,design dan ketahanan kalau compared to Pumpkin Patch.This year aku tak beli langsung Pumpkin Patch sbb aku rasa baju dia cepat nampak lusuh walau design dia pun boleh tahan lawa.Dan apa yang best kali ni punya shopping raya,sepanjang shopping tu Damia tidur so adengan berlari berkejaran tidak berlaku.Syukur.Tiada part main polis sentri maka proses membeli adalah lebih cepat.Hahahaha!Itulah cerita preparation raya kami cuma rasanya tak sengeri ibu yang garang punya pengalaman.Hahahaha!



Tapi bila sampai rumah,tgk balik brg2 yg dibeli,eh,ni bukan shopping raya ni sbb jubah yang aku nak sampai ke sudah tak beli.Hahahaha!Haaaaa.....ada nak cerita sikit pasal tudung.Punyalah orang duk bercakap betapa bestnya ke Seksyen 7 Shah Alam sebab kat situ pusat tudung so aku pun gigih la pergi.Pergi pulak mmg wrong timing la sbb time tu ramai pulak orang.Nak memilih pun hazab ok.Aku pergi ke butik Radiusite kejap beli dua helai turun ke butik Fareeda.Sampai depan kedai melopong sbb 1st time aku jumpa kedai yang tertampal semua stok tudung telah habis.Gile kau.Sampai close terus.Berjalan pulak aku masuk butik Pearl Haya.Masyaallah orang kat dalam tu penuh.Aku masuk jugak sbb nak ambik jubah biras aku pesan.Serious hilang mood nak carik tudung.Keluar dari kedai tu dengan pandangan mata nampak bintang.Rasa nak pitam.

Lepas tu masuk pulak butik apa ntah nama.Lupa pulak tapi ekslusif jugak la butik dia.Waktu masuk tu mata dah tertacap baik punya kat satu tudung tu.Bila test pakai,cantik pulak.So decide nak beli.Bila nak bayar aku check price dia,terus aku campak balik atas sofa dia.Hahaha!Gila keji.Sebabnya......................................gila tak kuasa aku nak beli tudung sampai harga RM300 lebih sehelai.Puiiii!Aku lagi rela pakai tudung biasa la.Hahahahahaha!Walau suami sua kat tangan 1K pun,aku tak rela nak spent untuk benda gila mahal tapi baju yang boleh suit dengan tudung tu just satu je.Aku punya stail,kalau beli tudung,satu tudung tu kalau boleh dimatchkan dengan at least 4,5 helai baju,baru berbaloi nak beli mahal.Hahahah!Gile.So aku balik dgn beli tudung yang rege RM19 sehelai sudehhhhhhh!

Perasan tak cerita aku mesti takde kronologi cerita.Kalau ending,ending mcm tu jer.Hahaha!Itu jer la cerita shopping raya aku.Apa yang pasti tak menarik pun.Kihkihkih!



1 comment:

Unknown said...

Dalam menyambut raya tahun baru ini ayuh kita berikan sedikit sumbangan kepada anak yatim dan asnaf miskin serta ibu tunggal. Ayuh taja seorang anak yatim hari ini melalui Program kendalian Projek Iqra' shopping raya 2015. Ayuh ke blog saya untuk mendapat maklumat lanjut. <a href="http://adf.ly/1IKf28>Jalalboy</a>

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You