Baru2 ni dalam kelas Ethics ada belajar pasal perception and stereotype.Dua benda ni just sikit je Dr.Aziz tu duk cerita tapi entah macam mana statement dia tu jadi melekat terus dalam kepala.Dan ia buat aku berfikir.
Bila aku berfikir,nasib la orang pertama yg tumpang kereta aku.Mesti jadi mangsa untuk berdiskusi dgn aku.Dan mangsanya adalah mak sedara aku yg sudi teman aku lunch tengahari tu.Hihihi!Dan aku ambik balik kata2 dari mak sedara aku yang mengatakan,"Daripada persepsi boleh bertukar kepada stereotype".Dan yang pasti apa yg di katakannya ni buat aku berfikir.Bukan fikir sikit2 tau.Tapi fikir banyak2.Sambil drive Mak Jemah aku tu (orang sekarangkan suka bagi nama kat kereta dia.Aku pun nak bagi nama jugak.Baru nampak manja sikit),aku asyik berfikir dan dari situlah tercetus idea untuk menulis dan berkongsi kat sini.
Pernah tak korang berdepan dengan situasi ini.Kalau aku pernah la.
Aku bercakap dengan sorang makcik ni.Dia tanya aku kerja apa.Bila aku cakap aku kerja swasta,terus cebik mulut.Lepas tu start cerita anak dia yg kerja gomen sampai tersembur2 air liur.Nada percakapan haruslah bangga hokkeyy.Menurut makcik tu,anak dia kerja gomen senang nak buat loan rumah,senang nak buat loan kereta,kerja pun terjamin maklum la kerja gomen.Kalau korang kat situasi aku agaknya apa yang korang akan buat?
Aku kalau ikut sepatutnya aku nak buat makcik tu macam ni.............
-
-
-
-
-
-
-
.........................tapi takut pulak kena cop kurang hajar pulak karang,so konklusinya aku buat bodo je la.
Dan kat sinilah jelas menunjukkan orang kita ni kebanyakannya tapi tak semua berfikiran stereotype.Dan aku mungkin pernah juga terjebak dengan pemikiran yang mcm ni bila,
Dulu
Dulu sebelum aku kahwin,aku ada jugak berangan lelaki yang jadi suami aku tu adalah seorang penjawat awam.Wah!Maka kalau aku kahwin dengan orang yang misalnya kerja dengan RISDA ke,FELDA ke dan sewaktu dengannya,bila suami aku tu dapat jawatan tinggi sikit,aku mesti anak beranak pindah duduk kuarters.Wah!Tingginya cita2.Ok.Kita pilih pengawai lain pulak.Let's say suami aku tu adalah penjawat awam yg bertugas di Putrajaya.Harus sekarang mesti la stay kat area2 Putrajaya kan?Lepas tu Alamanda mesti jadi port yg selalu pergi untuk bawak anak2 berlibur.Tak pun suami aku tu seorang pendidik.Mesti aku kena ikut dia.Kalau dapat sekolah kat Grik,kena duduk sana.Takpun dapat sekolah kat Ulu Tembeling ke,harus ikut jua.
Aku pun kena bangun awal pagi sebab nak seterika seluar slack suami,seterika kemeja dia,lepas tu manja2 betulkan tie suami,hikhik,siapkan breakfast dia,temankan dia makan dan bila dia nak keluar harus bagi kucupan mesra mwah!mwah!mwah! dulu lepas tu lambai kat suami.Ok.Itu kalau aku surirumah tangga sepenuh masa.Kalau aku pun kerja,mesti naik kereta sama-sama pergi kerja.Ok.Dan aku jugak kerja gomen jugak la.Balik mesti tepat pukul 5.Kalau kena kerja lebih masa aku mesti merempam kat FB luah tak puas hati sbb kerja banyak.Kalau kerja gomen,time rehat boleh pilih nak lunch kat mana.Ada waktu senggang sibuk nak tgk katalog brg tak pun pilih2 kain ,tudung yang dijual akak sama tmpat kerja.Heavenkan?Itu yg aku fikir la.Itu waktu zaman menggeletis aku.Zaman aku berfikiran stereotype mcm makcik tadi la.Tapi walau berfikiran stereotype waktu tu tapi aku tak pernah terfikir nak isi borang SPA.Sampai sekarang aku memang tak pernah isi.
Hakikat,
Sekarang
Aku kahwin dengan seorang yang bukan penjawat awam tapi suami aku bekerja disektor swasta.Ariey pernah isi borang SPA.Tp bila dipanggil interview dia tak pergi.Waktu tu mungkin sbb dia dah bekerja.Kalau tanam anggur tu kemungkinan besar dia mungkin pergi interview tu.Dan apa yang pasti apa yang aku fikir dulu totally tak sama dengan apa yang aku fikir sekarang bila sepanjang aku kahwin dengan Ariey aku tak pernah perlu iron seluar atau baju kerja dia sbb pakaian setiap hari dia ketempat kerja adalah jeans lusuh dan t-shirt dan kat dalam kereta dah ada satu coverall,safety boot dan safety helmet yg perlu dipakai bila masuk kat tmpt kerja dia.Ok.Ariey dalam industry oil and gas dan dulu kerja di Shell Port Dickson.Berbeza tak situasi dia dengan angan2 bodoh aku dulu?Hahahaha.
Kita balik semula pada makcik tadi,aku pun tak tahu la apa yang buat makcik tu nak cebik sangat hanya disebabkan aku dan suami bukan penjawat awam.Disini aku nak buat disclaimer dulu ok.Aku bukan nak hina atau memperkecilkan orang cuma aku nak tegaskan apa yang difikirkan makcik tu adalah tidak benar sama sekali.Hihihi!
Dan yang sepatutnya aku luah pada makcik tu adalah,
Makcik,memandangkan makcik bangga sangat dengan anak makcik tu,dah berapa biji buah rumah yang dia dah beli guna loan kerajaan?Nampak sampai sekarang duk menyewa lagi.Berapa puluh kali jugak anak makcik tukar kereta?Sampai sekarang tengok kehulu kehilir dengan Proton Wira tu jugak lagi.Adakah aku bersikap terlalu materialistik?Ok.Makcik itu mungkin berpendapat masa depan anaknya adalah lebih terjamin...........kot........dan tak semestinya kena ada rumah sendiri,kena ada kereta best baru jamin masa depan janji dapat masuk gomen.
Ini situasi aku bila,walaupun aku dan suami bukan penjawat awam,sekuarng-kurangnya tak perlu tunggu umur 30 tahun baru sibuk nak beli rumah.Rumah pertama kami beli pada usia 24 tahun dan harganya more than 300K.Sipi je lagi nak 400K.Kami apply loan tak sampai sebulan pun dah dapat approved.Aku beranak kat private elok je tanggung sendiri dan company suami aku mmg tak tanggung satu sen pun.Cuma dapat la sikit saguhati walau tak banyak.Mcm mana org lain berbelanja,kami pun mcm tu juga.Tak ada beza pun.Apa tak terjamin lagi ke pendapatan yang kami dapat tu untuk masa depan wahai makcik stereotype?
Bukan nak riak,aku nak bg jelas bahawa rezeki ALLAH swt itu dimana2 dan aku tak faham apa la yg sesetengah org kita selalu berpendapat,"Kalau kerja kerajaan ni lebih terjamin".Please la.Rimas aku.Bumi ALLAH swt ni luas dan sebab tu aku sgt respect dengan orang muda yg berani buka bisnes sendiri.Walau takde la kaya secara otomatik,tp berusaha dr bawah.Dan satu lagi pemikiran stereotype sesetengah org kita yg juga memandang rendah orang yg berniaga.Iya la.Berniaga takde payslip.Kadang2 si bodoh ni,lagi bulat mata tgk orang yang ada payslip RM1,500 sebulan dr orang yang income statementnya 10K sebulan.Maklum la,takkan la kita nak jaja income statement yang kita ada sbb kalau nak masuk meminang anak dara org,gilo ke kau nak bwk tunjuk income statement kat mak bapak dia.Lepas tu kalau rombongan meminang naik kereta mewah sikit,baru sibuk nak sambut meriah tapi kalau rombongan tu "ada-ada" aje,sambut pun "ada-ada" aje jugak la.Serious.Ini mmg selalu berlaku dalam masyarakat kita.Lagi la kalau bakal menantu kerja gomen,satu kampung la jaja.Hihihihi!
Rezeki yang Allah swt kurnia pada kita ni terbentang luas.Ini tidak.Asal yang ada kaitan dengan kerajaan je mesti nak cakap terjamin.Pui!Sesungguhnya hanya Allah swt tuhan sekelian semesta dan kalau berserah segala pada DIA itu sebenarnya yang lebih terjamin.
Dan manusia ni kalau dah berfikiran stereotype ni,tambah lagi makcik yang dah masuk angka 60 ni,mmg payah sikit la nak di adjust pemikiran dia tu.Senang cerita,"Iyalah makcik,anak makcik aje la yang best".
Tambah rencah sikit,"Baju anak aku just pakai hari2 pun semua beli kat Mothercare".Buat statement sambil kembang kucup lubang idung,riak bangga.Kelasssss kau Jah!
Dan akhir kata,kerja gomen ke,kerja swasta ke,berniaga ke janji dgn jalan yg betul,semua tu untuk dapatkan duit sara hidup dan tak perlu la nak buat comparisan samada orang tu best atau tak.Siapa la kita ni yang nak mengadili kehidupan dari seorang ke seorang yang lain.
No comments:
Post a Comment