Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum..........

Esok seluruh umat Islam bakal merayakan Hari Raya Aidiladha.Petang raya busy betul mak kita duk prepared nasik dagang untuk esok.

Harini orang pun masing2 berebut-rebut nak dapatkan ganjaran pahala dengan berpuasa.I takleh puasa lagi.Bendera merah lagi : (

Petang tadi I dah berkira-kira kalau larat ingat nak bake cake.Hamboi!Tak padan baru hari ke 18 berpantang.Hihihihi!

So lepas maghrib tadi kononnya niat nak teman mak kita kat dapur,mula-mula tolong kupas telur lepas tu bila dah nampak banyak la pulak ingredient untuk baking yang berbaki dari Hari Raya Aidilfitri yang lepas,so plan nak bake cake mentega yang simple.

Satu lagi mmg takde dessert lain dah.Selalunya I suka bikin puding tapi agar2 pulak takde.

This time malas dah nak follow recipe sebab kali terakhir buat haritu hasilnya tak seperti yang diharapkan.Agak kering dan garing sangat bahagian atas kek.

So harini pakai main hentam sahaja recipe,sekali menjadi weh.

So I want to keep this recipe.

Dan malam ni I bake two types of cake,the first one "Butter Cake" and the second one "Dates Cake".Ewah!

Recipe sama jer cuma untuk cake kurma,I campurkan syrup kurma dan potong dadu beberapa biji kurma.Pepandai la reka.Rasa nak letak kismis jadi Raisin Cake,so pepandai la mengolah ikut kesukaan.I buat bukan ikut kesukaan,tapi sayang tgk kurma masih banyak lagi kat dalam bekas.Dari membazir,kita masukkan dalam kek.Tapi bukan pakai banyak pun.

Recipe yang I guna tadi:

4 biji telur (Tadi guna gred B)
2 cawan mentega / tadi kita guna Planta
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Setengah cawan susu pekat
1 sudu kecil perasa Rose / nak letak vanila essence pun boleh tapi I sangat suka perasa Rose sbb cake jadi bau yang sangat mahveles.

Cara membuatnya:

Pukul telur sampai kembang (asingkan dulu)
Lepas tu pukul mentega dan gula sampai kembang jugak.
Masukkan telur.
Tepung gandum,soda bikarbonat,baking powder ayak dulu lepas tu campur dalam adunan kat atas.
Masukkan susu pekat dan perasa.
Agak2 dah sebati,ready masuk dalam loyang.

Nak satu tone color jer,tuang terus dalam loyang.Kalau nak ada variasi color sikit,separate dua or tiga,then letak secara selang seli.Dah settle,guna lidi,tarik dari tengah ketepi so kita akan dapat corak sarang lelabah.Untuk cake kurma pulak,recepi yang sama,just satu bahagian letakkan syrup kurma,dan color nak nampak berwarna,guna pewarna kuning.

Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah celcius /40 minit.Nak tahu masak,cucukkan bahagian tengah dgn lidi,kalau tiada apa yang melekat,cake tu dah masak la tu.

Dan untuk recepi ni,mmg just perfect kek tu menjadi.Kat bahagian atas kek tu lembap yo!Tak kering kontang.Suka sangat.Akhirnya.Fuh!


Butter Cake


Dates Cake

Inilah rupanya kek yang dibuat tadi.Berminat silalah follow resepi tu.Tak menghampakan.Trust me.Hahaha!

Apapun tahun ini tahun kedua Raya Haji suami tak balik.Dia ada kat Gladstone,Australia skang.Shutdown untuk 2 weeks rasanya.Tadi dia called dah bersedih-sedihan sudah.Haish!Sabor jer la!

Lambatnya December.Phew!

Esok raya,I stay kat rumah jer la kot.Just tunggu tetamu yang bakal bertandang.So nanti bolehlag serve kek ni.Hahaha!Lepas tu esok I makan hati jer la jawabnya tgk nasi dagang mak kita.

Maka disini saya ingin mengucapkan,

"Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh umat Islam seluruh dunia" -worldwide terus senang.Kikikiki!

No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You