Balik-balik PTPTN

Aku pun pernah label PTPTN sbg PTPTipu sbb bila aku nak langsai hutang dia,byk pulak cekadaknya bersama dgn hidden caj yg tak masuk akal.Kira orait la sbb aku dah pinjam and then aku nk bayar balik hutang aku.At least sekarang ni hutang aku dgn PTPTN dh selesai.

Korg tu pulak time nk pinjam kemain lg usaha isi borang,bila dpt duit loan tu berjoli sakan tp bila time kena byr liat semacam lepas tu sibuk nk suruh org mansuh hutang kau tu.In my opinion,aku sokong kalau PTPTN hapuskan CAJ PERKHIDMATAN dgn INTEREST dia tu lps tu buat la diskaun mcm MARA kalau result gempak terus tukar jd biasiswa (rasanya mmg dah ada) dan kerajaan pun takkan la pinjaman pelajaran mcm ni pun kau nak berbisnes jgk ke?Dah takde sumber lain ke?Kerajaan pn agak2 la.Takkan semua benda kau nak SAPU.

Aku bg contoh bebudak UMT ni je la,time loan masuk sakan kau joli siap shopping,tukar handphone bagai takde pulak kau nk blame PTPTN apa tp buku kau liat nk beli.Rasanya ORG TU pernah kata,daripada kerajaan mansuhkan hutang RM600 juta dari INDIVIDU TUT adalah lebih baik kalau duit tu digunakan utk hapus pinjaman pelajaran.Itu perumpamaan yg dia bagi tp tang mana pulak tiba2 sibuk pulak mahasiswa nak berdemo bagai mintak hapuskan terus.Kekeke!

Loan kereta,loan rumah kau tak mau demo sekali mintak hapuskan terus?Sekarang ni pun dah trend bila nak kahwin nak majlis hebat sampai sanggup buat personal loan.Abis loan tu terang2 ada interest tp kau sanggup pulak ikat perut nak membayar.Taknak demo jugak mintak hapus?Abis mcm mana pulak bebudak yg amik loan YAYASAN negeri masing2?Yang tu takde caj interest langsung.Takmau buat demo sekali ke?Aku setuju kalau MAHASISWA YANG BIJAK PANDAI NI DEMO MINTAK HAPUSKAN CAJ PERKHIDMATAN,INTEREST dan HIDDEN CHARGE PTPTN yg entah apa2 tu.Ini bermakna,kalau kau pinjam seringgit,kau bayar la seringgit.Bkn kau dah pinjam DUIT ORANG,lepas tu kau mintak HALAL dunia akhirat.Eh,byk cantik muka kau!

Membara mmg membara sbb laki aku pun antara yg kena byr tax kat gomen.Kalau aku fikir dah laki aku byr cukai kerajaan,so x payah byr la hutang PTPTN tu dah duit laki sendiri pun ada dlm tu.Ehehehe!Banyak cun muka kau kan?Dan sbb atas tiket aku dah berhutang,so pandai2 la aku bayar balik.Alhamdulillah dah selesai pun.Hutang PTPTN aku adalah zero.Harap maklum.

Aku bukan la kata PTPTN ni bagus sgt pun sbb kalau diikutkan mmg tak padan dgn caj perkhidmatan  yg kita kena tanggung tp service dia bagi mmg macam CELAKA.Tak cekap,cara layanan yg tak profesional,lambat ambik tindakan,bodoh piang sbb asal tanya mesti bg jawapan standard "Saya tak pasti".Bahagianya aku kalau ada yg bhgn customer service PTPTN baca ni.Hahaha!Dah mmg servis diorang mcm bangang.Aku akan ingat smpi harini sorang staff dia yg nama ROSLINA.Anda mmg tak layak diletakkan dibhgn customer service PTPTN sbb MALAS dan BLUR!Kerja kalau malas baik duk rumah cabut bulu lagi bagus.Dan setuju dgn tindakan kwn aku yg buat complain dan baru nak bertindak cepat.Betul2 macam pahat dgn tukul la kau.Nak disergah baru nak buat.S.T.U.P.I.D.


3 comments:

Rafhani said...

Uish,bekengnya.nasib baik aku dok kije nge PTPTN.hahahaha

Anonymous said...

blogger ni pun stupid gak

Syafinaz said...

Anonymous yg comment kat atas ni pun stupid skali sbb asal nak kutuk org je tak tunjuk diri sbnr.Hahaha!

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You