On weekend ~ Strawberry 's Farm

.........................................our next destination adalah ke Texas.Hehehe!Takde la.Tapikan beria suami snap pic ni.Nak ke Texas katanya.Bila lagi.Choi sangatkan.

Maka destinasi kedua yang jaraknya lebih kurang 12 km gitu,tapi cilakak sungguh GPS sbb tunjuk jalan yg rumit siap masuk jalan berdebu berbatu walhal ada jer jalan short cut yang berturap elok.Haish!Scary okey.Time melintasi jalan tu dan-dan terbayang movie omputeh time scene kejar-kejar kat jalan tak berturap,heroin bergelut dgn penjahat,pastu tang mana dtg tetibe hero pun sampai bila mana sikit jer lagi kepala heroin nak kena libas ngan parang.Dum!Bunyi pistol hero tembak penjahat.Dramatik dak?.Hahaha!Imaginasi tak agak-agak.


Tempat inilah yg kita nak pergi iaitu Strawberry Farm.Actually kawasan sekitar ni bukan takat ada ladang epal dan strawberry jer tapi anggur,cherry dan segala mak nenek yg ada berry2 kat belakang tu semua ada kat sini cuma takde satu ladang semua ada.Samada kami tak jumpa satu ladang memacam ada atau memang dah memang macam tu.Satu ladang satu jenis tanaman.


Kalau ada yang cakap eleh Cameron Highland pun ada.Tapi takpe la.Tempat kita,tempat kita la.Kali ni nak jugak rasa yang tempat orang punya.Hihihihi!

Tapi kat sini strawberry dia ditanam kat bawah.Mcm kat Cameron Highland tu atas rasanya jadi takde la sakit sangat pinggang mak nak kena bongkok-bongkok kutip buah.

Rasanya macam takyah bayar kot nak masuk tapi tak sure la sbb suami yg settle segala.Tapi kalau kena bayar pun tak mahal mana pun rasanya.Dan diorang akan bg satu container untuk kutip strawberry ni.Sekilo diorang akan caj $12.Konsep suka hati berapa byk kau nk kutip.


Ini batas bertutup ni jangan duk gigih nak cari buah sbb takde.Hahaha!


Kutip yang kat sini.Selak2 sikit baru nampak buahnya.Besar gedabak sebijik-sebijik.I tak pulun masuk mulut terus sbb pernah terbaca strawberry adalah antara buah yg byk perangkap pesticide jd better makan yg dicuci terlebih dahulu.


Adik manis peha KFC ni senyum jer manjang haritu walau orang makan dia just mampu pandang jer.Menjejeh-jejeh air liur.Terliur agaknya.

Baju oren tu ayahanda yg sampai kehujung duk kutip buah.Baju putih tu apak kita.Hihihi!



Bonda with the girls.Ayahanda takde dalam gambor sbb busy sgt nak jd petani instant.Beria sangat dia duk mengutip walhal dia tu bukan suka sgt makan buah strawberry ni.


Dah penat kutip buah,kita masuk cafe kat ladang ni.Kat sini ada dijual bermacam souvenir tapi malas nak beli untuk kenang-kenangan.Biasanya I akan cari fridge magnet jer tapi takde.Jam apa semua malas pulak nak beli sbb dah beli satu kat ladang apple plus confirm takde orang yg akan tolong habiskan nanti.

Seperti biasa benda lain yang menarik hati.Apa lagi kalau tak foodnya.Yumm!


Order coffee untuk abahku,dan untuk diri sendiri scones dan chocolate milkshakes.Actually coffee tu sepatutnya makan dengan scones tu.Kikikiki!


Mintak izin nak berpicnic kat tepi cafe ni dan inilah lunch kita haritu.Bekalan dari rumah yang dimasak dengan penuh cinta.Hahaha!Mahu tak,licin uollsss!

Dan siap lunch semua,jadi jom la kita gerak ke Gold Coast.Perjalanan ke Gold Coast lebih kurang 3 jam.Semua penat,pastu semua zzzZZZ kecuali driver la.

Tapi kat sini mungkin diorg faham perjalanan yg jauh tu mmg membosankan,kita boleh tgk road sign yg diorang letak berunsur humour.Nak suruh orang hilang mengantuk agaknya.Rasanya kalau apply kat Malaysia pun orait gak.Kikikiki!

Ok.Nanti sambung di Gold Coast pulak..............................

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You