Walau muka gengster,romantik juga.Hihihihi!

Assalamualaikum...........................

Weehooo!!!


Mendapat kejutan yang tak terduga tapi rasa macam kelakar pun ada.Suami oh suami!Awak memang ada side romantik yang totally unique dari orang lain tapi rasanya lebih complicated dari orang lain kot.Huhuhuhu!

Sebelum puasa haritu aku receive msg dari cousin yang ada kat US time tu.Ini antara cousin yang cukup close dengan aku.Beberapa hari sebelum tu kami ada chat pasal designer handbag.Aku time tu just mcm mengelupur je la kot handbag ni cantik,handbag tu lawa tapi tak decide pun nak beli ke apa.Just kongsi cerita dengan dia mana handbag yang aku lap ailio la kalau tengok.

Nak dijadikan cerita,handbag tu bukanlah latest design pun.Last year dah belek kat butik di Gold Coast,Australia sana tapi belek2,letak kat bahu lepas tu bagi balik kat salesgirl tu.Kiranya tak beli la sebab muka cik abang kita keras macam takde perasaan je kat sebelah.Aku nak beli sendiri,nak bayar dengan apa?Bulu?Sebab tu aku cakap aku sentap bila suami ajak masuk butik tu tapi berakhir dengan keluar dari butik lengang kangkung jer.Tapi sentap tak lama la sebab aku bukannya aim gegila pun.Coach yg aku beli sebelum ke Australia haritu pun still baru lagi so pakai jer la apa yang ada.

Dan bila cousin aku tu tetiba tanya,

'Awak nak ke tak handbag tu?'

'Tak kot.Mahal la'.

'Ala.Jangan la macam tu.Saya belanja'


Aku time tu,what????Belanja???Gilo ke apa.Mahal tu.Isk!Byk2 kali aku re-confirm balik,dia still jugak cakap,'Iya,saya belanja'.So aku pun,proceed la dengan handbag idaman tu.Hihihihi!~

Maka tidur pun ada senyum.Dan bila cousin aku balik Malaysia,aku malas la nak tanya mana handbag tu memandangkan dia ada jugak post barang2 dia so aku assume handbag hadiah tu ada dlm kargo la.

Jadi bila aku nak ke Shah Alam shopping raya haritu,dia kirim satu barang untuk kawan dia.Aku ambik jer la barang tu kat rumah dia.Bila sampai Shah Alam,tanya la dia nak hantar kat mana barang tu sekali suami bukak paper bag tu....tarrrraaaaaaaaaaaaa.................ditayangkan kat aku handbag idaman tu tapi aku macam biasa muka takde perasaan.Sekali suami pulak sentap cakap aku tak excited.Aku cakap la apahal nak excited bagai,hadiah cousin aku jer pun.

Dan time tu la baru keluar drama dia.

"Sebenarnya kanda la yang kirim dan pakat dengan Kak Yus nak surprisekan dinda.Handbag ni kanda la beli".

Owh!Tetiba aku terharu.Betul jugak.Apa hal cousin aku tu nak bagi hadiah memahal,dia cakap makan kat sana pun kena catu.Hihihihi!

Alahai suami.Saya hargai sangat dan mmg surprise sangat la.Hihihihi!

Jadi sempena apa hadiah ni,aku blur ayam bertanya.Hahahaha!

"Hadiah sempena nak dapat baby yg kedua dan sempena anniversary kita yang ke 6,19 August ni".Owh!Terus menangis dalam hati.Dia ingat beb tarikh tu.Aku pulak yang lupa.Dush!!

Dan sempena pregnant tu,tetiba rasa mcm nak mengandung lagi la tahun depan.Kahkahkah!~


Lepas tu dapat bonus ini.Thank u la encik suami.









No comments:

Read.Think.Express

Trust Yourself When Others Doubt You