Harini I nak cerita pasal kehidupan SELEPAS mempunyai anak kecil .I tak tahu orang lain macam mana,tapi untuk I memang ada la perubahannya.Tapi kat sini takde sekelumit niat pun nak cerita pasal berat badan naik atau apa T - T.Itu lain entry kita cerita.Wahahaha!
Perubahan rutin harian #1
Ini memang paling ketara.Kalau sebelum lahirnya Dian,suka hati jer keluar tanpa rasa bersalah.Maklum la stay dengan parents so Damia memang sah-sah la ditinggalkan dengan atuk uminya.Tapi kenkadang I heret juga sama.Dia dah besar dah pun dan tak susah sangat nak handle.
Walau kadang-kadang perangai meengalahkan anak tarzan gayanya.Sorry pic gegor.
Dan kadang-kadang boleh diajak menjadi teman berbicara.
Lunch bersama berdua.Entah apa topik yang nak dibincangkan taktau la.Tapi kira orait la juga.Dah jadik kakak dah pun.
Namun sekarang ini istilah keluar sesuka hati dah takleh dibuat lagi dimana esok nak keluar,malam sebelum dah kena fikir esok mana nak buat stok susu badan lagi,jam berapa nak pergi,jam berapa nak balik.Paling haru,siap kena buat list takut ada yang tertinggal.Kalau tertinggal mana2 urusan,nak patah balik masuk town memang idok la.
Sekarang ni dah tak ada istilah take a nap dah sebab asal baru jer Josh Duhammel nak masuk mimpi,time tu la jugak sound effect bunyik.
Dan rutin harian memang berubah 360 darjah sebab urusan I akan dibuat ketika Dian tidur atau ketika dia sedang bersantai dan bukan lagi ikut masa I.Adus!Itu yang kadang2 ada yang complain,"Aku texting kau harini lagi 3 hari baru nak reply".Hahaha!Sorry.Sebab lately memang jarang nak jenguk handphone.Biasanya lepas gayut dengan bapak Dian (dia call time yg sama setiap hari so time selainnya,handphone I dimana-mana).Kikikiki!
Haish!Baru anak dua busy dah melampau.Tapi busy I tu pun memang busy kerja yang overload.Maklum la bukan takat stayed at home mommy yang kadang2 orang anggap duk melepak jer sepanjang hari,I jugak adalah PA suami.Phew!Ada jawatan tu tak tahan.
Dan waktu tidur dah takleh extend macam dolu2 dah.Anak tidur jer,silalah tidur sekali.Karang dia bangun nangis berjaga kita jugak yang T - T sekali.Haru.
Pergerakan yang perlahan penuh kesopanan #2
Kau mampu kunyah potato chips slow2 sampai tak kedengaran langsung?Arghhh!Nak buat macam mana telinga si anak peka sangat.Bunyi sikit pun nak jaga.Ini bukan jaga celik mata jer tau,tapi siap macam orang terperanjat kaki tangan keatas.
Jadi rules baru dalam bilik ni,nak makan kena kunyah slow2,nak kentut yang ada posibility berbunyi kuat adalah dilarang sama sekali.Alahai!
Dan pergerakan I tiap kali Dian tidur dah mengalahkan pergerakan Keanu Reeves dalam Matrix.Phew!Semua slow.
Diri sendiri dah tak jadi priority #3
Setiap kali shopping barang pertama yang bermain kat kepala otak adalah barang anak.
Anak,anak,anak.Sampai jerawat sebijik kat atas bibir pun leh lupa nak picit.Punyalah anak yang didahulukan,pencapaian diutamakan!
Dan jugak setiap kali bangun tidur,automatik tengok anak dulu.Kalau bapak dia ada,mungkin tengok bapak dulu kot.Kikikiki!
Tiada lagi masa untuk diri sendiri #4
Sebelum ni walau bukan kaki tengok tv tapi ada jugak la a few shows kat tv yang kita layan.Kadang2 suka jugak tgk reality show especially Kimora:Life in the Fab Lane walau ramai jer yang berbulu tgk dia tapi I suka.Kikikiki!Kadang2 reality tv show paling gampang sekali macam Keeping up with the Kardashians tu pun I boleh jer layan.Hahahaha!Channel memasak dan TLC tu toksah cerita la.Memang suka sangat2 lagi2 Nigella Lawson dengan Kylie Kwong.Tapi sekarang,bil astro kat bilik ni rasa cam membazir lak bayor tetiap bulan sbb tv tu buat tempat tadah debu dah skang.
Sehingga sekarang I tak sempat lagi nak ke spa atau ke saloon atau bikin manicure pedicure.Serious tak sempat,xde masa,masa x mengizinkan atau lebih tepat,susah nk tinggal anak.Erk!
Dan hobby tetap iaitu bermain games dah makin kurang walau kenkadang datang jugak mood mengeletis nak main.Woooo!Skang baru loading games anak dah uwekkkk terus tutup balik.Sian.
Sindrom malas keluar #5
Buat masa ini,ini paling kronik.Memang malas teramat sangat!Lagilah kalau nak kerumah sesiapa then bermalam.Berjam wei fikir barang apa nak packing.
Dah tak jadi fashionista #6
Takleh blah fashionista tu.Kahkahkah!Apa yang pasti,kalau keluar pakai main yer jer.Baju tudung yang kena iron memang duk bahagian bawah la kat almari tu.Stok2 baju tudung yang pakai terus takyah iron memang menjadi pilihan.
pause................
Lain kali ah sambung.Anak nangis.Chow!
No comments:
Post a Comment